Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Dah 6 Tahun Wan Sharmila Tak Beraya- Malam Raya Tutup Telefon Sampai Kawan Buat Laporan Polis

14-5-2021 12:31 PM|Oleh: Cari-Saiful| Komen: 118

Wan Sharmila dan enam tahun tak sambut raya.

Kata pelakon ini, sejak ibunya meninggal pada 2015, dia sudah tiada perasaan untuk menyambut raya dan memilih untuk mengurung diri di rumah.

Biasanya pada waktu perayaan Sharmila akan bercuti ke luar negara.


Foto: IG

"Sebenarnya saya memang dah tak beraya seorang sejak arwah ibu meninggal dunia pada 2015. Jadi tahun ini genap enam tahun saya tidak beraya. Arwah bapa saya pula memang dari saya kecil sudah meninggal.

"Saya ada seorang abang tapi dia menetap di JB. Bila ibu saya dah tak ada, perasaan nak beraya itu terus hilang. Jadi, saya dah biasa tinggal seorang diri rumah pada hari raya.

"Macam tahun lalu, saya duduk rumah seorang diri sahaja... memang tak beraya pun. Kalau sebelum ada Covid, separuh bulan Ramadan saya akan pergi bercuti ke luar negara dan dah rasa berpuasa di tempat orang," katanya kepada mStar.



Tambah Lala lagi, dia pernah menghilangkan diri masa raya sampai kawan buat laporan polis.

"Macam tahun lalu, saya menghilangkan diri... saya tutup telefon selama tiga hari bermula malam raya. Malah kawan rapat nak cari saya tak dapat, sampai nak buat laporan polis.

"Sebab mereka ingat saya dah hilang. Saya faham sebab mereka takut kalau ada apa-apa terjadi dekat saya tapi untuk tahun ini memang saya cakap awal-awal yang saya akan tutup telefon untuk beberapa hari.




"Saya memilih untuk tutup telefon sebab tak nak rasa suasana raya. Sebenarnya saya nak jauhkan rasa kesedihan dan kerinduan terhadap arwah ibu yang selama ini ada dengan saya.

"Bukan tak move on, tapi saya masih tak boleh lagi nak menyambut perayaan tanpa arwah. Malah, saya akan buka siaran TV cerita tamil ke sebab nak elak daripada rasa suasana raya." -CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 118
Komen

Previous : Cik B Langgar Wanita Hamil, Terduduk Datuk Seri Vida Dibuatnya!

Next       : Banding Perjuangan Palestin Dengan Orang Mah Meri, Adibah Noor Mohon Maaf

Komen Terbaru

Quote Hazifahrun1906 5-6-2021 03:17 PM
Kesiannya...kna cpt2 cri penyeri hidup spya blh braya lgi

Lain-lain Komen

Quote pavlovachoc 14-5-2021 12:41 PM
Sebelum covid time raye dia selalu g kuar negara..selalu stalk ig dia dulu
Quote Kancilkering 14-5-2021 12:43 PM
sedih plak dengar....
Quote Minami2013 14-5-2021 12:51 PM
Kadang itu ler antara kesan negatif media sosial.. ada org fikir nk share kebahagiaan raya meriah dgn keluarga bersama2 tapi tanpa sedar membuatkan org2 yg kehilangan dan lonely jadi makin terasa kehilangan dan makin lonely.
Quote annadonna 14-5-2021 12:54 PM
Masa akan mengubati hatimu. Semoga pulih rasa kesedihan itu.
Quote KIM.K 14-5-2021 12:57 PM
Aku whoareyus kan sesiapa menunggu gambar raya aku. Kami beraya gak but very private

Maybe lala tak rapat dgn abang nak balik sana. Nak balik kemana pun takda tempat. Sabarlah lala..cepat2 kawin
Quote MontanaHannah 14-5-2021 01:02 PM
kita kalau xlawa bukanlah salah sangat pun

tp kalau pulun nak nampak lawa  org kata try hard nakmati tu mmg ko terang-terang nampak xlawa

be kind to yourself

terima diri seadanya

muka kampung xkan nambak serupa hot stuff victoria  secret model  pakaian dalam kannnnnnnn


relax dan senyum steady sudahhhhhhhhhhhh
Quote LadyCarefree 14-5-2021 01:31 PM
Retis dan bangang berpisah tiada
Quote aechae 14-5-2021 01:45 PM
Sian diaa...dh xda rasa nikmat nk beraya...
Ada rasa yg normal mcm org lain pn tu rezeki okeh... semoga dia dpt family in laws yg mesra n kembalikn nikmat yg dh hilang tu..
Quote whimsicalmusic 14-5-2021 02:09 PM
Laaa mati2 aku ingt die ni anak wan maimunah {:question
Quote silampumeja 14-5-2021 02:17 PM
Tak semua faham perasaan tu hingga dia rasakan sndiri. Lala ni maybe rapat sgt dgn maknya sbb ayahpun dh takde dr kecil.

Dia manusia biasa. Ada kesedihan sendiri
Quote sukacactus 14-5-2021 02:37 PM
Rasanya kalau dia ada family sdr, br dia ok kot
Quote user.name 14-5-2021 02:48 PM
hoverrnya sampai nak report polis bagai? kalau tak ke luar negara pon memang time2 tu orang busy nak buat persiapan raya segala nak hidang ke tetamu nak layan anak buah budak2 semua tu? memang tak dan pon nak check talipon? lainlah ko tu diva aa duduk sebatang kara jah takde nak renyah kena buat kerja itu ini time2 raya sampai ada masa nak buat live ig nak menayang beli baju kat jakel jah pon?
Quote putericahaya999 14-5-2021 02:49 PM
Sedihnya bwgitu sekali
Quote Knowlee 14-5-2021 03:06 PM
Minami2013 replied at 14-5-2021 12:51 PM
Kadang itu ler antara kesan negatif media sosial.. ada org fikir nk share kebahagiaan raya meriah dg ...

Betul tu...
Quote sfrnna 14-5-2021 03:10 PM
Dengan abg pun x rapat kot. Dgn abg yg dah berkeluarga bagai. Ramai je org macam ni kat luar. Hidup sebatang kara gitu. Tengok org berhari raya dgn family mmg akan ada jeles sikit. Paham je kenapa dia macam ni
Quote Normabaru 14-5-2021 03:10 PM
Bgs lala ni.. Xdesperate nk blaki even kesunyian.. Siap positive ja wpon sebatang kara.. Xattention seeker mcm sekor yenna ittew
Quote irsa 14-5-2021 03:12 PM
Maybe kena jumpa pakar kesihatan mental. Sesuatu pulak berperangai seperti itu
Quote che-cikL 14-5-2021 03:17 PM
semoga wan Sharmila mendapat jodoh semula dan dapat mengubat hatinya
Quote ReginaGeorge 14-5-2021 04:28 PM
Kesian dah takda mak ayah. Maybe dia tak rapat dengan abang dia. Hilang feel nak raya bila kita dah takda mak ayah. Tapi family lain kan ada juga.. Adik beradik ayah, mak..takkan takda. Lama sangat dah membawa perasaan tuh. Tak healthy.

Lihat semua komen(118)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top