Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Bajrangi Bhaijaan Lagi Best Dari Dilwale?

22-1-2016 12:27 PM| Komen: 226


Oleh : Dean BZ


Sekarang ini, demam filem Bollywood kembali melanda rakyat Malaysia semenjak Shah Rukh Khan dan Kajol tampil dengan filem terbaru mereka iaitu Dilwale.


Kajol dan Shah Rukh Khan kembali berganding dalam filem itu setelah bertahun lamanya tidak berlakon bersama. Apa yang menariknya, penampilan baru Kajol yang sangat cantik menjadi bualan nitizen dan media-media tempatan serta luar negara.


Rata-rata yang menonton filem Dilwale sangat berpuas hati dengan jalan cerita dan lagu popular dari filem itu kini meniti dibibir-bibir peminat filem Bollywood. Janam dan Gerua adalah antara lagu yang menjadi kegilaan peminat sehingga lagu-lagu ini turut dinyanyikan semula oleh peminat didalam aplikasi karaoke online atau dikenali sebagai Smule.


Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terdapat satu lagi filem romantis yang mungkin perlu anda tonton iaitu Bajrangi Bhaijaan lakonan aktor hebat, Salman Khan, Kareena Kapoor dan beberapa lagi aktor lain. Filem ini ditayangkan pada hari raya aidilfitri tahun 2015.


Sedikit sinopsis tentang Bajrangi Bhaijaan, filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kecil yang berasal dari Pakistan. Gadis kecil itu telah terpisah dari ibunya semasa berada di sebuah stesen kereta api di India. Kemudian, gadis yang kelaparan dan tersesat itu terdampar di rumah Pavan, iaitu salah seorang penganut agama Hindu yang taat dan baik hati. Kerana merasa simpati dengan nasib gadis kecil itu, akhirnya Pavan pun berusaha mencari ibunya semula walaupun banyak sekali rintangan dan halangan yang harus dilalui.


Tidak diketahui mengapa filem ini kurang mendapat sambutan di Malaysia, mungkin kerana kurangnya promosi. Rata-rata yang telah menonton memberi 5 bintang untuk filem ini. Cepat saksikan dan anda nilai sendiri. - CARI Infonet.






Apa Reaksi Anda...

Bagus
15
Marah
25
Terkejut
13
Sedih
16
Lawak
24
Bosan
21
0
0
Komen: 226
Komen

Previous : Pekin Tak Sangka 'Mat Moto' Kutip RM1 Juta Hari Pertama Tayangan

Next       : Baru Empat Hari Ditayangkan, Filem OlaBola Raih RM2.5 Juta

Komen Terbaru

Quote leon_mclaren78 2-3-2016 09:29 AM
Leafumi replied at 2-3-2016 02:44 AM
untung la awet muda..  lagipun dia pendek je.. so tak jadi masalah nak bwk watak org muda.. t ...

Lupa plak ai nk letak note tambahan pasal uban Aamir Khan tu... ai dpt tau dia kaler rambut jadik beruban tu lps tgk PC-video ms dia dtg kat China utk promosi film PK (lst year). Press kat China tanya dh kenapa lain benar appearance dia skrg dari film PK tu... then Aamir kata appearance dia yg asal mmg mcm dlm film PK tu (kurus).. tp bcoz dia kena blakon film Dangal & kena bwk watak jadik tua, so dia kena gemukkan badan & kalerkan rambut jadik silver... gituhhh... Sempat plak dia promot film Dangal kat dpn director & producer PK (Rajkumar & Vinod).





Lain-lain Komen

Quote tagas 17-1-2016 09:26 AM
Shawshank redemption

forrest gump

Castaway


antara top star movie2 yg bergenre humanity yg bleh give

Inspiration & motivation dlm hidup
Quote icintamalaysia 17-1-2016 11:32 AM
Pakistani-hindi

Best movie la,dah lama tengok dalam 2015
Quote Ipo 17-1-2016 11:53 AM
Edited by Ipo at 17-1-2016 11:00 AM

memang best! 5 bintang!
walaupun salman khan bukan pelakon yg saya suka..tapi citer ni saya suka
sedih ...ada lawak...part salman yg lurus bendul tu..tak reti nak menipu kekdahnya..
tepuk dahi si munni aka shahida tu..

apa pun memang terbaik!!


IMG20160114205611.jpg

Quote Ipo 17-1-2016 12:04 PM
ni lagu kegemaran dalam citer ni...
kisah yang penuh inspirasi dan kejujuran..





Quote adeqbun 17-1-2016 12:16 PM
best movie ever..jenuh merah2 mata smbil tergelak2..comelnye lahai shahida a.k.a munni ni..
Quote leon_mclaren78 17-1-2016 12:35 PM
Film ni release ms hari raya aidilfitri tahun 2015.

Walopun TT dh agak lambat bukak benang, tp boleh jah suggest kat peminat2 filem Hindi yg mahukan kepuasan sebenar & kelainan sket serta x klise --- which bukan film yg ada menjurus kpd kisah cinta terhalang / cinta paksa / kawin paksa or ada scene2 ghairah / menari kat padang or gunung (so yesterday).


