Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Fattah, Elvina Pun Kayu Gelabah Dulu, Tapi Kini Hebat! - Shahrulezad Bela Sharifah Rose

19-5-2021 06:32 AM|Oleh: Cari-Azza| Komen: 12


"Sharifah Rose ni pun abang tengok ada potensi untuk berjaya sekiranya dia bersungguh sungguh."


Kontroversi lakonan kayu pelakon baharu, Sharifah Rose sebelum ini membuatkan penerbit Haji Zil bersuara mempertahankan lakonan tersebut. Terbaharu, pengarah drama berbakat, Shahrulezad turut memberikan pendapat positifnya.

Bagi pengarah drama bersiri Nur ini, tidak semua artis yang kayu ini akan terkulai layu, kerana beberapa pelakon membuktikan sebaliknya. Shahrulezad yang juga dikenali sebagai Budak Ijat turut menamakan aktor Fattah Amin dan Elvina yang dahulunya kaku, namun berkat usaha dan kesungguhan mereka berjaya menepis semua gelaran kayu itu.


Foto :IG

Menurutnya lagi, ia berdasarkan pengalamannya sendiri iaitu Fattah Amin pernah ditolak ketika menghadiri uji bakat bersama dengannya. Bagaimanapun, pelakon tersebut berusaha memperbaiki kualiti lakonannya dan ternyata banyak peningkatan dicapainya.


Foto : IG

Hal sama juga berlaku kepada pelakon Elvina yang disifatkannya sebagai gelabah tak masuk akal ketika uji bakat menyebabkan dia juga tidak diterima berlakon di bawah arahannya.

Namun, setelah beberapa tahun, Elvina juga menunjukkan lakonan yang memberangsangkan sehingga dipilih sebagai pelakon utama drama bersirinya.


Foto : IG

Beberapa pelakon turut meninggalkan komen termasuklah Elvina sendiri.


Foto : IG

Jadi, pesanan Ezad, bagi pelakon baru yang mahu kekal dalam industri ini, perlu berani mencuba dan jangan cepat berputus asa, kerana kejayaan pasti menanti mereka yang berusaha. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 12
Komen

Previous : Cik B Langgar Wanita Hamil, Terduduk Datuk Seri Vida Dibuatnya!

Next       : Untunglah, Baru 21 Tahun Masya Masyitah Beli Rumah Lagi

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 19-5-2021 04:51 PM
Fly_over replied at 19-5-2021 04:53 AM
saripah rose kena sindir dgn retis mana? salu yg menyindir mroyan ni pn tak gah mana.. sketul award  ...

bukan izara ke aritu depa kata?

Lain-lain Komen

Quote wirazam 19-5-2021 06:50 AM
Setujuuu...kenapa nak dengki dgn Artis baru
Quote Normabaru 19-5-2021 08:17 AM
Awat cite mat kilau bam tah masih xkua2 eh

Bpe lama nk peram cite tu? Apa isu..
Quote NataliaLuiz 19-5-2021 08:40 AM
We'll see how it goes. Jgn puji lebih sgt dah, jgn kecam teruk sgt.
Quote ReginaGeorge 19-5-2021 12:46 PM
Lopak pun kayu jugak dulu. Tapi sampai skrang lopak masih kayu {:laugh
Quote dudaberhias 19-5-2021 12:49 PM
bukan masalah kayu pun sebenarnya...
tapi plot ulangan megah holding tak habis2...
cringe sangat...

baik la tengok fifty shades of grey ala2 megah holding jugak...
sedap pun dapat
Quote Fly_over 19-5-2021 12:53 PM
saripah rose kena sindir dgn retis mana? salu yg menyindir mroyan ni pn tak gah mana.. sketul award pn xde.
Quote dauswq 19-5-2021 12:55 PM
fattah amin pernah berlakon dlm drama bersiri sharulnezad kah?
Quote September14 19-5-2021 12:59 PM
Mcm x berapa penting sgt isu ni.. biarla kayu pun yg gatai p tgk drama mlyu tu knapa?
Quote Cari-Azza 19-5-2021 03:50 PM
dauswq replied at 19-5-2021 12:55 PM
fattah amin pernah berlakon dlm drama bersiri sharulnezad kah?

pernah casting, tapi kena reject sebab tak layak. Pastu sekarang ejad kata improve lah kualiti lakonannya, gitue

Quote Cari-Azza 19-5-2021 03:51 PM
dudaberhias replied at 19-5-2021 12:49 PM
bukan masalah kayu pun sebenarnya...
tapi plot ulangan megah holding tak habis2...
cringe sangat.. ...

perenggan atas i sokong, yang bawah tu tak ya

Quote minahmanja 19-5-2021 04:32 PM
Fly_over replied at 19-5-2021 12:53 PM
saripah rose kena sindir dgn retis mana? salu yg menyindir mroyan ni pn tak gah mana.. sketul award  ...

biasa yg suke sindir artis baru ni pelakon yg konon2 nya gred A...
Quote BoongaKertas 19-5-2021 04:51 PM
Fly_over replied at 19-5-2021 04:53 AM
saripah rose kena sindir dgn retis mana? salu yg menyindir mroyan ni pn tak gah mana.. sketul award  ...

bukan izara ke aritu depa kata?

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top