Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

The Scarlet Bullet, Detective Conan Kembali Dengan Filem Terbaru Untuk Tahun 2020

5-2-2020 12:29 PM|PDOT777| Komen: 12

Shuuichi Akai
Kredit foto: Detective Conan's 24th Movie Releases 30-Second Trailer!, otakumode.com


Bagi anda peminat anime di Malaysia, anda mesti kenal kan Detective Conan? Pernah ditayangkan di TV3, serta saluran 601 di Astro, kini penonton khususnya kanak-kanak masih boleh tengok series anime ini secara online melalui episod visual ataupun manga.


Perhatian adik-adik, Conan belum tamat lagi ya!


Tahun ini, filem ke-24 untuk Detective Conan bakal ditayangkan di seluruh dunia pada pertengahan tahun. 


Memetik sumber daripada laman web rasmi filem ini https://www.conan-movie.jp/index.html, filem ini akan ditayangkan di seluruh Jepun pada 17 April ini, manakala tarikh rasmi untuk tayangan di pawagam lain seluruh dunia termasuk Malaysia masih belum diketahui, tetapi masih pada pertengahan tahun ini.


Poster filem ke-24 Detective Conan : The Scarlet Bullet
Kredit foto: https://www.conan-movie.jp/


Memetik sumber animenewsnetwork.com, filem kali ini berkisarkan tentang konflik yang terjadi semasa perlancaran World Sports Games (WSG), kejohanan sukan terbesar dunia, yang berlangsung di Tokyo. Serentak dengan perlancaran WSG, kereta api Japanese Bullet yang menggunakan teknologi terkini Jepun, akan memulakan perjalanan pertamanya.


Japanese Bullet ialah kereta api yang menggunakan sistem magnet levitation (maglev), menggantikan sistem enjin dan roda untuk mengurangkan geseran dan menambah kelajuan. 


Kereta api ini akan menjadi kereta api pertama di dunia yang menggunakan sistem tiub vakum. Terowong biasa digantikan dengan terowong tiub untuk menambah kelajuan kereta api. Japanese Bullet dijadualkan untuk berlepas dari Stesen Shin Nagoya ke Stesen Tokyo pada kelajuan 1000 kilometer sejam.


Japanese Bullet
Kredit foto: 2020 Detective Conan Anime Film Title and Release Date Confirmed, news.qoo-app.com


Malang, kejadian yang buruk terjadi di sebuah parti yang dianjurkan oleh penganjur-penganjur utama kejohanan ini, beberapa penculikan melibatkan eksekutif-eksekutif atasan pun terjadi. Conan Edogawa memutuskan yang kes ini ada kaitan dengan kes penculikan bersiri yang berlaku 15 tahun sebelum itu di kejohanan WSG di Boston, USA.


Conan Edogawa sekali lagi akan menjadi watak besar untuk filem kali ini
Kredit foto: Detective Conan, news.qoo-app.com


Selain daripada kes penculikan ini, keluarga Akai juga akan main peranan penting dalam filem ini. Bagi anda yang tonton Detective Conan sampai sekarang, anda tentu kenal dengan Mary Sera, ibu kepada Shuuichi Akai, Shuukichi Haneda dan juga Masumi Sera.


Pelbagai masalah telah berlaku kepada keluarga mereka, dan anak sulung, Shuuichi, telah menyertai FBI semasa Mary mengandungkan Masumi. Jadi, Masumi tak tahu di mana abang kandungnya, Shuuichi berada, sama ada masih hidup ataupun sudah mati.


Shuuichi Akai (kiri), Masumi Sera (tengah) & Shuukichi Haneda (kanan)
Kredit foto: Detective Conan's 24th Movie Releases 30-Second Trailer!, otakumode.com


Mary Sera
Kredit foto: Detective Conan-The Messed Puzzles Part 1 (Apakah Asaca itu Rum?), imo-id.blogspot.com


Keluarga Akai ini ada sejarah hitam, dan bapa iaitu Tsutamu Akai, telah mati dengan cara yang misteri, disyaki berkait dengan The Black Organization, musuh utama Conan. Shuuichi sertai FBI untuk mencari siapa pembunuh bapanya. 


Shuuichi telah memalsukan kematiannya daripada The Black Organization dengan menukar identiti dan wajah kepada Subaru Okiya. Dia bertembung dengan Masumi buat pertama kali dalam filem ini. Masumi tak tahu yang Subaru adalah abang kandungnya, Shuuichi. Mereka juga berlawan atas sebab yang tak dapat dikenal pasti. Anda boleh tengok mereka berlawan dalam teaser trailer yang baru dilancarkan di bawah:



Menurut sumber detectiveconanworld.com, filem ini mengambil inspirasi daripada kejohanan Olimpik di Tokyo pada tahun ini. Filem ini yang diberi nama Detective Conan : The Scarlet Bullet (Meitantei Conan : Hiiro no Dangan) bakal diarahkan oleh Tomoka Nagaoka, yang juga pengarah kepada filem ke-23 Detective Conan tahun lepas, Detective Conan : Fist of Blue Sapphire.- CARI 



Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
2
Terkejut
2
Sedih
2
Lawak
1
Bosan
2
0
1
Komen: 12
Komen

Previous : The Rock Jadi Hero Dalam Black Adam, Boleh Ke DC 'Meletup' Dengan Filem Ini?

