Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Saya Benci Dengan Apa Yang Saya Lakukan! Saya Ingin Berubah!

23-5-2018 04:56 PMKomen: 7

Ada masanya anda akan berasa seperti jeran mahu bersiap dan pergi ke tempat kerja. Atas sesuatu sebab, anda mungkin berasa sedih, kecewa, rendah diri, malu atau kesal. Bahkan anda tidak mahu hal itu berulang lagi dalam hidup anda dan anda mahu melakukan sesuatu yang lebih baik, baru atau berbeza atau yang sudah lama anda pendam. 

Bila anda berasa sebegini, tidak ada yang lebih baik melainkan anda berubah angin.  Perubahan boleh dilakukan secara organik menerusi kehidupan yang kita lalui dan mahukan. Bila anda rasa baik, sekaligus anda akan rasa kuat dan berkemampuan untuk menghadapi sebarang situasi.

Tidak mustahil dalam beberapa bulan anda akan mampu tersenyum semula. Daripada rasa hampa kecewa dulu berubah pada rasa hidup menjadi-jadi. 

Apa yang berlaku? Semestinya sebab anda sudah berubah dan sebenarnya ada teknik dan cara untuk berubah. Sebelum itu kita kena lihat dulu mengapa kita kena berubah.


Kenapa perubahan itu penting untuk setiap orang?

Seperti hal lain dalam hidup, rasa untuk berubah ini bukan datang dalam sekelip mata. Ia kadang-kadang mengambil masa berdekad lamanya. Hingga bila anda rasa sudah tidak tertanggung dan terlalu stres dan jiwa rasa tidak tenteram lagi. Barulah anda sedar yang anda mahu berubah kerana terdesak.

Sekali gagal tidak akan membuatkan anda serik tetapi bila berkali-kali gagal atau tepu barulah anda akan terfikir bahawa jalan yang anda ambil itu mungkin salah. Jadi, anda kena cari cara lain yang boleh memberikan keputusan yang lebih baik. 

Di sinilah baru anda sedar bahawa ada beberapa perkara perlu kita ubah dalam hidup anda. Hal ini meliputi tentang kerja, perhubungan atau persekitaran anda.

Antara tanda-tanda anda perlukan perubahan:

1. Anda tidak boleh tidur atau tidak boleh bangun. 
2. Sedih, hiba, kecewa dan rendah diri.
3. Tidak boleh fokus pada buku yang dibaca.
4. Tidak boleh fokus pada kerja atau pelajaran.
5. Tidak berminat untuk belajar atau tidak ada hobi.
6. Tiba-tiba mendapat ruam/ulser, sakit kepala atau sakit-sakit badan.
7. Makan terlalu banyak atau hilang selera.
8. Menjauhkan diri daripada rakan-rakan dan keluarga.
9. Baran atau mengeluh setiap masa.

Lebih teruk lagi, semua masalah di atas memakan diri anda secara senyap. Ia merosakkan kesihatan, kerjaya, perhubungan, peluang, kejayaan dan kehidupan anda secara keseluruhannya.

Foto Carian internet
Faedah Untuk Membuat Perubahan Positif

Tentulah faedah yang diperoleh daripada perubahan positif itu bukan sedikit. Anda akan menjadi orang baru atau bagai dilahirkan semula. Umumnya orang yang sering stres akan mempunyai sikap down yang merosakkan hidupnya. Berlawanan daripada senarai di bawah, anda akan mendapat manfaat yang sebaik-baiknya bila berubah.

Untuk benar-benar merangsang hati anda agar berubah, lihatlah hasil yang bakal anda dapat:

1. Pendapatan meningkat
2. Tidak lagi takut orang kata
3. Tidak lagi cuba memuaskan hati semua orang 
4. Lebih yakin dan berjaya mengatasi rasa malu
5. Lebih gembira dan bahagia
6. Lebih sihat
7. Kerjaya baru
8. Lebih yakin di depan orang ramai
9. Yakin dengan prinsip mereka
10. Jualan lebih baik
11. Bisnes tambah maju

Foto Carian internet
Mungkin senarai di atas terlalu sempurna tetapi itulah yang selalunya berlaku bila anda semakin positif dan mahu berubah. Memang ia bukan mudah untuk dicapai tetapi bila anda mahukan yang terbaik untuk dirinya, maka ia akan berusaha bersungguh-sungguh.

Semoga artikel terakhir saya ini bermanfaat pada anda semua. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon jutaan ampun dan maaf jika ada kesalahan saya sepanjang saya bersama anda di ruangan ini.

Jika anda ingin mengetahui Cara Berkesan Untuk Berubah bolehlah ikuti sambungan tulisan saya ini  di http://123mamanet.com/cara-berkesan-untuk-berubah/ dalam ruangan INSPIRASI. Sayonara.

Liza Ali
www.123mamanet.com

Apa Reaksi Anda...

Bagus
33
Marah
20
Terkejut
14
Sedih
23
Lawak
27
Bosan
25
Reply: 7
Komen

Komen Terbaru

Quote Cutedebok 20-12-2018 08:42 PM
Saya sayang diri saya

Lain-lain Komen

Quote deluca 24-5-2018 02:12 AM
Saya suka kerja sayaaaaa
Quote grizz 24-5-2018 09:23 AM
xsuke keje pon kne hadap la..sbb dgr cite member dorg lg trok..
so bersyukur la ade keje..
Quote myakayina 24-5-2018 10:51 AM
psl kerja mmg takde masalah.. i love what i'm doing now..its just about my personal life..complicated..
Quote tunangku 24-5-2018 05:05 PM
Klau saya stress.. mmg x leh g keja.. kena m.c
Terus melayang rm50
Mmg betullah org sakit jiwa ni byk rugi..berbanding dgn org positif
Quote misscendol 25-6-2018 11:54 AM
dont stress.... go travel....
Quote cikkittydiva 28-11-2018 07:23 AM
Aku rasa ni cepat baran la lately ni..  suka duduk sendiri2..  kena ubah ni.. mcm takde life sejak benti keje.{:yameteh
Quote Cutedebok 20-12-2018 08:42 PM
Saya sayang diri saya

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.074345s Gzip On
To Top