Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

[Edisi Sentap] Che Ta Tinggalkan Kerusi Juri AF 2015

15-9-2015 10:38 AM| Komen: 464

Oleh Adib Za

Belum pun reda kisah Che Ta memberi komen 'lembut' pada episod Akademi Fantasia minggu lalu, kini para peminat rancangan realiti itu dikejutkan dengan penarikan diri aktress cantik itu sebagai juri tetap.

Memetik laporan Harian Metro, tindakan itu dilakukan selepas Che Ta diherdik oleh Pengetua AF2-15, Edry Abdul Halim yang tidak berpuas hati dengan komennya terhadap pelajar AF baru-baru ini. 

“Memang betul saya sudah tarik diri daripada AF2015 mulai minggu depan. Saya tidak suka bekerja dengan orang yang tidak profesional dan emosional. Keputusan saya menyertai AF2015 bukan disebabkan wang atau populariti kerana keluar tv setiap minggu dalam program yang mendapat rating tinggi”

“Saya menarik diri sebab maruah. Saya tidak mahu bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat apabila ada individu yang tidak hormat pada saya. Saya cuma menjalankan tugas diberikan atas nama profesionalisme. Saya hanya berminat bekerja dengan pihak yang mempunyai tahap profesionalisme seperti saya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Nampaknya, pihak AF perlu mencari segera pengganti Che Ta sebagai juri tetap program itu. Apa pun, diharapkan keduanya tidaklah bermasam muka kerana perkara ini ya. - CARI Infonet

(Sumber foto: Rotikaya)




Apa Reaksi Anda...

Bagus
3
Marah
0
Terkejut
5
Sedih
4
Lawak
4
Bosan
3
0
0
Komen: 463
Komen

Previous : GOODNIGHT MOMMY - Trailer Filem Paling Seram Setakat Ini

Next       : Polis Evo Pecah Rekod, RM2.5 Juta Dalam 4 Hari Tayangan!

Komen Terbaru

Quote qronaldo7 19-9-2015 04:51 PM
Kurang penyeri lawak dalam AF

Lain-lain Komen

Quote aderaderker 14-9-2015 09:45 PM
Komen che ta pun x professional kut..

Eh aku x tengok AF pun...
Quote mesmerize 14-9-2015 09:46 PM
bilanya edry herdik che ta?

kena herdik edry ke kena maki igers? ai baca ig sheols malam tadi bertalu2 makian untuk sheols kerana sufi
Quote AprilLova 14-9-2015 09:48 PM
Edited by AprilLova at 14-9-2015 09:50 PM

dua-dua pun sama je... AFOUT! tapi perlu ke sampai herdik?
Quote de_ikea 14-9-2015 09:48 PM
Iols x tgok lngsung af season ni.  Tp rasa nk tengok pulak last concert sbb ada drama ni.

Well, bilamasa che ta ni bijak bila bercakap?
Quote melinda_kerr 14-9-2015 09:48 PM
Kata si edry emotional dia pun 2x5. Siapalah pilih dia ni sbg juri.
Quote weirdwaniey 14-9-2015 09:50 PM
Apa yg si edry herdik kan??
Quote genUmi 14-9-2015 09:50 PM
drama

drama


rating

rating




semua ini poyoooo
Quote kakasotong 14-9-2015 09:50 PM
mesmerize replied at 14-9-2015 09:46 PM
bilanya edry herdik che ta?

kena herdik edry ke kena maki igers? ai baca ig sheols malam tadi ber ...

Sekali harung la tu uols, kena 'herdik' dgn edry plus kena maki hamun dgn followers

Tu sampai private kan ig td
Quote kakasotong 14-9-2015 09:52 PM
melinda_kerr replied at 14-9-2015 09:48 PM
Kata si edry emotional dia pun 2x5. Siapalah pilih dia ni sbg juri.

Almost every week sheols komen mcm tin kosong. Terserlah kebimboan. Iols speku asterukkk tgh pujuk che ta jangan tinggalkan af
Quote perembes 14-9-2015 09:53 PM
tingginye ego che ta..

dlu ada panggilan hangit utk ayu rodah.. hot fm mnyamar jadi staff mas kata tiket ayu ada mslh xdpt nak p london... ayu mcmkata ala knapa.. xda beitau pun awal.. bla bla.. kira ayu layan juga la tp rasa mcm bz xda masa nk ckp.. ms ayu layan pa ggilan hangit tu.. tiba2 rozita rmpas hp tu dan kata apa mslh.. cheta kata.. xpa. ada mslah btl je.. xpyh p.. dr situ dah rasa cheta jnis ego..
Quote datinamanda 14-9-2015 09:57 PM
Selayaknya bimborina out
nenek aku boleh datang konsert sambil bagi komen "baju awak cantik"
Quote apikwaeh 14-9-2015 09:57 PM
Aku suka che ta..cantik,kelakar,pandai jaga image...tapi sorry che ta..anda mmg x sesuai sebagai juri di kerusi AF.

Komen anda x membina.. Kalau sekadar. Wow.seksi.lembut.tak sampai....Memang tak sampai ilmu ler kat budak2 tu.
Quote rbmy 14-9-2015 10:02 PM
sufi lembut.  edry herdik cikta. kesian zain.
Quote faiz-za 14-9-2015 10:03 PM
Profesional sangat cara che ta tarik diri tu
Quote toxicated 14-9-2015 10:03 PM
alah komen cheta tu pun part of mainan astro. harusla astro nak mempergunakan kebimboan cheta jua..cukup dh pengkritik2 yg ade. cume iols lg suke style zaman dulu semua pengkritik komen setiap pelajar so pelajar tu dpt komen dari semua aspek..bukan terpilih mcm skrg..
Quote pichee 14-9-2015 10:04 PM
Si bimbo bru sedar yg jelita semata2 x kn kekal lme di industri...ilmu n akal yg akan remain forever...

Even ogy tu over...tp seriap kali komen die sume ade input..ade objective n phm setiap ape persembahan yg cuba students sampaikan...

Anda x layak di kusi juri, bimbo lady!
Quote beta_carotene 14-9-2015 10:04 PM
adakah terkena badi zain yg sentap bila diherdik chef jo lantas tersingkir?
Quote alesandra 14-9-2015 10:05 PM
ok babai harap ahkak ogy available....
Quote kiriani 14-9-2015 10:11 PM
Babai...u will not be missed

Lihat semua komen(464)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top