Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Jenama Pakaian Dalam Kim Kardashian Digelar Kimono, Warga Jepun Mengamuk

1-7-2019 10:46 AM|Oleh: HakirRahman| Komen: 11

Dalam dunia ni rasanya, orang yang tak ada bakat tapi boleh kaya sekayanya hanyalah Kim Kardashian. Dianggap bintang realiti TV pertama dunia, Kim memang terkenal dengan imej liar yang boleh buat mata orang naik juling. 

Selasa lepas, menurut laporan BBC, dia memperkenalkan jenama pakaian dalamnya sendiri khas untuk "meraikan dan memperhebat bentuk dan lekuk tubuh wanita". 

KIM KARDASHIAN. FOTO: INSTAGRAM

Jenama pakaian dalam itu diberi nama "Kimono", yang memang dikenali ramai merujuk kepada pakaian tradisi Jepun. 

Kimono Jepun adalah pakaian tradisi yang longar dan sopan, sedangkan "Kimono" Kim Kardashian punyalah melekat kat tubuh dan mencolok mata. 


PAKAIAN TRADISI JEPUN KIMONO YANG LONGGAR DAN SOPAN. FOTO: KLOOK

Maka, marahlah orang Jepun yang merasakan Kim Kardashian tak hormat pakaian tradisi mereka. 

"Ia pakaian untuk majlis dan diwariskan kepada generasi seterusnya. Pakaian dalam ini langsung tak seperti kimono- dia hanya pilih nama itu kerana ada Kim didalamnya- tak hormat langsung kepada maksud pakaian itu dalam budaya kami," kata seorang wanita Jepun kepada BBC. 

Di Twitter pula, wanita Jepun menggunakan #KimOhNo untuk membantah tindakan Kim Kardashian itu. 

Bukan setakat tu sahaja, menurut Business Insider, Kim Kardashian juga memfailkan paten untuk perkataan "Kimono" di Amerika Syarikat, mananya tak mengamuk orang Jepun kan?

Agak-agaknya kalau Kim Kardashian bagi nama "Baju Kurung" atau "Kebaya" pada jenama pakaian dalamnya kemudian fail paten untuk perkataan tu, kita mengamuk tak? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 11
Komen

Previous : Kos Cerai Adele Boleh Cecah RM744 Juta!

Next       : Kes Khalwat Ifan Seventeen Akhirnya Digugurkan Kerana Tidak Cukup Bukti

Komen Terbaru

Quote lavendermiz 3-7-2019 04:11 PM
walaupun dia nih perangai xsemenggah, tak pernah aku miss tengok setiap keeping up with the kardashian tu hiburan

Lain-lain Komen

Quote matbad 1-7-2019 10:53 AM
Kalau dia letak kurung or kebaya warga indonet akan claim yg dorang punya..kita tgk makan popcorn dah la
Quote KIM.K 1-7-2019 11:51 AM
pakaian dalam tu pula nude colors je. Takde apa yang menarik sangat
Quote RatuDunia94 1-7-2019 11:54 AM
Boleh eh patenkan perkataan yg dh dikenali worldwide? Like perkataan Kimono tu xde masuk Unesco ke etc??
Quote KIM.K 1-7-2019 12:24 PM
RatuDunia94 replied at 1-7-2019 11:54 AM
Boleh eh patenkan perkataan yg dh dikenali worldwide? Like perkataan Kimono tu xde masuk Unesco ke e ...

Tak boleh paternkan nouns e.g kimono, kebaya
Quote Fly_over 1-7-2019 02:56 PM
Saje dia buat kontroversi utk promo brg dia. Semoga dia di bann xblh masuk jepun
Quote ikanmasin 1-7-2019 03:08 PM
kim k kan kalau tak sensasi bukan dia lah
Quote ezacbee 1-7-2019 03:42 PM
Kalau tulis nama kim k, ada org ingat kim*k
Quote Artemesiaa 1-7-2019 03:51 PM
Orang gila perhatian pasti akan suka guna perkataan yang boleh mengundang isu
Quote Eljie 2-7-2019 09:59 AM
Claim jgn tak claim
Quote weezerfan 2-7-2019 12:57 PM
Patut pon dia kata nak tukar jenama. Rupanya kimono nama asal dia. Tolonglah minah ni mmg xde idea lain ke? Ape kata letak je jenama kimye je.
Quote lavendermiz 3-7-2019 04:11 PM
walaupun dia nih perangai xsemenggah, tak pernah aku miss tengok setiap keeping up with the kardashian tu hiburan

Lihat semua komen(11)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.083156s Gzip On
To Top