Next       : Filem M4M4 Lakonan Nabila Huda 'Best Gila', Tapi Katanya Sama Dengan Filem Korea, Hindi?

Komen Terbaru

Quote tifa_leo 10-2-2020 05:33 PM
sy pn peminat detective conan...

Lain-lain Komen

Quote cikatilia 5-2-2020 01:36 PM
yahoo..
tapi The Fist of Blue Sapphire pon belum tgk sbb jumpa bahasa indon ja sarikata xpaham menda
Quote husna_amal 5-2-2020 03:06 PM
Selalunya cinema mana yang akan tayang movie conan ni ya?
Quote kaz2y5 5-2-2020 05:33 PM
husna_amal replied at 5-2-2020 03:06 PM
Selalunya cinema mana yang akan tayang movie conan ni ya?

based on movie lepas2, rasanya tayang dekat most wayang..

bila la det. conan ni habis agaknyer tsk tsk...  baca manga lagi sakit hati
Quote PDOT777 5-2-2020 08:10 PM
husna_amal replied at 5-2-2020 07:06 AM
Selalunya cinema mana yang akan tayang movie conan ni ya?

most wayang akan tayang movie conan ni boss...cuma biasanya tak lama kt wayang...saya selalu tgk kt gsc shj
Quote PDOT777 5-2-2020 08:18 PM
cikatilia replied at 5-2-2020 05:36 AM
yahoo..
tapi The Fist of Blue Sapphire pon belum tgk sbb jumpa bahasa indon ja sarikata xpaham mend ...

haha...saya harapkan movie yg tahun ni best...saya rasa movie tahun lpas mcm kurang sikit....but still mantap
Quote PDOT777 5-2-2020 08:19 PM
kaz2y5 replied at 5-2-2020 09:33 AM
based on movie lepas2, rasanya tayang dekat most wayang..

bila la det. conan ni habis agaknyer ...

haha knapa sakit hati tu boss ....saya tgk dkt manga skrg...mcm ada bnda seronok nk jadi lpas ni
Quote cikatilia 6-2-2020 09:25 AM
PDOT777 replied at 5-2-2020 08:18 PM
haha...saya harapkan movie yg tahun ni best...saya rasa movie tahun lpas mcm kurang sikit....but s ...

last year yg The Fist of Blue Sapphire la kan?
i tgk halfway tapi xpaham sarikatanya.. tgh mencarik yg sarikata english lagi better / or bahasa melayu.

Quote PDOT777 6-2-2020 03:41 PM
cikatilia replied at 6-2-2020 01:25 AM
last year yg The Fist of Blue Sapphire la kan?
i tgk halfway tapi xpaham sarikatanya. ...

ya btul...last year yg fist of blue sapphire
Quote kaz2y5 10-2-2020 12:00 PM
PDOT777 replied at 5-2-2020 08:19 PM
haha knapa sakit hati tu boss ....saya tgk dkt manga skrg...mcm ada bnda seronok nk jadi lpas ni ...

orang kata, penantian itu satu penyiksaan bayang kan berbelas tahun baca story yang tak habis2, then kena menunggu next chapter pulak. me dah slowly hilang interest dengan side story & very impatient for them to conclude pasal black organization. even detective boys pon me dah rasa makin annoying hahaha. paling annoying bila diaorg drop another bomb pasal black organization, then end of the chpater ada notes like "writer akan berehat sementara" bla bla bla
yang latest chapter seems interesting, tapi tak baca lagi. usually me akan tunggu 6 bulan so boleh baca banyak-banyak sekali gus. then after finish me akan face withdrawal phase dalam 2-3 weeks lol, macam tu lah setiap kali




Quote PDOT777 10-2-2020 12:40 PM
kaz2y5 replied at 10-2-2020 04:00 AM
orang kata, penantian itu satu penyiksaan  bayang kan berbelas tahun baca story yang tak habi ...

makkk aiihh..siksa betul macam tu haha...tapi nak buat mcm mana...rsanya Gosho Aoyama pernah ckp...selagi akan ada peminat yg layan Conan...selagi tu dia akan terus buat cerita conan ni huhu
Quote kaz2y5 10-2-2020 02:45 PM
PDOT777 replied at 10-2-2020 12:40 PM
makkk aiihh..siksa betul macam tu haha...tapi nak buat mcm mana...rsanya Gosho Aoyama pernah ckp.. ...

tu la... bila me betul2 suka to read something, jadi mcm obsessed sikit nak tau the ending lol. at least nowdays me dah slowing down compare dengan masa 20an dulu maybe sebab dah makin bz so senang nak distract diri sendiri hehe..

anyway, hope movie kali ni best. last year tak sempat tengok dekat wayang.
Quote tifa_leo 10-2-2020 05:33 PM
sy pn peminat detective conan...

Lihat semua komen(12)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top