Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Di Kala Anda Berasa 'Down'..

15-6-2015 06:43 PM Komen: 4
Oleh Adib Za

Tak dinafikan anda masanya seseorang itu berasa sedih, kecewa, kurang motivasi dan down.

Itu sesuatu yang lumrah dan wajar dilalui oleh semua orang. Persoalannya, jangan biarkan perasaan itu terlalu lama sehingga ia boleh makan hati dan perasaan anda.

Malah, sifat ini boleh membuatkan anda berasa lemah dan tak mahu bergerak maju meneruskan kehidupan ini.

Tidak kiralah sama ada ia berkaitan hal kerja, perhubungan, kekeluargaan, persabahatan dan sebagainya.

Carilah peluang untuk kembali bertenaga, bermotivasi dan memiliki aura positif dalam diri anda.

(Sumber foto: Startup Daily)


1. Ia hanya sementara

Sama juga dengan perasaan indah yang dikatakan hanya sementara, begitu juga dengan perasaan lemah dan tidak bermotivasi. Anggap ia hanya sementara dan kembalilah mencari ruang untuk kembali ceria dan tersenyum kembali.

2. Mohon bantuan

Kadang-kala kita tidak mampu untuk berdiri sendiri. Jika anda sudah terjatuh dan sukar bangun, apa salahnya berbincang dengan rakan baik anda agar dapat menyelesaikan masalah bersama. Hasilnya anda semakin bertenaga dan positif.

3. Tarik nafas

Cara kita menarik nafas yang dalam mampu melegakan fikiran yang serabut dan hati yang gundah. Rehatkan seketika minda anda, dengar muzik atau tidurlah seketika. Bila anda bangun, terasa minda semakin ringan dan kembali membuatkan anda tersenyum kembali. Cubalah!

(Sumber foto: Salon)


4. Bersangka baik

Anda haruslah menerapkan fikiran baik dan positif dalam minda sepanjang masa agar ketika berasa down anda masih dapat meneruskan sesuatu itu dengan kuat. Biasakan membaca kisah-kisah kejayaan, madah yang menaikkan semangat dan sebagainya.

5. Berdoalah

Jangan dilupakan untuk berdoa kepada Yang Esa agar dipermudahkan segala yang anda lalui. BErdoalah agar dikuatkan hati dan semangat anda selalu. - CARI Infonet


Apa Reaksi Anda...

Bagus
26
Marah
17
Terkejut
22
Sedih
16
Lawak
29
Bosan
32
0
0
Komen: 4
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote BelitaBela 5-7-2015 11:35 AM
Good article. TQ for sharing

Lain-lain Komen

Quote amersudahbesar 17-6-2015 08:24 AM
tq for the info :D
Quote jhon212 28-6-2015 08:53 PM
good
Quote devilito2 29-6-2015 08:00 AM
tq
Quote BelitaBela 5-7-2015 11:35 AM
Good article. TQ for sharing

Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top