Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
CARI Infonet Portal Infozon Lihat artikel
Sep
27

Aktiviti Hujung Minggu: Jom Serbu Jualan Gudang The Travel Store

27-9-2016 04:10 PM| Komen: 0

oleh Adib Za

Siapa yang tak gemarkan jualan murah, lebih-lebih lagi jika ia merupakan jualan gudang?

Pasti meriah, dengan diskaun 'kaw-kaw' punya. Kali ini, The Travel Store kembali lagi dengan jualan gudang bagi tahun ini. 

Apa yang menariknya, selain menawarkan harga serendah RM3, terdapat lambakan produk berjenama yang boleh didapati di sini. 

Ini termasuklah pakaian kanak-kanak, lelaki dan wanita, kasut berjenama, pakaian sejuk, beg tangan, beg bagasi dan sebagainya. 


Menarik, kan? Tapi di mana dan bila tu?

Tarikh: 30 September - 2 Oktober 2016

Masa: 10 pagi - 7 malam

Alamat: A8, Jalan Kuang Bulan, Taman Kepong, Kuala Lumpur


Antara diskaun barangan berjenama yang pasti membuatkan anda tak sabar untuk 'menangkapnya' termasuklah:

1. Hush Puppies, aksesori dan pakaian - diskaun sehingga 70%


2. Pakaian lelaki jenama Crocodile dengan harga serendah RM39

3. Pakaian kanak-kanak dengan harga serendah RM3

4. Pelbagai jenama kasut wanita dan juga beg tangan  seperti British Polo, Rucini dan Tracey Star dengan harga yang sangat rendah.

5. Kasut lelaki pelbagai jenama seperti Polo Classic dan Swiss Polo dengan potongan harga terendah!

6. Ingin melancong ke luar negara, terdapat lambakan beg bagasi seperti Lojel, Hush Puppies, Echolas dan sebagainya dengan harga terbaik!

Tak banyak masa pun, hanya berlangsung sepanjang 3 hari sahaja, jadi apa lagi jangan terlepas pula diskaun dan juga jenama hebat! Jangan lupa ajaklah rakan dan juga ahli keluarga, pasti lagi meriah, kan! 

Apa Reaksi Anda...

Bagus
26
Marah
41
Terkejut
19
Sedih
27
Lawak
37
Bosan
30
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas (Portal)
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.073216s Gzip On
To Top