Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Larikan Anak Orang Kerana Cinta Tak Berbalas

22-7-2019 01:46 PM Komen: 38
Lelaki bertindak drastik dengan menculik seorang wanita selepas cintanya ditolak.

Utusan melaporkan, lelaki berusia 27 tahun itu melarikan mangsa di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Bertam, Kepala Batas kira-kira jam 10.30, malam tadi.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berusia 29 tahun itu dalam perjalanan pulang dari kerja menuju ke keretanya.


Gambar Hiasan

Bagaimanapun, mangsa terkejut apabila suspek muncul tiba-tiba sebaik dia memasuki kereta Proton Iriz sebelum ditolak ke tempat duduk penumpang.

Video kejadian suspek melarikan mangsa menuju ke kawasan pasar awam di Tasek Gelugor menjadi tular sejak malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, cubaan saksi lelaki yang terdengar jeritan meminta tolong mengejar kenderaan tersebut gagal kerana dipandu laju.

Bimbang anaknya tidak pulang dari kerja dan gagal dihubungi, bapa mangsa mencari anaknya itu jam 11.30 malam, namun dia dimaklumkan rakan anaknya bahawa mangsa telah diculik lelaki berbaju kemeja.

Tambahnya, suspek mengikat kedua-dua tangan mangsa ketika berada di pasar awam Tasek Gelugor, namun melepaskan ikatan mangsa 20 minit kemudian dan mengunci wanita itu di dalam kereta selama hampir satu jam.

Suspek kemudian menghubungi abangnya dan memaklumkan mengenai kejadian sebelum abangnya bertemu mereka di pasar berkenaan.

Ketiga-tiga mereka kemudiannya menaiki kereta Proton Wira abang mangsa menuju ke Pantai Bersih, Butterworth dan berada di sana sehingga jam 4 pagi.

Difahamkan mangsa dipujuk supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis manakala suspek pula dipujuk menyerah diri sebelum abang mangsa membawa mereka ke Balai Polis Kepala Batas untuk tindakan lanjut, katanya kepada pemberita.

Bapa mangsa sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap suspek yang mempunyai rekod jenayah dadah kerana mengganggu anaknya, namun kes itu diselesaikan secara baik dan suspek berjanji tidak akan mengganggu mangsa lagi.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya dengan sulit dan dengan salah. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
1
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 38
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Foxey 25-7-2019 12:44 AM
Nasib baik berakhir dengan baik. Trauma kot perempuan tu

Lain-lain Komen

Quote Pink_Purple 22-7-2019 01:51 PM
gila apa..kalau cerai boleh kata gila talak

mat dadih..ada hati nak anak dara orang..
Quote Pink_Purple 22-7-2019 01:51 PM
sumbat ke dalam..jangan bagi keluar sampai bila2
Quote amerald 22-7-2019 01:58 PM
bahaya betul
Quote susukambingbest 22-7-2019 02:00 PM
Bagus tindakan bijak pompuan tu bkn asal brlaki. Kuarga dia pun xhingin ngn matpet. Moga mat dadah disumbat dlm pnjara dgn mkn hnya 3x shari jer. Ni sbuk prabis duit bg mkn pnjhat smpai 5x shari
Quote sukacactus 22-7-2019 02:22 PM
Payah la jenis xpaham bahasa camni
Quote gaara_X 22-7-2019 02:24 PM
apa nak jadi laa ngan ko dik....
Quote takayama 22-7-2019 02:33 PM
Ms saspek kidnap perempuan tu dia tgh high ke, mudah2an perempuan tu okay2 aje xde rs trauma etc
Quote sarah82 22-7-2019 02:51 PM
Reject cara baik pun boleh jadi gaduh besar.. Tambah kalau jenis mat pet tak boleh terima diri ditolak.
Quote alinone78 22-7-2019 02:51 PM
dah ada kes dadih lagi mau culik orang
buktikan dulu mu berjaya pulih
Quote azimodin 22-7-2019 02:53 PM
taik dadah x guna satu sen pon pada masyarakat. ada hati lagi nak rembat anak orang. syukur la budak perempuan tu x apa2 & tak mengamalkan konsep asal berlaki.
Quote goss79 22-7-2019 02:53 PM
dah pernah kena report before this, still lagi buat perangai... sian ppuan tu, ni kut ada boyfriend baru sok x tau lah apa plak boleh jadi if he's still at large.
Quote dua_chzy 22-7-2019 02:55 PM
Akak puji tindakan si abang. Heols boleh pujuk jantan tu serah diri kat polis dan boleh buat jantan pet tu tak apa2kan adiknya. Syabas brother!
Quote chinta89 22-7-2019 03:29 PM
perangai mcm ni sape nak
Quote minguk 22-7-2019 03:38 PM
sangat bahaya
Quote sitiwong 22-7-2019 03:48 PM
noraini ke yg kena culik ni?

Quote gelas_pelastik 22-7-2019 04:01 PM
confirm ke lepas ni dia tak ganggu lagi
takut je orang psiko macam tu
Quote puanbintang 22-7-2019 04:12 PM
berani si abang...takut jugak kot jadi kes bertumbuk ke tikam menikam ke..ngeri sungguh la dengan peel org macam ni..
Quote haryatie 22-7-2019 04:22 PM
gilerr lah
menakutkan jerk
Quote Chairman 22-7-2019 05:04 PM
singkatnye pemikiran mu wahai anak muda

Lihat semua komen(38)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.260876s Gzip On
To Top