Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Suka Menunjuk-Nunjuk

16-6-2015 06:48 PM Komen: 2
Oleh Adib Za

Sifat menunjuk-nunjuk memang sinonim dengan semua orang. Tunjuk baik, tunjuk mewah, tunjuk kaya, tunjuk bahagia dan sebagainya.

Ini yang terjadi di kalangan masyarakat dahulu dan juga kini. Malah, masa ini lebih lagi kroniknya apabila adanya media sosial yang dijadikan medan untuk menunjuk-nunjuk.

Katakan apa sahaja, menunjuk kereta, pakaian, beg berjenama..kebahagiaan bersama suami atau isteri sedang bercuti di luar negara dan pelbagai lagi cara untuk menunjuk. 

Tanpa disedari perlakuan kita itu menjadi sesuatu yang dipanggil "riak". 

Malah, kawan-kawan pun mula berasa meluat dengan post tentang diri anda yang suka menunjuk di media sosial.

(sumber foto: 604 Now)


Memang betul, itu hak anda untuk menunjuk apa yang anda buat, apa yang anda miliki dan sebagainya.

Namun, lihat semula pada hati dan niat. Adakah anda ikhlas melakukannya? Adakah ia bertujuan untuk membantu orang lain? Memudahkan orang lain?

Jika niat itu sahaja sudah terpesong, apa kata anda cuba kurangkan proses menunjuk-nunjuk di media sosial ini.

Nanti lama-kelamaan anda berasa malu sendiri kerana suka "show off" dan menunjuk anda memiliki segalanya.

Bagaimana nak elak sifat "over" menunjuk-nunjuk ini?

1. Ingat niat semula. Jika ingin menunjuk kemewahan anda, maka hentikanlah segera.

2. Bersikaplah bersederhana dalam segala hal. Hal privasi tak perlu dikongsi pada umum ya.

3. Gantikan rasa riak dan hebat diri dengan rasa kesyukuran. Bersyukurlah kehidupan yang anda kecapi hari ini.

4. Perbanyakkan zikir dan menderma. Ia akan mengingatkan anda pada tuhan dan hak orang lain yang ada pada diri kita hari ini. 

- Cari Infonet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
20
Marah
14
Terkejut
24
Sedih
14
Lawak
19
Bosan
22
0
0
Komen: 2
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote applemy 17-6-2015 10:10 AM
Yg paling ai kesal, ramai takde keberanian nak delete Facebook masing2.. ye la, satu-satunya peluang untuk glamer walaupun setengah tu dah kertu.. tu la, sapa suruh tak glamer/menyeksi masa sekolah dulu.. Dah terlambat dah sekarang Pakcik Makcik ooi!!

Lain-lain Komen

Quote kerepek1994 16-6-2015 06:58 PM
https://www.facebook.com/notes/cara-hidup-islam/pengertian-riyak-suatu-pencerahan/521761824587420
Quote applemy 17-6-2015 10:10 AM
Yg paling ai kesal, ramai takde keberanian nak delete Facebook masing2.. ye la, satu-satunya peluang untuk glamer walaupun setengah tu dah kertu.. tu la, sapa suruh tak glamer/menyeksi masa sekolah dulu.. Dah terlambat dah sekarang Pakcik Makcik ooi!!

Lihat semua komen(2)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top