Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Ip Man 3 Mendapat Sambutan Hebat Di Pawagam!

26-12-2015 03:13 AM| Komen: 26


Oleh : TS LOO






Selain Bruce Lee, nama Yip Man yang cukup terkenal dalam dunia seni mempertahankan diri dan kisah legenda kelahiran China itu turut diterbitkan dalam filem berjudul IP Man.

Berikutan sambutan hangat naskhah pertama pada 2008, kisah Yip Man di Hong Kong diteruskan dalam sekuel kedua filem itu pada 2010. Kini, selepas lima tahun berlalu filem IP Man 3 sedang hangat ditayangkan di seluruh dunia termasuk Malaysia.


Seperti dua siri lalu, bintang aksi Hong Kong, Donnie Yen kembali sebagai Yip Man manakala Lynn Hung meneruskan wataknya sebagai isteri pakar seni mempertahankan diri itu.


Antara yang menarik dalam filem arahan Wilson Yip itu adalah penampilan khas juara tinju dunia, Mike Tyson dan Bruce Lee. 


Pastinya peminat ingin mengetahui kenapa produksi IP Man mengambil masa lama untuk mengembalikan kisah itu di layar perak.


sumber foto: instagram Donnie Yen


Baru-baru ini produser filem sekuel Ip Man, Raymond Wong bersama Donnie Yen dan Lynn Xiong datang ke Kuala Lumpur untuk menemui peminat. 


Jelas Raymond Wong, kemunculan filem mengisahkan Yip Man dalam pelbagai versi membuatkan produksi mengambil masa lama untuk merancang jalan cerita karya itu.


Menceritakan lakonannya sebagai Yip Man, Donnie Yen berkata watak itu tidak sukar dan mendapati kehidupan pakar seni mempertahankan diri terbabit lebih kurang sama dengannya. 


sumber foto: http://media.viva.co.id/


Berkongsi pengalaman bergandingan dengan Tyson pula, Donnie Yen adalah peminat peninju legenda itu.


Menurutnya, tawaran Tyson untuk watak Frank datang secara kebetulan ketika penerbit Raymond Wong menghadiri satu acara di Los Angeles, Amerika Syarikat.


Bagaimanapun ketika itu, kata Yen penggambaran sudah pun bermula, namun selepas berbincang dengan pengarah dan penulis skrip, semuanya berjalan lancar. 


sumber foto: http://www.straitstimes.com/


Bercerita lanjut, Yen turut mendedahkan dia nyaris terkena tumbukan Tyson beberapa kali ketika melakonkan babak pertarungan.


Menurutnya, babak itu antara cabaran yang dihadapinya berikutan Tyson tidak biasa berlakon dan sukar mengingati pergerakan yang diajar. - CARI INfonet





sumber berita: Sin Chew Daily

Apa Reaksi Anda...

Bagus
4
Marah
2
Terkejut
11
Sedih
1
Lawak
38
Bosan
6
0
0
Komen: 25
Komen

Previous : Star Wars: Harrison Ford Dapat Habuan 8 Angka!

Next       : 10 Filem Antarabangsa Terlaris 2015!

Komen Terbaru

Quote 李时珍 22-7-2017 07:34 AM
i wan to fight 10 .hahahaha

Lain-lain Komen

Quote tdpp2006 26-12-2015 08:11 AM
kenapo x sambung ajo.. tacang tacang tacaaang
Quote Skuau 26-12-2015 12:20 PM
Meme best..cma sedih ckit kali ni...bininya meninggal.....
Quote khairulazuan 27-12-2015 11:12 AM
best sgt,kena tgk nih..
Quote chinta89 27-12-2015 03:59 PM
minat IP man
Quote spiderman80 27-12-2015 09:37 PM
Spidey dah tengok semalam.
Jalan cerita macam ada rush sikit, jadi ada sedikit kecacatan dalam jalan cerita. Still, masih boleh dianggap sebuah filem yang baik.
Babak pertarungan, untuk pengetahuan semua, Ip Man 3 ini menggunakan khidmat choreographer dari Yuen Woo Ping (Crouching Tiger Hidden Dragon, Kill Bill, The Matrix trilogy, Kungfu Hustle). Sebelum tengok Ip Man 3 semalam, Spidey memang teruja nak tengok buah tangan Yuen sebab beliau dianggap sebagai lagenda dalam bidang tersebut tetapi akhirnya Spidey rasa ada sikit kecewa sebab babak pertarungan tidak sehebat Ip Man 1 dan Ip Man 2 yang menggunakan Sammo Hung sebagai chreographer. Still, Ip Man 3 masih ada beberapa adegan pertarungan yang tidak akan dilupakan.
Kepada mereka yang menantikan aksi pertarungan dalam Ip Man 3 mungkin akan kecewa sebab surprisingly part 3 ini lebih bertumpu kepada perjalanan hidup Sifu Yip dengan keluarganya terutama isteri beliau. Kali ini filem ini bermain emosi sedikit.
Mike Tyson pula muncul sebagai watak sampingan sahaja, so don't expect too much....ya, lakonannya sungguh kaku.
Baiklah, stop di sini...tak nak cakap lebih nanti keluar spoiler pulak.

Verdict, 7.5 out of 10 overall. Spidey berharap penerbit filem Ip Man versi Donnie Yen ini berhenti di part 3 sahaja sebab dah cukup perfect pengakhiran cerita dalam Ip Man 3.


