Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Ibu Tasha Manshahar Terpaksa Dikomakan Akibat Covid-19

18-5-2021 01:04 PM| Komen: 98

Sambutan Aidilfitri penyanyi Tasha Manshahar dikhabarkan dengan berita sedih apabila ibu bapanya disahkan dijangkiti virus Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Berkongsikan berita itu di laman Instagram, Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar, 29, berkata ibunya, Herina Wong Abdullah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan terpaksa dikomakan.

Manakala bapanya, Mohd Manshahar kini berada dalam keadaan stabil dan menjalani kuarantin kendiri di kediaman mereka.


Kredit foto: IG

"Doa adalah senjata orang mukmin, tolong saya perlukan doa kalian.

"Tolong doakan kesembuhan ibu saya, Herina Wong dan ayah saya, Mohd Manshahar. Mereka positif Covid-19.

"Paru-paru mummy ada jangkitan, paras oksigen dalam badan pun tak okey... jadi doktor kena 'tidurkan' (dikomakan) dia dan masukkan tiub untuk bantu pernafasan sehingga keadaan dia kembali stabil," katanya.



Tasha mengharapkan ibunya dapat mengharungi segala ujian yang diberikan selain memerlukan doa daripada peminat agar ibunya segera diberikan kesembuhan.

"Sebenarnya tak jangka langsung akan sampai jadi tahap macam ini. Mummy nampak okey sahaja masa mula-mula kena masuk wad.



"Apa-apa pun kami sekeluarga yakin yang menyembuhkan itu Allah. Mummy pun kuat semangat... saya percaya mummy boleh harunginya," luahnya lagi. -CARI

Sumber: mStar Online

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 98
Komen

Previous : Cik B Langgar Wanita Hamil, Terduduk Datuk Seri Vida Dibuatnya!

Next       : "Gaduh Sebab Sentap, Janna Nick Tak Nak Dengan Anak Sheila Rusly"

Komen Terbaru

Quote lavieenrose 1-6-2021 01:05 PM
Semoga cepat sembuh

Lain-lain Komen

Quote Tinot7 18-5-2021 01:25 PM
Semoga dipermudahkan urusan...
Quote midori_katana 18-5-2021 02:08 PM
Sedihnya lah... macam mana mak ayah boleh terjangkit tu? Nampak muda lagi mak ayah sheolls..
Quote shernazz 18-5-2021 02:08 PM
Cam.adek.ipar iols.la ni..
Now dia dah okay dah..
Jadi.iols.doakan moga baik2 saja buat ibu nya
Quote raxief 18-5-2021 02:18 PM
sama macam makcik aku.. dikomakan sbb covid attack paru-paru, tapi alhamdulillah skrg dah hampir sembuh
Quote Orix 18-5-2021 02:22 PM
kenapa eh kena dikomakan ??? utk bg badan rehat / nak elak dari fikir bukan2 yg boleh effect immune system ?
Quote BoongaKertas 18-5-2021 02:34 PM
moga diberikan kesembuhan segera hendaknya. Amin amin amin!
Quote None68 18-5-2021 02:46 PM
Wah jangkit dr mana tu?
Quote Cik_jantung 18-5-2021 02:54 PM
aku doakan mak dia sihat kembali.

Kepada artis2 lain yang bodoh nak mampos langgar sop and masih mendabik dada bodoh sombong tak reti base menunjuk dan  menjawab teguran orang... korang tak nampak ke kes ni.

klu korang dlm hati masih belagak rasa diri korang je betul.. fikir org dengki sangat kat korang yg takde value tu pun.. semoga ke wad icu la..

klu korang dah insof.. bagus
Quote fazila17 18-5-2021 02:57 PM
Moga ibu tasha segera sembuh.... Aamiin
Quote miemiecha 18-5-2021 03:05 PM
ramai je retis merayap kehulu hilir, ujg2 ayat ' xtau dapat dr mna"
Quote mejaputih 18-5-2021 03:20 PM
gambar raya kat atas tu baru lagi la kan...dpt masa raya ke?
semoga makcik cpt sembuh...
Quote slyfynx 18-5-2021 03:27 PM
Inducing a coma allows the brain to rest. It decreases the brain's electrical activity and metabolic rate. Ultimately, this state helps decrease brain swelling and protects the brain from further damage.


Aku amik info dari healthgrades.com.

BTW, walaupun aku sentiasa doakan yang terbaik untuk semua, aku tertrigger dengan perkataan "membaik". Huhuhuhuhu
Quote jalfa 18-5-2021 03:32 PM
Diorg x boleh bergerakk.setiap gerakan akan efect paru paru..sbb tu dikomakan..begitu kata adik iols yg jg critical care ward .dia dok jaga patient kovid...ccu penuh ajer..kena dabel shift sokmo.
Quote Rogue98 18-5-2021 03:42 PM
Semoga ibubapa Tasha sembuh sepenuhnye lah. Camner leh terkena tu? Apa2 pun yg lain tu jaga lah SOP. Jgn rasa diri tu kebal sangat sebab lambat laun kita still have to face the consequences jugak. Kalau bukan kita yang kena maybe keluarga, saudaramara...kawan2.
Quote eely_shana 18-5-2021 03:43 PM
Seriaunya baca. Semoga cepat sembuh ibu bapa tasha.
Quote MelahJanda 18-5-2021 03:48 PM
Orix replied at 18-5-2021 02:22 PM
kenapa eh kena dikomakan ??? utk bg badan rehat / nak elak dari fikir bukan2 yg boleh effect immune  ...

sistem pernafasan dia collapse, lungs tak boleh buat keje sendiri. so intubate melalui ventilator supaya bukak airways masuk kat lungs

kalo tak tidurkan semasa pakai ventilator tu, bapakla sakit kot dia duk tekan atas lidah buka ruang sampai ke salur pernafasan. badan kita akan melawan bendasing yg duduk dalam mulut dan menyakitkan tu. elokla ditidurkan dulu. nanti dah boleh bernafas sendiri, extubate la balik dan masa tu mungkin pakai nasal canula je (wayar kat hidung) sebelum off semua tube dan bernafas normal.
Quote merrissa 18-5-2021 04:35 PM
raxief: sama macam makcik aku.. dikomakan sbb covid attack paru-paru, tapi alhamdulillah skrg dah hampir sembuh


Owh ingat bila dah dikomakan maksudnya tiada harapan. Alhamdulillah makcik u sembuh. Moga betul2 sembuh sihat semula Amin

Ada pkcik aku tu, dia meninggal selepas dikomakan. Innalillah
Quote ina_na 18-5-2021 05:29 PM
MelahJanda replied at 18-5-2021 03:48 PM
sistem pernafasan dia collapse, lungs tak boleh buat keje sendiri. so intubate melalui ventilator  ...

Seram kan.. Baca pun seram.. Dl bapak aku pesakit pneumonia.. So mmg dibesarkan dlm keadaan pesakit paru2 ni.. Kalo dia msk wad yg kat Hospital Respetori Jln Pahang Barat sedih btl.. Msk antibiotics koma 1 bulan.. So bl tgk sakit covid ni berkaitan gan paru2.. Sedih ati membayangkan mcm mn dia org tercungap2 nk bernafas..
Quote imanjannah 18-5-2021 05:56 PM
Allah.. semoga cepat sembuh, cantik mak nya

Lihat semua komen(98)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top