Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Berpurdah, Manis Kata Modal Wanita Tipu Lelaki Untuk Kaut Wang

22-7-2019 12:14 PM Komen: 18
Ahli perniagaan di Batu Caves, Selangor mendedahkan ditipu wanita berpurdah dengan kata-kata manis sebagai taktik menggoda lelaki untuk mendapatkan wang dengan mudah.


Gambar Hiasan

Sinar Harian melaporkan, lelaki yang mahu dikenali sebagai Angah itu berkata, wanita berkenaan meminta cerai hanya selepas 10 hari bergelar suami isteri.

Menceritakan perhubungan mereka, Angah, 39, mengenali suspek melalui satu pesanan emel memperkenalkan diri untuk memohon kerja pada Januari.

Katanya, wanita itu menyatakan dia merupakan penuntut jurusan undang-undang di sebuah universiti di Mesir dan mempunyai kelulusan dari sebuah kolej Islam di Pahang sebelum Angah menghubunginya untuk pertanyaan lanjut dan mengambilnya sebagai pekerja.

"Penampilannya sebagai gadis Muslimah itu membuatkan saya jatuh hati padanya sebelum kami berkahwin di Songkhla, Thailand pada 13 Mac atas desakan wanita itu. Saya menyerahkan wang kira-kira RM15,000 kepadanya untuk urusan nikah di sana," katanya.

Bagaimanapun, Angah mula curiga selepas wanita terbabit menuntut cerai kerana sejak itu dia menghabiskan wang ribuan ringgit untuknya.

Hasil selidik mendapati wanita itu pernah menjadi isteri kepada seorang penuntut semasa di Mesir sebelum Angah menghubungi bekas suami wanita itu melalui Facebook untuk mendapatkan kisah sebenar bekas isterinya.

"Lelaki itu mengatakan isteri saya bukanlah penuntut di universiti di Mesir ketika itu, sebaliknya dia hanya pembantu rumah sahaja. Malah, isterinya itu juga pernah menggunakan akaun bank bekas suaminya itu untuk menipu berkenaan pakej umrah, menagih simpati kononnya untuk sambung belajar dan sebagainya," katanya.

Lebih mencurigakan, wanita itu sering meminta wang dan telefon bimbit baru. Malah, dakwa Angah, bekas isterinya itu memiliki beberapa nombor telefon dipercayai digunakan untuk menggoda lelaki lain untuk mendapatkan wang.

Betapa terkejutnya lelaki itu apabila mengetahui bekas isterinya mempunyai ramai kenalan lelaki. Bukan itu saja, dia akan menggoda mereka untuk meminta wang menggunakan pelbagai alasan selain sanggup berkahwin.

Malah, majikannya di sebuah hotel di Pahang turut mengakui wanita itu suka menipu.


Kredit foto: Sinar

Bimbang lelaki lain terus menjadi mangsa, Angah melaporkan kejadian di Balai Polis Wangsa Maju pada 21 Jun lalu untuk tindakan lanjut. 

"Kami sah bercerai pada 1 Julai lalu. Cuma, sampai hari ini saya tak pasti wang diperolehnya itu digunakan untuk apa," ujarnya.  - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
2
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
1
Komen: 18
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote krustykrab 30-7-2019 10:14 AM
Megikari replied at 22-7-2019 03:27 PM
Kawan sekolah i ada yang berpurdah macam ni. Baju jubah hitam head to toe. Tapi kemain lagi mata dia ...

Mungkin kwn chuols tu saka kot....

Lain-lain Komen

Quote Bersotong 22-7-2019 12:24 PM
kapir2 msti nginzal kt thread ni
Quote natrahn 22-7-2019 12:29 PM
ah..rosak imej wanita berpurdah
Quote Asdan 22-7-2019 12:33 PM

purdah & tudung, budaya arab, pakai sebab keselamatan dari cuaca & gangguan,

tapi sini pakai, nawaitu tutup aurat, padahal rambut & muka bukan aurat (nakedness),

bila nawaitu salah maka hasilnya pun salah, sekarang banyak buang bayi merata
Quote fushimi 22-7-2019 02:43 PM
berpurdah ni bukan je kuat keching tapi gatal bijik jugak
Quote orgsepang 22-7-2019 02:48 PM
Gelojohnya angah. Tak kenal famili terus setuju kahwin, nikah pun di thailand. Akak nak kesian pun malas
Quote nononcrux 22-7-2019 03:21 PM
rosak image berpurdah.. moga dijauhkan
Quote Megikari 22-7-2019 03:27 PM
Kawan sekolah i ada yang berpurdah macam ni. Baju jubah hitam head to toe. Tapi kemain lagi mata dia bermaskara eyeshadow dengan contact lens kaler bagai. Bila bercakap kemain dimanjakan suara tapi gelak macam setan. Acaner tu?

Moral of d story dari artikel tt n kawan i tu, toksah caya la org berpurdah ni {:run
Quote Chairman 22-7-2019 05:02 PM
cepat beno nk kawen..kaji la latar belakang dlu
Quote buapakperut 22-7-2019 05:16 PM
motif menggoda pakai purdah? nak aim orka yang alim kah
Quote giyomi 22-7-2019 05:51 PM
dah ko sendiri bodoz...baru kenal beberapa bulan dah gatai nak kawen...tiada rasa kesian dari iol juga
Quote ainashiqa 22-7-2019 05:54 PM
Xtau nk kesian ke apa.. Sanggup tu kwin kt siam.. Tp elokla da cerai
Quote star_karat 22-7-2019 10:13 PM
Hari tu ada sorang pompuan mungkin dlm 30s, pakai nampak mata jer. Tapi bukan kain hitam. Warna hijau cair. Kain tipis. Mata cun. Kat mamak. Dah tu kejap2 tengok orang sana sini. Sampai pusing2 badan nak tunjuk orang. Diri depan cashier berbual lama pulak. Konon2 orang semua tengok dia lah. Agak nya dia lah sorang pakai cam Arab penari gelek mata cantik. Jubah pun cam kain keknis tu.  Mcm attention seeker jer.  
Quote masayuki 23-7-2019 12:26 AM
Boleh datangkan fitnah kepada mereka yang ikhlas berniqab. Tapi, la ni, dah macam trend. Nak naikkan followers, tips dia, pakai purdah. Buat video pakai purdah bermacam gaya. Entah la... Moga tidak bawa fitnah.
Quote sitiwong 23-7-2019 12:37 AM
bukan susah pun nak tipu scam org bodoh cam dwdrum tu

cakap apa saja, dia terus percaya sanggup serah duit body semua

bahahah

Quote am2020 23-7-2019 11:10 PM
kebanyakkan yg berpurdah ni dulu.mmg jahat..pelakon porno..so bila dah viral..takut org kenal..tu yg berpurdah..tapi perangai jahat x hilang...
Quote misoto 24-7-2019 08:13 AM
Yg perempuan berpurdah merosakkan akidah sendiri,  yg lelaki umur dah 39 motif bawa nikah sampai ke siam. Laki org ke?
Quote Maideen. 29-7-2019 08:24 AM
Berpudah? Prrrrrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght

Dia nak mengoda lobai pakar aurat ka? Hahahahahahaha
Quote krustykrab 30-7-2019 10:14 AM
Megikari replied at 22-7-2019 03:27 PM
Kawan sekolah i ada yang berpurdah macam ni. Baju jubah hitam head to toe. Tapi kemain lagi mata dia ...

Mungkin kwn chuols tu saka kot....

Lihat semua komen(18)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.250229s Gzip On
To Top