Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini

Drama Terbitan Ziela Jalil Dicop Tak Bermoral?

30-6-2015 03:16 PM| Komen: 200

Oleh Adib Za

Nampaknya drama kontroversi Dia Isteri Luar Biasa bakal melabuhkan tirainya pada hari ini.

Selepas 25 episod, ia tidak henti-henti mendapat kritikan kerana memaparkan adegan terlalu mesra lelaki dan wanita bukan mahram.

Drama lakonan Fathia dan Shukri Yahya ini mendapat perhatian netizen selain dicop dengan pelbagai gelaran seperti drama maksiat, tidak bermoral dan sebagainya.



Penerbitnya, Ziela Jalil adalah individu yang paling dikecam kerana membenarkan adegan-adegan tidak keislaman tersebut di kaca TV.

Baru-baru ini salah seorang peminat atau netizen telah memuat naik surat terbuka yang ditujukan untuk Ziela Jalil khasnya dan TV3 kerana mengecewakannya sebagai peminat drama tempatan.

Pemilik akaun facebook Hazal Din yang telah memuat naik suratnya itu turut mendapat perhatian dan pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dan mengecamnya. Sehingga kini statusnya itu telah menjadi viral dan dikongsi sehingga hampir 3,000 netizen.

Antara lain, surat teguran terhadap drama tersebut adalah seperti berikut.



(Sumber foto: Facebook Hazal Din)


Apa pun, kepada para penerbit khasnya dan para pelakon, diharapkan selepas ini lebih peka dengan isu sensitif yang boleh mengguris hati masyarakat dan juga agama. Jangan sampai karya yang dihasilkan membawa lebih banyak kesan negatif daripada positif. Harus diingat, karya dihasilkan bukan sekadar untuk hiburan, ia mampu membentuk jati diri masyarakat sama ada ke arah kebaikan mahupun sebaliknya. - CARI Infonet


Apa Reaksi Anda...

Bagus
8
Marah
14
Terkejut
17
Sedih
18
Lawak
15
Bosan
15
0
0
Komen: 200
Komen

Previous : Tak Kering Gusi Dengan Filem Spy

Next       : GOODNIGHT MOMMY - Trailer Filem Paling Seram Setakat Ini

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 3-7-2015 12:13 PM
Drama dulu lg teruk. Lenjan...

Lain-lain Komen

Quote jajamis 25-6-2015 10:43 PM
Senang jer tutop tv
Quote weirdwaniey 25-6-2015 10:55 PM
Aku suka drama tu. K bai
Quote aderaderker 25-6-2015 11:00 PM
Tak yah tengok la cik kak..
Byk je kut citer lain yg sesuai..

National geographic tengok binatang2 berlarian berkejaran lagi pekdah..
Quote mesmerize 25-6-2015 11:00 PM
tehtap nak bagitahu pegi solat terawih kan .. napa tak tengok astro ceria atau tv iq untuk tontonan anak2? tv alhijrah, oasis pun ada.. kalau takde astro tv1 and tv2 pun elok siarannya pukul 7 tu... dah sah2 la rating DILB pun PG13 kot .. sebagai parent kena la pandai2 pilih rancangan untuk anak2.. ai bukan nak backup sangat DILB n ziela jalil tu tapi ai pantang orang2 yang diri sendiri berakal berotak n bole buat pilihan tapi tetap suka salahkan orang lain, macam la orang tu paksa dia tengok..
Quote mesmerize 25-6-2015 11:02 PM
PG-13
symbol
symbol: PG-13

    parents strongly cautioned, a rating in the Voluntary Movie Rating System indicating that some material may be inappropriate for children under 13.
Quote one_aiman 25-6-2015 11:11 PM
Erk kenapa ziela jalil je?
Quote cendawanbonyok 25-6-2015 11:13 PM
Kalau ikut kan  semua drama pun hampir macam tu.. walaupun ada sikit2 adenagn peluk etc lakonan sbg suami isteri. Hakikatnya para pelakon tu pun bukan laki bini bila blakon jadi suami isteri.. pun tetap jugak dikira salah.. produser ni berniaga....dia buat duit dgn drama dia. Kalau rs xde faedah tgk cerita macam tu, tengokalah rancangan tv lain macam astro awani ke, tv alhijrah ke, national geografi ke, rancangan masakan ke..hati n mata awak pun tak skait kan..macam sy, kalau tak berapa berkenan, tutup tv. Pasang mengaji alquran atau buka youtube rancanga syarhan agama. Xde spaa paksa awak melongok depan tv tu.. nak nak waktu nak maghrib kan..peace yoo
Quote guesswho09 25-6-2015 11:16 PM
Byk lagi rancangan tv yg berfaedah
Drama tv3 jgk yg
nak dihadapnya nape??

Quote enchikfitz 25-6-2015 11:18 PM
Punya la banyak slot Akasia yang diudarakan, cerita ni juga yang kena teruk. Pada aku, drama ni tak la teruk sangat. Tapi sebab drama ni tgh trending, maka tempias tu kena pada penerbit, yakni Ziela Jalil.

Pada aku, senang je. Tak suka JANGAN TENGOK. Daripada nak menambah dosa mengutuk pelakon, pengarah, penerbit, ada baiknya set2 lobai ni tutup tv, pergi surau. Ziela Jalil tak paksa pun kau tgk drama tu.  Satu kali badigol.
Quote noraidil_06 25-6-2015 11:21 PM
mesmerize replied at 25-6-2015 11:00 PM
tehtap nak bagitahu pegi solat terawih kan .. napa tak tengok astro ceria atau tv iq untuk tont ...

ntah.punyelah byk chanel.drama sampah sarap yg di tengok.ank I buka tv iq.hah tgk la rekativiti or astro ceria tgk oh my english.ade ilmu.abis2 pun tgk oasis.
Quote noraidil_06 25-6-2015 11:23 PM
tp apepun ziela kena ambik tggjwp juga, jgn produce drama maksiat n sampah.pelakon2 ni bimbo, baik jantam, baik betina.atas nm duit, peluk pun peluk la.
Quote stania83 25-6-2015 11:24 PM
Ramai je yg bengang sbb banyak scene gesel gesel yg kna potong.
Quote tiramisuu 25-6-2015 11:32 PM
Amboi..sampai x g terawikh.. mcm la x blh terawikh kt umh
Quote red_cattleya 25-6-2015 11:35 PM
pelik aku..klu tak suka tak payah tgk..lagipun time maghrib kan, ajak anak2 mengaji ke lagi bagus..aku tak suka tgk, takde pulak gigih nak bukak drama tu
Quote green_coffee 25-6-2015 11:37 PM
Rajin plak dia buat surat terbuka tu yer..
Quote cikperiukkera 25-6-2015 11:37 PM
Ummah melayssss & surat terbuka berpisah tiada ! X sokong mana2 pihak, kalau x suka jgn tgk tu je
Quote alyafea 25-6-2015 11:42 PM
Aku kul 7 ptg automatik tv akn ditukar astro oasis x pn tv alhijrah .. Xde mslh pn ank2 nk tgk tv time tu .. Hadap jela tp biasanya time ni tgh siap2 nk mandi solat maghrib .. X payah nk surat2 bagai org tu mmg cr duit cara tu ..
Quote milo_888 25-6-2015 11:46 PM
Ni surat copy paste ke surat tt tulih sendiri?
Quote membesar 25-6-2015 11:50 PM
Tapi memang over gila pun laki bini dalam cerita tu. Asek peluk peluk je. Adoi. Geli.

Lihat semua komen(200)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

Terpanas Minggu Ini
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top