Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Jom Tengok Wayang! Bulan April Banyak Filem Yang Bakal Gegarkan Pawagam

29-3-2019 12:17 PM|Oleh: John Wick| Komen: 28

Bulan April adalah bulan untuk limpahan pelbagai filem hebat di panggung wayang.


Jika diteliti setiap minggu dalam bulan April ada filem hebat untuk ditonton. Filem apa? Jom kita baca!


SHAZAM!

Tarikh tayangan rasmi: 4 April 2019

Kredit foto: IMBD.COM

Shazam! mengisahkan seorang kanak-kanak berusia 14 tahun iaitu Billy Batson yang boleh tertukar menjadi adiwira dewasa dengan hanya menjerit perkataan SHAZAM!. Anda boleh lihat bagaimana seorang kanak-kanak teruja dengan kuasa luar biasa yang ada pada dirinya selepas bertukar menjadi Shazam. Bagaimanapun dia perlu berhadapan dengan kuasa jahat yang dikawal oleh Dr. Thaddeus Sivana.


Diarahkan oleh David F. Sandberg manakala skripnya ditulis Henry Gayden dan Darren Lemke, Shazam! dibintangi oleh pelakon Asher Angel yang membawakan watak Boilly Batson manakala Zachary Levi akan menjadi adiwira Shazam. Mereka turut disertai oleh Djimon Hounsou sebagai The Wizard dan Mark Strong sebagai penjahat Dr. Thaddeus Sivana. Seperti diketahui umum DC tidak lagi menyambung dunia sinematik mereka seperti marvel dan fokus kepada solo superhero movie sahaja.


PET SEMATARY

Tarikh tayangan rasmi: 4 April 2019


Kredit foto: IMBD.COM

Pet Sematary adalah remake dari filem asal berjudul sama yang dihasilkan pada tahun 1989.

Filem ini mengisahkan tentang keluarga Louise Creed yang berpindah ke kawasan pedalaman. Disana terdapat sebuah kawasan perkuburan haiwan yang dikenali sebagai “Pet Sematary” yang terletak berdekatan dengan rumah mereka. Suatu hari, kucing belaan mereka telah mati dilanggar trak dan mereka telah menanam haiwan belaan mereka itu di kawasan tersebut. Namun, kucing mereka kembali hidup dan pekara menakutkan mula berlaku pada mereka.


Diarahkan oleh Kevin Kolsch serta Dennis Widmyer, Pet Sematary dibintangi oleh Jason Clarke yang akan membawakan watak Louis Creed serta John Lithgow sebagai Jud Crandall.


TIADA TAJUK

Tarikh tayangan rasmi: 4 April 2019

Kredit foto: Google.com

Filem arahan Mawi ini merupakan kesinambungan daripada telefilem "Rock Sangkut". Ia berkisarkan mengenai pengembaraan tiga pemuda kampung dalam mengejar impian mereka untuk menjadi penyanyi. Pelbagai cabaran dan halangan yang mereka perlu hadapi demi merealisasikan impian mereka.


Filem ber genre komedi ini dibintangi Mawi, Hazawa, Along Cham, Joey Daud dan ramai lagi.


BU

Tarikh tayangan rasmi: 11 April 2019


Kredit foto: Google.com

Bu adalah singkatan untuk ibu, filem pasal kekeluargaan ini terlalu terhad untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sinopsis filem ini mungkin kerana kurangnya promosi.


Namun filem ini dibarisi dengan pelakon hebat seperti Remy Ishak, Nadiya Nissa, Dian P Ramlee, Iedil Putra dan ramai lagi.


FIGHTING WITH MY FAMILY

Tarikh tayangan rasmi: 11 April 2019

Kredit foto: IMDB.COM

Filem berdasarkan kisah benar ahli gusti Saraya "Paige" Bevis dan ahli keluarganya yang kesemuanya ahli gusti profesional. Filem ini turut dibintangi Dwayne Johnson sebagai The Rock. The Rock juga merupakan produce untuk filem ini.