Tp ada jah org yg komen film ni x best... terpulang la kan... tp hakikatnya majority org mmg bagi 5 stars kat film ni.  Even di kalangan artis Bollywood sendiri pun puji film ni best sgt2. After 3 Idiots, this is my favourite Hindi film. Mujur ai nonton film ni agak awal... tak mcm 3 Idiots tu, lps 5 tahun release baru ai tergerak hari layan... tercicir sgt & nyesal gile... nk diskas pun dh basi... huhu...

Subscriber Astro boleh layan filem ni kat channel Bolly One HD... selalu jah diaorg tayang.
Quote tagas 17-1-2016 12:37 PM
adeqbun posted on 17-1-2016 12:16 PM
best movie ever..jenuh merah2 mata smbil tergelak2..comelnye lahai shahida a.k.a munni ni..

Kann..

shahida@munni ni antara penyedap

movie ni jgk sbb mmg chomel sgt bdk ni

rupe nye film BB ni 2nd yg gross profit & box office hindi

movie ever setakat ni after movie 3 idiot, pk,dhoom 3, chennai

express etc

Mmg antara great movie i ever seen..teachs us to be

more humanity , learn cultural , honest , motivational &

developed inspiration
Last edited by tagas on 17-1-2016 12:47 PM

Quote shanew3stga1z 17-1-2016 12:37 PM
cerita ni baru org malaysia sibuk2 nak layan .. hehehe ni semua gara2 Dilwale hahahahaha
Quote tagas 17-1-2016 12:39 PM
shanew3stga1z posted on 17-1-2016 12:37 PM
cerita ni baru org malaysia sibuk2 nak layan .. hehehe ni semua gara2 Dilwale hahahahaha

Dilwale genre comedian love story

Tu pun hrp lagu je best then ade

Kajol & srk jer

Hrp plot movie nye rubbish

Lg2 part ending..hancur
Quote leon_mclaren78 17-1-2016 12:46 PM
Nah...share video behind the screen film BB nih..











Quote elmen 17-1-2016 01:06 PM
i tgk mlm td.. best betul citer ni.. sarat pengajaran.. i nak repeat tgk..
Quote leon_mclaren78 17-1-2016 01:26 PM
Edited by leon_mclaren78 at 17-1-2016 02:21 PM
shanew3stga1z replied at 17-1-2016 12:37 PM
cerita ni baru org malaysia sibuk2 nak layan .. hehehe ni semua gara2 Dilwale hahahahaha

Maybe sbb Dilwale overrated sgt... komen2 fanatik filem ni buat kita rasa mcm "Are you serious??"

Baidewei ai x rasa Dilwale filem yg gagal sptmana dakwaan SRK. Still masuk list top 10 high-grossing apa. Setakat smlm & hari ni, filem ni dh hampr sama collection dgn film SRK tahun lps, Happy New Year. Silap2 bleh cantas 3 Idiots dlm few days lg. Tp nk celen Bajrangi Bhaijaan & PK tu mmg sgt2 impossible la kot... Maybe SRK punya expectation boleh cantas PK & Bajrangi Bhaijaan.... kot?



top15_indian_films_16jan15.jpg


Quote revolusi_30 17-1-2016 01:27 PM
Kt mn tt tgk ? Secara haram atau panggung ?
Quote shanew3stga1z 17-1-2016 02:12 PM
leon_mclaren78 replied at 17-1-2016 01:26 PM
Maybe sbb Dilwale overrated sgt... komen2 fanatik filem ni buat kita rasa mcm "Are you serious??"
...

yep2.. expectation dia tinggi .. kalu boleh utk tahap2 dia opkos nak setanding 2 khan yang lain .. tp, dgn cite mcm ni, impossible la kan

Quote tagas 17-1-2016 02:24 PM
revolusi_30 posted on 17-1-2016 01:27 PM
Kt mn tt tgk ? Secara haram atau panggung ?

Cd 5 hengget suda
Quote lonso 17-1-2016 02:42 PM
kene tgk ni..sbb selalu salmankhan ni blakon... klise jek.. haa.. kalo mcm ni kan bagus....
Quote MissNigga 17-1-2016 02:49 PM
kat muka buku iols .. ramai yang ckp citer ni best ... sekali nengok, movie ni dah release lama dah ....
kat mana ler iols dpt nengok mobie nie?
Quote tagas 17-1-2016 03:35 PM
lonso posted on 17-1-2016 02:42 PM
kene tgk ni..sbb selalu salmankhan ni blakon... klise jek.. haa.. kalo mcm ni kan bagus....

Tgk jgn tak tgk..carik dvd 5 hengget suda

overall tak menghampakan utk yg kaki2 movie

yg bergenre humanity

rate 5 star 4 dis movie  
Last edited by tagas on 17-1-2016 03:37 PM

Quote sarah_ary2 17-1-2016 03:45 PM
Memang best  nie . Ai dah tgk masa first time kluar filem nie. Dalam filem ini, watak pawan yg prejudis pada pakistani telah dibetulkan apabila die bawa munni pergi ke pakistan dan mendapati bahawa x semua pakistani itu jahat. Suka watak om puri dalam filem ni jadik ustad. Anyway salman khan dah banyak improved dari segi pemilihan filen dan watak sejak dabaang. Ai suke    bodyguard dan kick serta prem ratan sebab lakonan die dah x over mcm dulu.

Lihat semua komen(226)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top