Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Budak 5 Tahun Didera Ibu Sampai Patah Tulang Pipi

24-2-2020 11:14 AM Komen: 27
Wanita direman selepas dipercayai mendera anak kandung hingga patah tulang pipi.

Berita Harian melaporkan, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terbabit turut mengalami lebam di muka dan beberapa bahagian badan.

Difahamkan, kejadian terbongkar selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima panggilan daripada seorang ahli keluarga suspek menerusi Aduan Talian Kasih kira-kira jam 10 pagi, pada Khamis lalu.


Gambar hiasan

Menurut sumber, kakitangan JKM bergegas ke sebuah Tadika di Kuala Terengganu selepas dimaklumkan wanita terbabit bahawa mangsa dihantar suspek ke tadika berkenaan.

Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat beberapa kesan kecederaan termasuk lebam di pipi kiri dan di belakang telinganya sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi mendapatkan rawatan.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan patah pada tulang pipi, lebam di muka dan luka lama di lutut, selain lebam di belakang telinga dan kelopak matanya disyaki didera, katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos yang mengesahkan laporan itu memaklumkan pihaknya menahan ibu tunggal berusia 29 tahun terbabit di hadapan pondok polis HSNZ, kira-kira 7 malam pada hari sama laporan diterima.

Susulan itu, suspek direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 27
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote mizkajura 4-3-2020 09:26 AM
Mak lain pun banyak masalah. Harap anak tu Jaga kau dgn baik semoga ko rasa bersalah sampai mampos

Lain-lain Komen

Quote milanhawkin 24-2-2020 11:18 AM
x kesian ke kat anak sendiri?
i is kenot dgn mak2 mcm ni. kat luar tu ramai lg yg teringin nk beranak.
Quote mzzenma 24-2-2020 11:29 AM
bodoh lah mak dia ni.. ko tumbuk muka anak ko ke apa setan? selamat cikgu tadika ambil tindakan call jkm.. kalau tak mampus budak tu agaknya.

Quote ell768 24-2-2020 11:36 AM
kuam hajo btl laaa...setan
Quote chicozinn 24-2-2020 11:38 AM
aku ni mrah sgt kat anak pun xde la gamak sgat nak tumbuk muka budak..
Quote Kahla 24-2-2020 11:41 AM
mzzenma: bodoh lah mak dia ni.. ko tumbuk muka anak ko ke apa setan? selamat cikgu tadika ambil tindakan call jkm.. kalau tak mampus budak tu agaknya.


Bukan cikgu tadika yang buat laporan tu. Keluarga mangsa tu yg buat laporan.
Quote Cassieopeia 24-2-2020 11:48 AM
meroyan ke depress sampai dera anak mcm tu, adoi budak kecik kot..kesiannyala
Quote missycutie 24-2-2020 12:05 PM
Waaaa... sakitnya hati aku baca. Aku ni 4tahun kahwin baru dapat anak. And ditakdirkan itu la satu2 anak aku (setakat ni). Cerebral palsy with severe autistics features. Disayangi semua ahli keluarga. Yg ni siap dera2 lagi. Bangang betul la..
Quote aTiKah_aYuNi 24-2-2020 12:22 PM
kau emak ke setan?


saitan...!!!
Quote haznor 24-2-2020 12:30 PM
One word. Zalim.
Quote jazaa100 24-2-2020 12:45 PM
Mencekik dadah lah ni.....

pompuan ganu ramai yg mencekik dadah....
Quote JohnnyLever 24-2-2020 12:56 PM
emak dia forummer kah? naik angin dan nafsu amarah bila diketawakan kerana cuba nak tunjuk diri dia seorang sahaja yang pandai orang lain tak boleh lagi pandai daripada dia? ini bukan sekolah menengah ini forum.
Quote husna_amal 24-2-2020 01:00 PM
weii kejamnya buat macam tu. tak kesian kat anak sendiri ke atau dah gila ni.
Quote mzzenma 24-2-2020 01:03 PM
Kahla replied at 24-2-2020 11:41 AM
Bukan cikgu tadika yang buat laporan tu. Keluarga mangsa tu yg buat laporan.

oh aar betul2.. emo sgt jadinya
Quote FailFish 24-2-2020 01:05 PM
5 tahun tu buat mcm tu
bodoh punya manusia
kalau 25 tahun tak apa la
Quote makneng 24-2-2020 01:20 PM
Safe play - use condom
Quote salmon-suki 24-2-2020 02:36 PM
Kesian nye adik ni..kejam sgt..kalau dah xnak sgt anak tu,bg je kt org lain y nak anak..
Quote salmon-suki 24-2-2020 02:39 PM
missycutie: Waaaa... sakitnya hati aku baca. Aku ni 4tahun kahwin baru dapat anak. And ditakdirkan itu la satu2 anak aku (setakat ni). Cerebral palsy with severe  ...


tahniah sis dan family y jaga anak istimewa tu dgn kasih syg..autistic kids mmg bkn senang nak jaga,kne continuous treatment and patience nak handle mereka...nak kne faham plak apa y boleh n apa y tak boleh utk dorg..semoga Allah bg sis kekuatan y luar biasa utk terus jaga anak sis..

In sha Allah..mudah segala urusan sis..
Quote gideoncross 24-2-2020 04:23 PM
Skrg mak2 muda umur sebaya iol je, iol blum ada anak. Seram tngok mak2 skrg yg mostly ganas2, blum lgi bapak2 muda umur sebaya yg lbih pntingkn game dri anak2.
Quote any42 24-2-2020 04:31 PM
sian ank jd punching bag.

Lihat semua komen(27)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top