Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

"Drama Melayu Tak Pernah Tak Kelakar" - Babak Hospital Drama Camelia Dikecam Tidak Logik

15-2-2020 09:15 AM| Komen: 48


Sudah berulang kali drama melayu yang melibatkan adegan hospital menjadi menjadi ejekan ramai kerana dilihat tidak logik walaupun sudah mendapat teguran pakar perubatan negara kita.

Namun, ia seakan tidak diendahkan oleh pemain industri drama dan filem tanah air kita kerana perkara ini berlaku lagi dalam drama Camelia seperti yang dikongsikan netizen ini.



Naya pelakon macam susah nak bernafas tu satu muka kena balut.

Kredit Foto - Gambar Hiasan : Mangsa Serangan Asid di Kabul, Afghanistan

Rata-rata netizen turut kecewa dengan drama tempatan dan membandingkannya dengan karya dari luar negara yang mana mereka cukup teliti agar babak di hospital bukan sahaja realistik namun dapat memberi ilmu kepada penonton.

Kredit foto: Twitter Muhammad Izzat

Segelintir pemain industri seolah - olah mengambil mudah karya yang ingin dipertonton sehingga menjadi ejekan. 

Moga penerbit drama dan filem boleh belajar lebih banyak dan mengkaji daripada ahli dibidangnya supaya drama Melayu lebih berkualiti.- CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
2
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
4
Bosan
2
0
0
Komen: 48
Komen

Previous : "Lepas Tengok Siccin, Rasa Macam Ada Yang Ikut Dari Belakang" - Siccin Pakai Mantera Betul?

Next       : Nenek Gagah Berlari Mahu Suami Panjang Umur

Komen Terbaru

Quote kaksenah65 18-2-2020 01:07 AM
teknik balut cam mumia tu betul dah untuk burned case, tapi maybe lebih appropriate kalau pakai nasal prong instead of face mask

Lain-lain Komen

Quote dudaberhias 15-2-2020 09:26 AM
Entahnya kenapa tak buat sarchopagus sekali letak pelakon tu dalam tu. Baru nampak real sebab watak ain edruce dalam tu pun persis firaun, soo selayaknyalah kena masuk dalam tu.
Quote dudaberhias 15-2-2020 09:33 AM


Quote TerataiMelur02 15-2-2020 09:39 AM
Tapi........drama ni best! Pelakon pun semua best. Kecuali SR la nampak kayu sikit
Quote hasniey 15-2-2020 09:40 AM
dudaberhias replied at 15-2-2020 09:33 AM

Yg bawah tu kenapa sepit hidunggg?
Quote febreze 15-2-2020 09:40 AM
ni cara nk naekkan rating drama dia bro..takkan tak faham lagi taktik director produser hahahaha
Quote afidahoney27 15-2-2020 09:45 AM
Medic officer tgk ni mesti ketawa jahat dalam diam kuikuikui
Quote febreze 15-2-2020 09:50 AM
hasniey replied at 15-2-2020 09:40 AM
Yg bawah tu kenapa sepit hidunggg?

ni drama komedi
Quote dudaberhias 15-2-2020 09:53 AM
TerataiMelur02 replied at 15-2-2020 09:39 AM
Tapi........drama ni best! Pelakon pun semua best. Kecuali SR la nampak kayu sikit

best???? hell no... ala2 bercampur aduk dengan ala2 nak tiru cerita split bagai
very the hazab... ujung2nya???? ain edruce bertukar jadi kayu pokok... ingat ni fairytale ke?
Quote Rainrein 15-2-2020 10:18 AM
Kesian, da macam mummia jadinye.
Quote sunshinelady 15-2-2020 10:54 AM
https://www.google.com/imgres?im ... do1D6gQMygnegQIARBO

rasanya hampir betul tu
Quote julielapadite 15-2-2020 11:04 AM
hasniey replied at 15-2-2020 09:40 AM
Yg bawah tu kenapa sepit hidunggg?

Yang kat pipi tu apa pulakkk wakaka
Quote RatuDunia94 15-2-2020 11:29 AM
dudaberhias replied at 15-2-2020 09:53 AM
best???? hell no... ala2 bercampur aduk dengan ala2 nak tiru cerita split bagai
very the hazab ...

Ha'ahh.. mula2 episod awal2 best juga.. masuk pertengahan jd merepek cite ni.  Dgn jalan cite melompat2 laju gila. Jd x paham.. pastu plg iols kelakar.. watak malik lelaki kampung x habis sekolah selamatkan jutawan kena rompak.. tup2 dpt warisi harta kekayaan jutawan tu siap jd ceo syarikat.. ko raseee??? Mmg fairytale sangat2..
Quote misc 15-2-2020 11:31 AM
Pada aku ok je ... balut mcm tu sebab nak cakap dia kena acid satu badan.

Kalau expose bahagian muka, nak kena makeup special effect pulak. Banyak kos kena keluar utk scene tu je. Balut semua settle. Cepat je shooting.

Alaaaah drama je pun... bukan masuk exam pun.
Quote damian_lee 15-2-2020 11:36 AM
Gigih gak kau tengokk
Koserr
Quote djzara81 15-2-2020 11:38 AM
Hmmmm..scene tdo pon pakai tudung litup siap lampu cerah...
Quote giyomi 15-2-2020 12:16 PM
jgn terkejut...pilem2 sebegini layak dpt oscar.
and for the doktor dlm drama ni wuteve ni, sila pecat pembalut mumia tu.
Quote Lelli 15-2-2020 12:24 PM
Hhahaaha..x mampu tahan gelak
Quote CikDaNdeLi0n 15-2-2020 12:31 PM
Org duk bunyi drama ni best..so ai pn try ler tgk skit kat youtube tu..tk sampai 5 mins ai tutup..ai is kenot continue..kerasnya pelakonnnn!!
Quote grouper 15-2-2020 12:38 PM
Sape la cakap drama ni best...maybe kena ngan taste kot..bukan drama yg best.

Lihat semua komen(48)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top