Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Ramadan Syawal Lihat artikel

Perut Kembali Boroi Semasa Aidilfitri? Amalkan Minuman Ini Untuk Ramping

Oleh: Tukang Tulis|10-6-2019 12:43 PM Komen: 4
Atasi masalah perut boroi dengan minuman berkhasiat ini, Kredit foto: Healthline & Food Prevent

Berat badan yang naik mendadak merupakan masalah yang sering dihadapi ramai orang semasa dan selepas musim sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Mereka yang rajin mengunjungi majlis rumah terbuka mempunyai kecenderungan untuk menghadapi masalah ini kerana sukar menahan nafsu daripada menikmati pelbagai juadah lazat yang dihidangkan.

Sebagai salah satu cara untuk merampingkan kembali perut, mereka boleh cuba membuat minuman berkhasiat yang mengandungi campuran timun, parsley atau cilantro, jus lemon, halia dan jus daun lidah buaya.

Memetik artikel yang dikongsikan dalam Food Prevent, pengambilan minuman itu sebelum dan selepas tidur boleh meningkatkan kadar metabolisme serta menambah kesegaran tubuh.

Lemon, halia, parsli, daun lidah buaya dan timun. Kredit foto: Carian Google

Timun mempunyai kandungan air serta fiber yang tinggi bagi melancarkan proses penghadaman serta rendah kalori di mana setiap biji mempunyai hanya 45 kalori.

Parsley atau cilantro juga rendah kalori dan penuh dengan aktioksidan, mengandungi vitamin dan mineral yang penting serta berperanan sebagai diuretik semula jadi yang mengurangkan air dalam tubuh.

Jus lemon pula mengandungi vitamin C yang berperanan sebagai antioksidan yang membantu mengeluarkan toksin dari tubuh.

Halia meningkatkan metabolisme sekali gus membantu membakar lemak dan mencegah sembelit serta mengawal kadar gula dalam darah.

Jus daun lidah buaya mempunyai banyak antioksidan yang melambatkan pertumbuhan radikal bebas (toksin) di dalam badan, mengawal penghadaman serta memastikan bakteria sihat di dalam perut pada paras normal.

Cara menyediakan minuman ini adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

1 biji lemon
1 biji timun
1 sudu besar halia yang diparut
1 sudu besar jus daun lidah buaya
Cilantro atau parsley secukupnya
Setengah gelas air

Adun semua bahan dan kisarkan. Minum separuh gelas sebelum tidur dan bakinya selepas bangun dari tidur.

Semoga resipi ini membantu kita semua mengurangkan lemak badan yang dijangka bertambah selepas sebulan berpuasa. - CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
1
Terkejut
1
Sedih
1
Lawak
1
Bosan
1
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote Ina8895 10-7-2019 02:17 AM
Nasib baik i memang slim

Lain-lain Komen

Quote mizZue 10-6-2019 03:40 PM
Terima kasih atas perkongsian resepi yg  berguna ini
Quote hussaini4675 10-6-2019 03:53 PM
mizZue: Terima kasih atas perkongsian resepi yg  berguna ini



Sama2
Quote RatuDunia94 11-6-2019 12:26 PM
Setiap hari sebelum & selepas tidor buat sit up 50x. Then plank 1 minit. InsyaAllah perut jd flat..
Quote Ina8895 10-7-2019 02:17 AM
Nasib baik i memang slim

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
2.833766s Gzip On
To Top