Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Apa Yang Dengki Sangat Tu" - Norman Hakim Sekeluarga Dipanggil Polis

18-5-2021 10:07 AM|Oleh: kp5x| Komen: 230

Polis akan mengambil keterangan semua ahli keluarga pelakon dan pengacara Norman Hakim yang didakwa telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.


Kredit foto : mStar

Memetik Malaysia Gazette, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamed Farouk Esha berkata, tindakan itu diambil setelah pihaknya menerima satu laporan polis berkaitan pelangggaran SOP tersebut.

Menurutnya, IPD Ampang Jaya  mengesan satu gambar keluarga selebriti yang tular di laman sosial dan portal yang menunjukkan sambutan hari raya bersama seisi keluarga yang disyaki tidak tinggal sebumbung di kediaman selebriti terbabit terletak di Hulu Klang, Ampang, Selangor.

"Terdapat lebih kurang 13 individu disyaki satu keluarga dipaparkan dalam gambar berkenaan. Majlis tersebut dijalankan tanpa mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara iaitu ziarah hari raya yang tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKP dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Farouk berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan polis akan memanggil semua yang terlibat untuk memberikan keterangan.

Terdahulu tular di media sosial foto aidilfitri keluarga Norman Hakim bersama keluarga bekas isterinya, Abby Abadi yang telah menerima kecaman netizen dan respon balas daripada Abby yang berkata jika pada hari biasa mereka memang selalu berjumpa takkan hari raya tak boleh jumpa menambahkan lagi kemarahan netizen.

Tinjauan di Instagram Abby Abadi mendapati foto tersebut telah pun hilang dan komen-komen berbaur kecaman turut sama hilang, mungkin Abby telah melakukan 'spring cleaning' ketika IGnya di'private'kan pada Isnin, manakala instagram Norman Hakim juga di'private'kan hari ini, kemungkinan besar untuk melakukan perkara sama setelah komen-komen cercaan dan komen-komen yang meng'tag' PDRM, Ismail Sabri, PM8 dll tiba-tiba hilang pada malam Isnin. - CARI


Kredit foto : Instagram Norman Hakim

Kredit foto :  Instagram Norman, Abby

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
0
0
Komen: 230
Komen

Previous : Cik B Langgar Wanita Hamil, Terduduk Datuk Seri Vida Dibuatnya!

Next       : Fida Ibrahim Seronok Raya Tahun Ini Ada Suami Di Sisi

Komen Terbaru

Quote sapeka 26-5-2021 08:15 AM
SANKURIANG replied at 24-5-2021 12:15 PM
Puak2 ni la mangkok segala mangkok...puak ni la yg paling kuat kondem KKM dan kata patut lockdown  ...

Yes..sebijik kak ipaq aku
Bahlol dan tolol

Lain-lain Komen

Quote AyaqMeloSuam 18-5-2021 10:15 AM
Hadap la batak uplod scomed.. igt mata2 sentiasa memerhati {:childlike
Quote laksmanabentan 18-5-2021 10:15 AM
hahahahahaha.... tahu takuttt...
terus private kan IG...
hahahhahahahaa....

terbaik la PDRM.... laju buat kerja
tapi kena level kayangan tu belum di panggil2 ekkk...
hihihi...
#tanyajer
Quote MyLadyMarmalade 18-5-2021 10:16 AM
Kalau rasa tak salah and tak langgar sop, kenapa di delete posting itu? Tanya je yebbi, jangan marah haaaaa
Quote cik_ingeniare 18-5-2021 10:18 AM
Lain kali bila gelupuh nak raya sama, toksah duk upload kt socmed dah tau kami rakyat biasa ni tak boleh nak beraya sama dengan family even jarak tak sampai 10km. Tolong muhasabah. Sis panas
Quote per706 18-5-2021 10:18 AM
Selayaknya,lenkali nk buat ape2 or utk lebih tepat segala keje/aktiviti “pandai” tu x yah semua upload kat ig and most important have some empathy la deyyyyyy! Ko sakan berkumpul satu uma happy2 dgn baju boria tu.ade org len mak pak sakit pon x dpt jenguk.otak mmg ade.akal yg 9 tu tlg guna.tq!
Quote fossil 18-5-2021 10:21 AM
bodohhhh padan muka mohon kena saman..yg menziarah dan yg menerima tetamu..

