Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Zul Yahya Berhentikan Sekolah Anak-anak Sebab Nak Mereka Berjaya Di Akhirat

23-2-2021 09:20 AM| Komen: 304

Bekas pelakon Zul Yahya mengambil keputusan memberhentikan anak-anaknya daripada meneruskan persekolahan kerana meletakkan ilmu akhirat sebagai keutamaan hidup.



Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram dan Facebooknya, pelakon yang pernah membintangi drama Pepaya itu memberitahu tindakan tersebut dirasakan paling tepat buat masa ini.

“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami daripada sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka, tetapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak.

“Insya-Allah ilmu akhirat itu lebih penting daripada segala-gala ilmu,” ujar pelakon berusia 48 tahun itu.



Kredit foto: IG Zul

Menjengah ke ruangan komen dalam Instagramnya, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh pelakon tersebut.

Salah seorang pengikutnya dalam Instagram berkata, pelakon itu sepatutnya faham tentang konsep pendidikan pada peringkat sekolah kerana itu juga merangkumi ilmu untuk kegunaan di akhirat.

“Harapnya kita tidak salah faham dan ekstrem. Hantar ke sekolah (anak) juga merangkumi ilmu akhirat. Semua disiplin ilmu ialah ilmu milik Allah SWT dan boleh mendekatkan diri dengan-Nya.

“Tahniah guru-guru di sekolah yang mengajar bersungguh-sungguh anak murid mengenal Allah SWT,” ujar salah seorang pengguna Instagram.

Seorang lagi pengikutnya pula berpendapat bahawa pelakon itu sepatutnya tidak menghalang anaknya mendapatkan pendidikan di sekolah.

“Jangan halang anak untuk cerdik dunia akhirat supaya tak tertipu di dunia dan selamat di akhirat.

“Bahkan pusat tahfiz pun ada silibus. Kena seimbangkan,” ujarnya.

Zul ketika dihubungi Kosmo! berkata, pada hari ini masyarakat lebih mengejar duniawi berbanding ilmu agama yang dituntut oleh Nabi Muhammad SAW.

“Buat masa sekarang lebih baik saya letakkan ilmu akhirat sebagai keutamaan buat anak-anak.

“Berapa ramai yang boleh ikut sunnah Nabi Muhammad SAW pada hari ini? Ramai orang tinggalkan al-Quran dan sunnah Rasulullah yang boleh membawa kejayaan kepada mereka,” katanya.

Ujar Zul lagi, masyarakat hari ini seolah-olah merasakan sunnah dan al-Quran sebagai satu ikutan kuno dan ketinggalan.

“Jadi ramai yang memilih cara kehidupan seperti hari ini dengan tidak mengamalkan sunnah Nabi dengan melebihkan kehidupan duniawi,” ujarnya.

Untuk rekod, Zul mendirikan rumah tangga bersama isteri, Siti Raihan Mohd. Rodzi pada Disember 2007 dan dikurniakan enam orang cahaya mata masing-masing tiga perempuan dan tiga lelaki berusia antara setahun hingga sembilan tahun. 


Sumber: K! ONLINE

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
4
Lawak
2
Bosan
3
1
0
Komen: 290
Komen

Previous : "Sabar Ya Sayang," - Diburu Bank, Azhan Rani Masih Boleh Berseloroh

Next       : "Tak Bergeser Ke Dengan Luka, Seriau Tengok!" -Scha Alyahya Dikecam Pakai Seluar Jeans Ketika Berpantang