Filem ini merupakan promosi untuk wrestlemania pada tahun ini.


FRIEND ZONE

Tarikh tayangan rasmi: 11 April 2019

Kredit foto: Google.com

Satu lagi filem romantik komedi dari Negara Thailand ini mengisahkan Palm dan Gink berkawan dari sekolah. Palm pernah cuba meluahkan perasaannya tetapiditolak mentah mentah oleh gink. Sepanjang persahabatan mereka, mereka sentiasa ada untuk satu sama lain.


Ted, teman lelaki gink cemburu dengan keakraban mereka dan menjadi punca hubungan mereka retak. Pada satu hari gink bertanya kepada palm, bagaimana jika kita berpasangan? Ketika itu palm terdetik mungkinkah itu pengakhiran friend zone dia?


HELLBOY

Tarikh tayangan rasmi: 11 April 2019

Kredit foto: IMDB.COM

Hellboy merupakan filem superhero yang diadaptasikan dari komik Hellboy karya Mike Mignola. Dua filem terdahulu diarahkan oleh pengarah Guillermo del Toro iaitu Hellboy (2004) dan Hellboy: The Golden Army yang diterbitkan 2008.


Filem ini menyaksikn David Harbour akan melakonkan watak Hellboy dan dia turut dibantu beberapa pelakon lain seperti Daniel Dae Kim, Penelope Mitchell, Ian McShane, Sophie Okonedo dan Milla Jovovich yang akan membawakan watak villain Blood Queen dalam filem akan datang.


THE CURSE OF LA LLORONA

Tarikh tayangan rasmi: 18 April 2019

Kredit foto: IMDB.COM

Pengarah tersohor filem seram, James Wan yang popular dengan filem The Conjuring bakal kembali dengan hasil terbaharu. Kali ini, pengarah Australia kelahiran Sarawak itu bertindak sebagai penerbit untuk filem The Curse of La Llorona yang akan diarah oleh Michael Chaves.


La Llorona atau The Weeping Woman, merupakan lagenda rakyat Mexico. La Llorona mengisahkan seorang wanita yang menangis kerana kehilangan tiga anaknya kerana dia membunuh mereka dengan mencampak mereka ke dalam sungai.


Dia kemudiannya kesal dengan perbuatannya itu, dan membunuh diri. Sejak dari itu, rohnya menjadi tidak tenteram dan dia mencari kanak-kanak yang sesat untuk dijadikan anaknya. Filem ini dibintangi Linda Cardellini, Raymond Cruz dan Patricia Velasquez. Ini juga merupakan filem pertama arahan chaves, yang mana dia turut mendapat kontrak untuk mengarahkan filem 'the Conjuring 3'.


AVENGERS: ENDGAME

Tarikh tayangan rasmi: 25 April 2019

Kredit foto: IMDB.COM

Rasanya ramai sudah tidak sabar lagi tunggu apakah pengakhiran untuk fasa infiniti dalam dunia sinematik marvel ini. Bagaimanakah cara untuk menghidupkan kembali rakan rakan mereka yang telah terkorban? Watak manakah yang bakal dibunuh oleh pihak marvel studio? Adakah terdapat watak baru dalam filem ini?


Nak tahu filem apa menarik bulan depan? Tunggu artikel seterusnya! -CARI


Apa Reaksi Anda...

Bagus
5
Marah
5
Terkejut
5
Sedih
1
Lawak
5
Bosan
4
Komen: 28
Komen

Previous : Filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Kutip 5.3 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan

Next       : Drama Nur 2 Dah 'Spoil' Bila Netizen Tegur Kesilapan Bacaan Al-Quran!

Komen Terbaru

Quote Ivysaur 8-6-2019 02:59 PM
Shazam tu best ke

Lain-lain Komen

Quote Elle_mujigae 29-3-2019 12:31 PM
Nak tengok Friend zone!... yg cerita hantu tu mcm best,tapi takuttttttt....
Quote Rhyno 29-3-2019 12:41 PM


Quote azimodin 29-3-2019 02:29 PM
Meouls excited nak tengok...