biar ada akai...dok sebuk ckp netijen dengki dia

takde sapa dengki ko lah yebby yabadi

tapi dah langgar SOP haruslah kena saman
Quote ekselen 18-5-2021 10:23 AM
Edited by ekselen at 18-5-2021 10:24 AM

Meh sini aku tlg jwb... Apa yg bodoh sgt tu?? Terang2 kata time raya tak boleh ziarah raya walopon jiran sblh umah... Sop puasa and raya tak sama ye. So jgn pandai2 buat andaian sendiri atas sbb utk menghalalkan perbuatan ko nk beraya... Kan dah mendapat...
Quote BoongaKertas 18-5-2021 10:25 AM
hahahaha! komen "dengki ke?" tu buat iols teringat kekecohan bulan lepas. dia ke pelopor #dengkike tu eh?
Quote MisXoXo 18-5-2021 10:25 AM
Ni bukan kali pertama..sblm ni enjoy ja buat birthday party kt umah masa xleh buat sambutan tu..norman kuo masuk anto barang..dlm kepala..mcmlah xleh si jai tu belikan..keta masing2 berlambak..dh kenapa norman berantor bagai.dikala org xleh merayap2.mmg menyampah sbb mulut abby ni satu mcm lagaknya.menjawabbb dn nk menanggg aja
Quote merrissa 18-5-2021 10:29 AM
dah tahu orang dengki...takpayah la upload...hari2 datang ziarah tu xde upload ponnn...apesai mahu upload pada hari raya ...hadap la tohmahan
Quote putericahaya999 18-5-2021 10:31 AM
Pasni tunggu hajah pulak
Quote Skuau 18-5-2021 10:32 AM
bkn akn dapat pahala berganda ke???????
Quote Rapz 18-5-2021 10:34 AM
Nie lah akibatnya kalo semua nk upload kat socmed,menjawap la dpt kecaman netizen....
Quote Kittyjim 18-5-2021 10:35 AM
Tu yg nk jual kete merc laki dia agaknya, sbb nk byr saman kot dia nk jual 30k
Kali ni biaq aku nk padankan muka ko yebby, dah la sombong berlagak pastu bodoh . Dah tahu ziarah2 tak boleh, ko lgi nk mengupload. Senyap2 je sudahlah! Mcm ko sorang je hidup bermadu bahagiaaaaa.
Quote haruslah 18-5-2021 10:36 AM
Org x dengki
Kalau dengki jenis yg report jiran senyap2
Ni sendiri huplod, mendapat laaa
Quote Skuau 18-5-2021 10:38 AM
boleh pula kata kat orang yg viralkan atau repot depa langgar sop@'buat salah'.....tu sbg 'dengki'....???....mmmmm..........
Quote imransulaiman 18-5-2021 10:45 AM
cik_ingeniare replied at 18-5-2021 10:18 AM
Lain kali bila gelupuh nak raya sama, toksah duk upload kt socmed dah tau kami rakyat biasa ni tak b ...

Tak boleh tak upload...nanti rakyat Malaysia tak tahu mereka hidup harmoni...
Quote kucingitam 18-5-2021 11:08 AM
sendiri cari masalah pastu tuduh org dengki kedia..
Quote BicaraHatiku 18-5-2021 11:10 AM
Sendiri uplod, sendiri langgar sop, sendiri cari penyakit dan  sendiri sentap. Sajat juger

Lihat semua komen(230)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top