Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Percaya Tak, Tarikh Lahir Boleh Mempengaruhi Kesihatan Seseorang?

ultramantujuh|16-6-2015 12:45 PM Komen: 7

Oleh : Loo Tung Seang
Article Diterbitkan : 16 Jun 2015



Percaya tak tarikh lahir berkait rapat dengan kebarangkalian seseorang itu mudah diserang penyakit atau tidak?


Dalam erti kata lain, seseorang itu dilahirkan pada hari bulan tertentu, maka dia akan lebih sihat berbanding dengan mereka yang dilahir pada hari bulan yang lain.


Menerusi penelitian yang dilakukan ke atas pertalian antara 1.7 juta pesakit dan 1688 jenis penyakit, Universiti Columbia telah berjaya mengesahkan tarikh lahir sememangnya boleh memberi kesan ke atas sistem tubuh badan seseorang itu di peringkat awal pertumbuhan. 


Dan seterusnya mempengaruhi seseorang itu berkemungkinan atau tidak mudah diserang penyakit pada masa akan datang.


Hasil kajian menunjukan, mereka yang dilahirkan pada bulan Mei adalah paling sihat, manakala mereka yang menyambut harijadi pada bulan Oktober, peratusan diserang penyakit adalah paling tinggi.



Menurut laporan Daily Mail, keputusan ujian yang dibuat oleh Persatuan Warga Tua New York dan Pusat Perubatan Universiti Columbia ke atas hampir 1.7 juta pesakit, hasilnya mendapati, mereka yang dilahirkan pada bulan Januari mudah diserang penyakit darah tinggi. 


Manakala mereka yang dilahirkan pada bulan Mac mudah berdepan masalah jantung lemah dan masalah getaran jantung.



Berikut adalah hasil kajian untuk kesan jenis penyakit berdasarkan bulan tertentu : 

1)  Januari mudah diserang penyakit darah tinggi. 

2)  Mac mudah berdepan masalah jantung lemah dan masalah getaran jantung.

3)  April mudah menghadapi kesakitan jantung

4)  September mudah diserang penyakit asma

5)  Oktober mudah diserang jangkitan saluran pernafasan bersifat segera dan penyakit pergaulan bebas

6)  November mudah menghidap penyakit Hyperactive, serangan virus dan barah di bahagian saluran pernafasan



Sebenarnya ini bukan merupakan kajian kali pertama yang dilakukan terhadap pertalian antara tarikh lahir dengan penyakit. 


Pada 2008, hasil kajian di Denmark mendapati budak yang dilahirkan pada musim luruh adalah mudah diserang penyakit asma berbanding dengan mereka yang dilahirkan pada musim lain dengan peratusan lebih tinggi 30%.



Pada 2012, hasil kajian di Sweden turut mendapati, kanak-kanak yang dilahirkan pada beberapa bulan di hujung tahun, adalah mudah menghidap penyakit Hyperactive.



Bagaimanpun, pakar perubatan berpendapat, orang ramai tidak perlu terlalu risau, walaupun hasil kajian menunjukan terdapat perhubungan yang amat ketara antara tarikh lahir dengan sesetengah penyakit, tetapi secara keseluruhannya risiko diserang penyakit adalah tidak tinggi sangat. - CARI Infonet






Apa Reaksi Anda...

Bagus
11
Marah
7
Terkejut
10
Sedih
8
Lawak
21
Bosan
10
0
0
Komen: 7
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote bellaa 29-9-2015 10:36 PM
born on July.. Ada masalah penghadamana. .

Lain-lain Komen

Quote mattzzx 16-6-2015 12:50 PM
boleh caya tak?
Quote CMFreporter1 16-6-2015 04:35 PM
Saya lahir kat April, dan memang pun saya sering mengalami kesakitan di bahagian jantung... dan anak saya yang diahlrkan pada hujung tahun pun sangat aktif, tak boleh duduk diam... bagi saya kajian itu sangat tepat.
Quote AlienGurlz 17-6-2015 12:52 AM
Saya lahir bulan May, tapi saya selalu sakit..
Quote iznanaziz 17-6-2015 10:58 AM
saya lahir bulan Februari, tapi saya selalu sakit2...
Quote melinda_kerr 24-6-2015 09:01 PM
Mak i lahir bulan 5. Selalu sakit2 dr waktu muda lg. penyakit kita ni sbnrnya dipengaruhi darah bukn bila kita lahir
Quote Queen_Of_Purple 22-9-2015 02:56 AM
Lahir oct anak lahir pon oct, aktif, rajin. Ok bye
Quote bellaa 29-9-2015 10:36 PM
born on July.. Ada masalah penghadamana. .

Lihat semua komen(7)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top