Shazam - Sebab ada Zachary Levi. Meouls dulu suka citer Chuck tapi baru dihentikan sebab x dapat sambutan

Friendzone - Nina Naphat hot namatei bertemu baifern she devil.  femes filem ni kat thailand. harapnya x mengecewakan macam Brother of The Year

Pet Sematary - Baca buku seram chilling sampai tulang

dan tentunya End Game. kena mintak cuti siap2 kat boss
Quote YomiuriLandMae 29-3-2019 03:10 PM
Iols suke horror yach.. pet sematary dgn la llorona tu.. fighting with my family tu mcm oscar type pnye movie jer.. ke x..
Quote makton 29-3-2019 04:25 PM
avenger - semestinya!
Quote ikanmasin 29-3-2019 04:41 PM
Fighting with my family..mcm teringin nak tgk pl
Quote takayama 29-3-2019 04:55 PM
Pet semetary, fighting with my family way dan may be citer tanpa tajuk dlm list utk gie tgk
Quote intan_smsb 29-3-2019 05:10 PM
shazam

end game

Quote Sazida 29-3-2019 05:22 PM
Nk tgk tp mak n mak mertua tak kasi tgk sbb peknen. takuttt jd pape kt baby katanya.., kalau tak last week tgk dah citer capt marvel . Stress plak rase.
Quote Shayang 29-3-2019 05:40 PM
Yg cite seram semua cam best tp aku takut nk tgk kat panggung kalau kat umah ok sikit leh la aku nyuruk dlm selimut ke apa.
Quote Shayang 29-3-2019 05:41 PM
Sazida replied at 29-3-2019 05:22 PM
Nk tgk tp mak n mak mertua tak kasi tgk sbb peknen.  takuttt jd pape kt baby katanya.., kalau t ...

Knp pulak, tgk cite yg tak seram
La
Aku masa ngandung sarat lak tu ade je g tgk pilem.
Tp pilem sedih kemain lg aku sedu sedan nangis.
Quote Sazida 29-3-2019 06:54 PM
Shayang replied at 29-3-2019 05:41 PM
Knp pulak, tgk cite yg tak seram
La
Aku masa ngandung sarat lak tu ade je g tgk pilem.

Xkasi tgk citer yg pelik2.,, mak iols haritu lagi la. Xkasi tgk kartun lgsg. Lagi2 upin ipin. Adoiii. Nk tgk boleh lepas 5bulan. Katanya tak elok sbb baby xterbentuk sempurna lg.
Quote aleesyasofia 29-3-2019 08:00 PM
nk tgk cite seram kena bwk geng.. yg lain boleh tgk sorg2.. byk movie yg kena tgk nie..
Quote umbut 29-3-2019 08:21 PM
Edited by umbut at 29-3-2019 08:23 PM

Pet sematary tu based book. Seram tapi best
Quote RatuDunia94 29-3-2019 11:39 PM
Nk tgok filem James Wan tu....
Quote buapakperut 29-3-2019 11:39 PM
Sazida: Nk tgk tp mak n mak mertua tak kasi tgk sbb peknen. takuttt jd pape kt baby katanya.., kalau tak last week tgk dah citer capt marvel . Stress pl ...

iols preknen banyak gile tgk x files, citer monster ngan zombie. hehehe takde sape melarang. my favret citer seram. nak tgk pet semetary ngan hellboy
Quote syidapink88 4-4-2019 12:17 AM
Avenger.. Countdownn{:laugh
Quote kaklong32 4-4-2019 06:00 PM
avengerrr tazabar
Quote rina0602 4-4-2019 06:10 PM
avengers! dah booked tiket Rabu nanti. Sanggup ni cuti dengan kawan2 sekerja

3 jam tuuuu

Lihat semua komen(28)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.106169s Gzip On
To Top