Ayu Damit Sanggup Berhabis RM10,000 Sebulan Demi Nak Cantik
Jenis Tak Tahan Sakit, Ezzaty Abdullah Menggigil Dan Menangis Dua Hari Dua Malam Buat Swab Test
"Sabar Ya Sayang," - Diburu Bank, Azhan Rani Masih Boleh Berseloroh
Myvi Rempuh Van Sampai Terbalik, Pemandu Cuba Larikan Diri Tapi Berjaya Ditahan
"Tak Bergeser Ke Dengan Luka, Seriau Tengok!" -Scha Alyahya Dikecam Pakai Seluar Jeans Ketika Berpantang
Pernah Tak 'Bergayut' Lebih 60 Jam Dengan Kekasih?
"Maaf Pak, Saya Berat" - Tak Tahu Digendong Ketua Polis Baik Hati
Sebut 'Khamis' & 'Khianat' Pun Tak Betul, Ada Hati Gelakkan Orang Tak Reti BI
'Pelajaran Tetap Penting' - Pernah Buat 2 Kerja Sambil Belajar, Kini Untung RM40k Sebulan
Ambil Kesempatan Jual Vaksin Percuma Pada Harga RM18,860
WHO Tegur Negara Kaya Jejas Usaha Negara Miskin Dapatkan Vaksin
Ibu Terkejut Tengok Anak Tidur Tak Pakai Seluar Di Ruang Tamu, 'Kerja' Bapa Tiri Rupanya!
"Lain Orang Lain Taste, KPop Fans Are Very Hardcore" - Caprice Tegur Janna
Ketua Polis Dipecat Lepas Dua Tahanan Lolos Lokap Guna Senduk
"Sebaiknya Janna 'Hilangkan Diri' Sementara Waktu, Refleksi Diri" - Naim Daniel
'Masak' Duit Dalam Periuk Nasi, Biar Virus Covid-19 Mati
Ucapan Kreatif Syed Saddiq Di TikTok Buat Calon SPM - "Selamat Maju Jaya"
Pos Malaysia Siasat Posmen Lastik Anjing Sampai Cedera Mata
Ditegur Ustazah Asma’, Ini Respons Admin FB Riak Apa Hari Ini
Tak Sampai Setahun Kahwin, Mimie Haris Bercerai Lagi
Instafamous Dikutuk Tak Ada Bakat Berlakon, Sharifah Rose Tak Terasa Pun
"Yang Penting Adab, Hormat & Disiplin" - Noorkhiriah Sound Siapa?
Doakan Ayda & Nabil Bahagia, Redza Rosli Tak Serik Bercinta - 'Tiada Istilah Cinta Mati'
Kritik Stesen TV , Sharifah Rose Ke Instafamous Diperli Izara Aishah Jadi Pelakon?
Haqiem Rusli Disahkan Negatif COVID-19

Komen Terbaru

Quote emera 17-3-2021 09:07 PM
Tapi kau guna FB & IG?

Lain-lain Komen

Quote sharlenetexas 23-2-2021 01:51 AM
Sohai on the way.

Quote Dwdrum 23-2-2021 02:02 AM
Bagus lah.... Yahudi tidak perlu gunakan jarum halus untuk ummah begini untuk tunjuk kan kebodohan sendiri... Apa benefits dajjal dapat dari golongan dumbtarded begini....
Quote Asdira 23-2-2021 02:04 AM
Ye ke dia tak pandai menulis???
abis tu ada ig semua tu, siapa tlg taipkan?
Quote CikYaYaYa 23-2-2021 02:22 AM
Time dia kecik2 dulu best jer blh sekolah blh bkawan pstu time jdi retis best je enjoy sana enjoy sini tapi time anak2 ko nak mnidakkan hak diorg nk dptkn pndidkan, nk bkwn etc2.

Apa ko ingat budak yg bsekolah ad degree suma to xblajar lgsg ke bab akhirat..? Omg sebijik perangaii hantu gigi penjarakkan sosial yg duk kelate nun
Quote LadyCarefree 23-2-2021 02:56 AM
Dia pun cari rezeki guna nama dia sebagai retis. Kalau tak, kutip tong sampah je la
Quote darkness 23-2-2021 03:06 AM
Biarkan aje golongan ginih aku tolong ketawakan aje
Quote lattehazelnut 23-2-2021 03:10 AM
habis anak kau esok nak kerja apa..
Quote adelea 23-2-2021 03:27 AM
Asdira replied at 23-2-2021 02:04 AM
Ye ke dia tak pandai menulis???
abis tu ada ig semua tu, siapa tlg taipkan?


dia ex sekolah raja chulan kot ...
mohong tak tau menulis ...

dia cuma x pas srp jaa
Quote salmon-suki 23-2-2021 03:35 AM
lattehazelnut replied at 23-2-2021 03:10 AM
habis anak kau esok nak kerja apa..