Quote amukgemuk 28-12-2015 07:56 AM
Edited by amukgemuk at 28-12-2015 07:58 AM
Skuau: Meme best..cma sedih ckit kali ni...bininya meninggal.....

lagi sedih bila tengok movie tu dah tahu dari awal bininya akan meninggal==menyesal baca--tulis la spoiler alert ka dulu----aiyaaaa
Quote AGSA 28-12-2015 11:01 AM
mmg terbaik...tp sdih part bini meninggal...
Quote capiloton 28-12-2015 05:20 PM
cerita la sket pasal bruce lee..
ada kisah dia berguru dalam movie ni tak..

masa ipman 2, bruce lee masih kecik..
ipman suruh balik, datang bila dah besar sikit..
Quote Lollipop111 28-12-2015 05:43 PM
spiderman80 replied at 27-12-2015 09:37 PM
Spidey dah tengok semalam.
Jalan cerita macam ada rush sikit, jadi ada sedikit kecacatan dalam jala ...

btullah...sy pon prasan knp fighting die tak sehebat yg pertama dan kedua.. rasa mcm tawar.
patutlah...huhu. harap yg ke4 dorg pulangkn choreographer yg asal.

Quote spiderman80 28-12-2015 06:39 PM
Lollipop111 replied at 28-12-2015 05:43 PM
btullah...sy pon prasan knp fighting die tak sehebat yg pertama dan kedua.. rasa mcm tawar.
patu ...

Hihihi...kalau boleh, mereka jangan lagi buat Ip Man 4. Bukan tak bagus filem tu tapi keaslian cerita dan kreativiti pengarah pasti akan hilang kalau buat banyak sangat sekuel.
Quote spiderman80 28-12-2015 06:40 PM
capiloton replied at 28-12-2015 05:20 PM
cerita la sket pasal bruce lee..
ada kisah dia berguru dalam movie ni tak..

Haah, permulaan filem Ip Man 3, watak Bruce Lee ada keluar sekejap. Beliau yang berusia belasan tahun itu , mahu berguru dengan Ip Man dan ada beberapa adegan lucu berlaku di antara mereka.
Quote ahmad_dhani91 28-12-2015 09:14 PM
Lollipop111 replied at 28-12-2015 05:43 PM
btullah...sy pon prasan knp fighting die tak sehebat yg pertama dan kedua.. rasa mcm tawar.
patu ...

dengarnya donnie yen dah x nak berlakon citer kung fu dah, ni last movie kung fu dia, kalau kung fu boleh terbang tu dia on jah.
Quote sekngucing 28-12-2015 10:07 PM
dulu jet li kata nak bersara lepas filem fearless, tgok tgok main kungfu lagi
Quote Madel 28-12-2015 10:12 PM
Aku pulak rasa tertipu dgn trailer.
Mike Tyson tu tak ada pun tak apa..jadi pak lawak je..tiap kali dia ckp cina 1 panggung gelak terbahak2..
Pastu mana anak no. 2 Ipman? Dlm Ipman2 kan bini dia tengah mengandung.
Ipman3 ni airmuka sifu Ip nampak mcm kurang mesra,muka bermasalah..tak secool dlm ipman1 n 2
Quote Madel 28-12-2015 10:18 PM
spiderman80 replied at 28-12-2015 06:39 PM
Hihihi...kalau boleh, mereka jangan lagi buat Ip Man 4. Bukan tak bagus filem tu tapi keaslian cer ...

Betul.
Ipman 1 n 2 ada kesenambungan penceritaan..
masuk ipman3 storyline dah caca marba.
Tak tau pengarah nak up kan siapa.Ipman ke? Mike Tyson ke or mamat penarik lance tu?..
Ada kala watak mamat penarik lanca tu mcm terovershadow ipman.
pastu bagi aku mcm pelik tetiba teselit sorg negro dlm komuniti british..
Quote spiderman80 28-12-2015 10:55 PM
Madel replied at 28-12-2015 10:18 PM
Betul.
Ipman 1 n 2 ada kesenambungan penceritaan..
masuk ipman3 storyline dah caca marba.

Hari tu ada baca interview Donnie Yen ketika beliau berada di Malaysia. Sebenarnya watak Mike Tyson cuma last minute ditambah sahaja dalam filem itu. Sebab penerbit filem buat lawatan ke AS dan diperkenalkan kepada Mike Tyson dan Tyson memberitahu penerbit bahawa beliau peminat part 1 dan part 2 dan berminat untuk berlakon dalam filem ke tiga. Jadi pengarah filem terpaksa membuat perubahan cerita sedikit just nak serapkan watak untuk Tyson.
Quote spiderman80 28-12-2015 10:58 PM
sekngucing replied at 28-12-2015 10:07 PM
dulu jet li kata nak bersara lepas filem fearless, tgok tgok main kungfu lagi

Jackie Chan pun pernah cakap nak bersara dari membuat filem aksi selepaa filem CZ12 tapi gigih buat filem aksi lagi sekarang.
Janji duit masuk.
Quote p.timur3831 29-12-2015 09:43 AM
spiderman80 replied at 27-12-2015 09:37 PM
Spidey dah tengok semalam.
Jalan cerita macam ada rush sikit, jadi ada sedikit kecacatan dalam jala ...

finally, ada jugak cerita spoiler ttg IP Man 3..

wah.baca yg awk cerita, lg sy teruja nk pi tgk cerita ni..

Quote spiderman80 29-12-2015 03:06 PM
p.timur3831 replied at 29-12-2015 09:43 AM
finally, ada jugak cerita spoiler ttg IP Man 3..

wah.baca yg awk cerita, lg sy teruja nk pi tgk ...

Sis tengoklah kat pawagam. Tak rugi..

Lihat semua komen(26)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top