Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Kutipan Ratu Kala Jengking Cuma RM700 Ribu, A. Aida Reda

12-3-2020 03:13 PM| Komen: 111



Entah apa yang silap, filem sulung Datuk A Aida, Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda sekadar mengutip RM716,800 sepanjang dua minggu ditayangkan.

Biar pun begitu, A Aida, 50 yang semakin jelita ini menganggap itu adalah rezeki. Lagi pula filem itu turut bersaing dengan filem luar negara dalam masa sama. 

Ig

Kepada Harian Metro, dia tetap bersyukur kerana dengan kekalutan virus Covid-19 dan keadaan politik negara, masih ada yang sudi menonton filem ini.

"Apa pun, saya tidak kecewa. Malah, ia membakar semangat saya dan pasukan untuk terus berkarya."

Ig

Walaupun ia boleh dikatakan rugi kerana kos pembikinan filem itu sendiri menelan belanja RM2.1 juta, dia tetap mengucapkan terima kasih kepada yang menyokong filem tempatan. 

Menurutnya lagi, impian untuk menerbitkan filem lain memang ada, cuma bukan dalam masa terdekat. 

Ig

"Saya jadikan filem ini sebagai hasil eksperimen. Biasalah adat berniaga, terutama dalam penerbitan filem memang sukar dijangka." 

Bagaimanapun, filem arahan Bade Azmi itu masih ditayangkan di beberapa pawagan TGV pada minggu hadapan.

Filem itu menampilkan Nadia Brian selaku watak utama dan beberapa pelakon lain seperti Amar Asyraf, Datuk Fizz Fairuz, Eyra Hazali dan ramai lagi.


Baguslah A Aida menerima dengan reda walaupun kecewa. Malahan janjinya untuk menghasilkan karya lagi membuktikan yang dia adalah orang seni tulen. - CARI 


Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
3
Terkejut
5
Sedih
4
Lawak
4
Bosan
6
0
0
Komen: 111
Komen

Previous : Lap Air Kencing Guna Jersi Liverpool, Penerbit Drama Mohon Maaf

Next       : Tiada Aktiviti Penggambaran, Pelakon Jangan Merayap Pula

Komen Terbaru

Quote Fettybombom 19-3-2020 12:24 PM
Satula... A aida ni xpenah tgk dia berlakon drama filem sendiri walopun dia ok je berlakon..
Pasal filem ni mmg mendukacitakn bila tgk trelernye

Lain-lain Komen

Quote belilies 12-3-2020 03:32 PM
Mcm takde continuity. Sfx canggeh tp kualiti director n editing cam drama. Tengok trailer pun cam dragging
Quote mieymiey 12-3-2020 03:40 PM
Siapa la yang menyumbang kepada RM700 ribu tu?
Mesti kengkawan dan keluarga jer kan?
Quote mizruncing 12-3-2020 03:43 PM
pelakon utama pun sendu jahhh. takpe laa maybe sbb covid ni kot org ramai takut pi tgk wayang
Quote RumiMenari 12-3-2020 03:44 PM
Nek aida lps free hair ni suka sgt buat muka ala-ala stim bila ambil gambar
Quote Mademoisellee 12-3-2020 03:44 PM
Entah apa yang silap, filem sulung Datuk A Aida, Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda sekadar mengutip RM716,800 sepanjang dua minggu ditayangkan.


habissss ko expect filem macam tu boleh dapat kutipan 5 juta ke uolssssss

lambettttttttt lagiiiiiiiiiiiiiii
Quote kiah_mai_pulak 12-3-2020 03:46 PM
mieymiey replied at 12-3-2020 03:40 PM
Siapa la yang menyumbang kepada RM700 ribu tu?
Mesti kengkawan dan keluarga jer kan?

duit a aida je pun dh 500k.. 200K lg tu maybe ank beranak pelakon2 tempelan dlm cter tu
Quote lasagnaklcc 12-3-2020 03:48 PM
700k kira okay la. Dari cite liyana jasmay... lagi tragis. Anyway movie the invisible man tu best.
Quote hikhokz47 12-3-2020 03:49 PM
Filem pon hauk kau expect kutipan 2-3 juta ke nyah ?
Quote kaseh80 12-3-2020 03:55 PM
Sendu to the max
Quote akusukapurple 12-3-2020 03:59 PM
ok sangat dah tu..
Quote acikbajuhijau 12-3-2020 03:59 PM
it's okay nek. u can try again. with better ideas lepas ni.
Quote dudaberhias 12-3-2020 04:06 PM
Ada orang kata tengok2 filem ni nampak logo KRU. Sekali tengok CGI memang betul KRU punya level!

Sampah sarap. Sesuai la kutipan banyak tu je.
Quote alongweeda 12-3-2020 04:12 PM
lorrrrr ade jg yg g tgk cite ni ye.....ank2 aku pun x de yg hingin nk nengoknyer
Quote Bholatchomel 12-3-2020 04:19 PM
mcm nan hado jer pun promosi... oklah tu dapat rm 700 ribu... lagi covid org malas nak keluarkan.
Quote greantea 12-3-2020 04:21 PM
x best ker. iklan kemain gempak.
Quote husna_amal 12-3-2020 04:22 PM
sebelum tayang lagi orang ramai tak berkenan layan movie macam ni
Quote mieymiey 12-3-2020 04:22 PM
kiah_mai_pulak replied at 12-3-2020 03:46 PM
duit a aida je pun dh 500k.. 200K lg tu maybe ank beranak pelakon2 tempelan dlm cter tu

"Abang/kakak dah jadi retis" kekdahnya. Tu yang ajak sekampung datang panggung, tengok
Quote Suchi 12-3-2020 04:30 PM
Iols nk tgk cite Roh tapi mesti cite tu pun takut sendu gak sambutab sbb pelakon2 gred A berlakon walopun jln cerita nampak menarik.

Musim covid19 ni masih kah ade yg g tgk wayang ye? Sian plak kalo pilem tak laku
Quote Noraniza_Iblis 12-3-2020 04:32 PM
lasagnaklcc replied at 12-3-2020 03:48 PM
700k kira okay la. Dari cite liyana jasmay... lagi tragis. Anyway movie the invisible man tu best.
...

haha cite invisible man tu ..
buat aku mencarut sepanjang cite..
seram yakmat..
luruh jantung iols nk tngok

Lihat semua komen(111)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top