Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Degup Ramadan 2018 Lihat artikel

Biskut Raya Evergreen. Kalau Tiada Rasa Macam Raya Anda Tidak Lengkap

Oleh: Faizal|8-6-2018 04:45 PM Komen: 24
Ketika musim hari raya, tak sah kalau di atas meja ruang tamu tiada kuih raya. Rasanya kuih raya dan hari raya ada satu perkaitan yang tersendiri. Mungkin juga biskut raya merupakan penyeri selain ia menjadi hidangan tambahan ketika tetamu berkunjung ke rumah.


Jika dulu, kuih-kuih tradisional sudah pasti akan memenuhi ruang meja tamu kita. Tapi kini, banyak biskut raya moden dan yang kebanyakaannya adalah biskut tunjuk-tunjuk sahaja memenuhi ruang meja tamu. Walau bagaimanapun, terjuga biskut-biskut raya yang agak evergreen yang tidak lapuk ditelan zaman. Mudah kata, kalau biskut-biskut evergreen ini tiada, rasa macam tak lengkap sambutan raya kita.

Jom baca senarai biskut atau kuih raya yang evergreen dan sememangnya menjadi pilihan ramai sejak dari dulu lagi.

Tart Nenas


Siapa tak kenal dengan tart nenas kan? Kalau dulu kebanyakan tart nenas berbentuk bunga dan jem nenas diletakkan ditengah-tengah bunga. Namun kini, pelbagai versi dan bentuk tart nenas yang kita boleh dapat. Walau bagaimanapun rupanya, kuih yang dibuat dari tepung dan mempunyai inti jem nenas di dalamnya sememangnya dinanti-nantikan setiap kali musim perayaan.

Semperit


Biskut semperit juga merupakan biskut raya yang evergreen dan wajib ada ketika raya menjelma. Biasanya biskut ini berbentuk bunga yang dipanggil semperit dahlia ataupun berbentuk petak dinamakan semperit highway. Rasanya yang manis berlemak dan begitu rapuh sudah pasti menjadi kegilaan ramai dan sampai sekarang kuih ini sangat-sangat diminati ramai.

Almond London


Biskut Almon London adalah antara biskut yang agak rumit penyediaannya. Sesuai dengan cara membuatnya yang agak sukar, rasanya sudah pasti sedap. Biskut yang ditengahnya diletakkan badam yang rangup ditambah dengan salutan coklat seluruhnya sudah pasti ia menjadi pilihan ramai ketika menjelangnya hari raya.

Batang Buruk


Kuih yang dihasilkan dengan menggunakan kulit popia dan disalut dengan campuran kacang hijau serta gula halus yang dikisar ini menjadi biskut wajib ada ketika syawal menjelma. Tanpa batang buruk, rasa seperti suasana raya tidak begitu meriah.

Cornflakes Madu


Cornflakes Madu antara biskut empingan jagung yang sangat popular. Meskipun ia mudah disediakan iaitu hanya disira dengan madu, namun ia merupakan kuih raya yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Itulah dia antara biskut raya yang evergreen dan wajib ada dihari raya. Apa pula kuih raya yang wajib ada di atas meja ruang tamu rumah anda bila syawal menjelma? - CARI 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
12
Marah
5
Terkejut
4
Sedih
5
Lawak
4
Bosan
10
Komen: 24
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote sofiazara 22-6-2018 09:54 AM
semperit susu! dah habis 3 balang. tengah tempah lagi 4 balang

Lain-lain Komen

Quote LautBiru52 8-6-2018 04:55 PM
Suka batang buruk. Tapi susah nk cari yg sedap. Nasib tak baik dpt yg lemau. Tak pun rasa hapak
Quote Shirley23 8-6-2018 05:04 PM
Biskut yang wajib ada tiap tahun sudah semestinya biskut semperit. Tapi, balang kerepek-kerepek masin & pedas yang selalu habis dulu di meja kami. Haha. Orang muak kot nak makan benda manis-manis lagi-lagi orang yang berusia.
Quote munchkin 8-6-2018 05:18 PM
Kuih raya banyak je membazir org tak makan
Quote duffyduck 8-6-2018 08:36 PM
kuih makmur. malangnya x jumpa lg resepi yg sedap dan menjadi. ada sapa2 tau?
Quote noraidil_06 8-6-2018 08:59 PM
LautBiru52: Suka batang buruk. Tapi susah nk cari yg sedap. Nasib tak baik dpt yg lemau. Tak pun rasa hapak

Yg muar punye plg best
Quote friedfishsoup 9-6-2018 12:49 AM
I love kuih tart, kuih makmur and kuih batang buruk.
Quote estrelle 9-6-2018 08:56 AM
I tak suka tart gulung.suka tart bunga sebab xsuka mkn inti sgt.so i boleh bagi inti tu kat sape2 suh mkn
Quote cassriena 9-6-2018 11:28 AM
suka tart nenas. kuih lain cam batang tu xde pun xpelah{:yameteh
Quote najib888 9-6-2018 04:40 PM
Muruku mana muruku? Dodol gemok?
Quote ~boolean 9-6-2018 07:55 PM
Cornflakes evergreen?
Penulis lahir tahun berapa? 90an?

Mana dodol? Bahulu?
Quote carisha 9-6-2018 07:59 PM
Tetiap tahun mesti ada semperit. Kerepek pisang pun wajib ada.
Quote nurbaya 10-6-2018 09:45 AM
Kuih putu kacang tak sebut pun? Tu lg evergreen. Jgnla bg i mkn hat buh cheese, mmg i lanting ke luar je balang kuih tu. Bahulu i mmg suka yg rangup, bukan yg soft texture mcm cake tu. Agar2 kering pun sama, i suka yg kurang manis...sedappp..

Tu antara kuih lama yg i suka, tapi susah nak dapat yang sedap. Kalau beli kadang2 dapat yg hapak la, yg keras macam batu, takpun dpt bahulu soft. Biskut raya i mmg tak gemar, elok mkn kerepek aje terus..
Quote PandaSaka 10-6-2018 11:28 AM
Approach iols untuk beli kerepek-kerepek saja raya ni, kuih raya orang tak layan sangat. Yang makan pun budak2 tapi di buat main, habis crumbs bertaburan atas kapet

Oh dah kuih siput. suka gila kuih siput
Quote fishcracker 10-6-2018 11:50 AM
Kerepek pisang,almond london,tart gulung n cornflakes madu antara sekut yang evergreen dh siap,

Muruku,rempeyek petang nanti baru setel

Sekut brownies,fembrozen kenari n rainbow cookies buat tambah seri
Quote devilito2 12-6-2018 08:12 AM
batang buruk terbaik....
Quote sarahmirza 12-6-2018 09:51 AM
Biskut suji...
Banyak jual sekarang tapi yang sudah dipalsukan.
I cari biskut suji yang asli..
Quote Themilo 12-6-2018 10:02 AM

Yes! Batang Buruk Aini Ayub! Tak pernah miss kan sisthur.. Kedai / Rumah dia kat area Pagoh tu.. iols pernah pergi dulu-dulu..
Quote noraidil_06 12-6-2018 10:39 AM
Themilo replied at 12-6-2018 10:02 AM
Yes! Batang Buruk Aini Ayub! Tak pernah miss kan sisthur.. Kedai / Rumah dia kat area Pagoh tu.. i ...

Kt muo tu rata2 sedap belaka. Yg aini tu the best
Quote vanillaninja 12-6-2018 11:52 AM
Dua2 biskut raya yang I suka ada dalam list. Almond London and Makmor

Lihat semua komen(24)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.092477s Gzip On
To Top