Dia wariskan restoren dia kot kt anak2 dia..
Ada rstoren dia pernah masuk jjcm..

Baidewei,dia boleh tagteam dgn bewak da..acah2 kutip ilmu akhirat n tinggalkn ilmu akademik..ibarat amek fardhu 'ain tp tinggalkan fardhu kifayah..xbelajar sirah Nabi dan sahabat agaknya..xtaw pasal ilmuwan Islam agaknya..bangga tak berpelajaran tggi,tp gigih nak ajar anak?golongan munafik makin ramai kt msia nih..
Quote dudaberhias 23-2-2021 03:44 AM
soo pelik kenapa fikiran dia boleh jadi macamni?
adakah anak tu dah di anggap tiket untuk dia ke syurga?
dia sedar hidup dia sebelum ni lalai lepastu dia nak gunakan anak pulak sebagai tiket untuk dia ke acanerr?
Quote jerukkedondong 23-2-2021 04:22 AM
Kesian ank2 pepaya...
Utk jd ummat Muhammad yg baik tak perlu terlampau ekstrim sampai mcm tu...
Quote haifawehbe 23-2-2021 04:33 AM
org mcm ni x pelik pun kalau 1 hari nanti mengaku diri tu tuhan.
Quote darkness 23-2-2021 04:37 AM
haifawehbe replied at 23-2-2021 04:33 AM
org mcm ni x pelik pun kalau 1 hari nanti mengaku diri tu tuhan.

Hahahhahahah good point
Quote JokesCop 23-2-2021 04:55 AM
CikYaYaYa replied at 23-2-2021 02:22 AM
Time dia kecik2 dulu best jer blh sekolah blh bkawan pstu time jdi retis best je enjoy sana enjoy si ...

Beza budak xsekolah kenal agama dgn budak bersekolah kenal agama.

Agak harsh. Tapi ingat ilmuan Islam tu cikai2 bab dunia ke? Ilmu dunia mereka mengubah landskap dunia tau.
Quote mbhcsf 23-2-2021 05:07 AM
Edited by mbhcsf at 23-2-2021 05:19 AM

kalau bagi org yg bukan ahli cakap macam ni. la- bukan melalui ilmu  yg benar  so ...artis bukanlah uswatun hasanah  pun.  atau suri teladan yg baik pun. i mean tak menghairankan kalau benda benda ni perpacul dari golonan seperti ini.

tak pelah baguslah - bagi org  vaccine  yg lebih memerlukan.

Quote FOTHER-MUCKER 23-2-2021 05:17 AM
Baguslah semoga lebih ramai manusia seperti dia tu!

Tetapi jangan menyalahkan bangsa lain jika keturunan kamu semakin ketinggalan
Quote Amandaminaj96 23-2-2021 05:23 AM
Bukan ke bagus klu seimbangkan? Punya la islam ada melahirkan ramai ilmuwan
Quote sukacactus 23-2-2021 05:35 AM
Sian kan ank2 dia je
Dapat bapak gini
Wife dia cemana la ntah, terpaksa menurut persis iza zaim
Quote allshares 23-2-2021 05:42 AM
Mmg ilmu akhirat penting, tapi skrg anak2 ko hidup kt dunia ke kt akhirat? Hidup biar balance. Tuhan pun tak free2 turunkan nasi kt ko atas dunia ni unless ko usaha utk dptkan nasi.

Lihat semua komen(304)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top