Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Online Shopping: Pengalaman Mengerikan Atau Tidak?

11-6-2015 06:40 PM Komen: 3
Oleh: Adib Za

Anda berasa ngeri bertemu jurujual berlagak? 

Malas nak bersesak-sesak di shopping mall?

Membeli-belah dalam talian, adalah jawapannya!

(Sumber foto: Zeendo)


Ia kini mula menjadi trend yang membuatkan ramai yang berasa ketagih untuk melihat produk kesukaan mereka setiap hari di internet! Malah, portal online shopping juga tumbuh bagaikan cendawan pada masa ini. 

Anda takut ditipu oleh penyangak internet? Jangan risau, kini kebanyakan bank online telah memasang sistem sekuriti yang sangat tinggi.

Yang penting, belilah daripada penjual yang dipercayai. Caranya, baca dulu testimoni daripada pembeli yang lain, bagaimana pengalaman mereka bersama pembeli.

Secara keseluruhannya, pembelian online adalah lebih efisien dan bukan sahaja mengikut trend terkini, malah menjimat masa dan tenaga.

(Sumber foto: Her Campus)


Masih ragu-ragu? Jom lihat apakah kelebihan online shopping ini:

1. Lebih mudah mencari

Setuju atau tidak dengan pembelian di internet anda lebih mudah menjumpai produk yang anda kehendaki. Kalau anda rajin sangat nak berpusing-pusing 2,3 shopping mall, silakan.

2. Harganya lebih murah

Berbanding produk di pasaran biasa, lazimnya produk di internet lebih murah kerana faktor kos. Jika anda bijak merancang, anda bakal jimat dan menyimpan beratus-ratus ringgit anda!

3. Jimat masa dan tenaga

Tak perlu beratur panjang, memandu jauh dan sebagainya. Hanya di hadapan PC anda boleh memilih produk kegemaran anda.

4. Produk 'rare'

Jika anda gemarkan produk yang 'rare' dan jarang-jarang ditemui, pembelian online pasti memungkinkannya!

5. Lebih privasi

Ingin membeli sesuatu yang bersifat personal, pembelian online mampu melindungi privasi anda. Jadi, jangan risau dengan aspek berkenaan ya. 

(Sumber foto: Tru Voice Tech)



Oleh itu, tepuklah dada, tanya selera. Apa salahnya sekali sakala mengikut arus semasa, bukan? - CARI Infonet

Apa Reaksi Anda...

Bagus
30
Marah
28
Terkejut
33
Sedih
22
Lawak
30
Bosan
33
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote nizamXF 16-6-2015 03:40 PM
paling latest baru kena, dah bank in brg tak sampai sampai. bila ajak cod kat balai polis, dia offer refund pulak. alahai

Lain-lain Komen

Quote red_cattleya 14-6-2015 01:50 AM
duit pun laju je habis
Quote giyomi 15-6-2015 04:03 PM
Yg sakitnya bila kena tipu...tapi ada gak bebaru ni wat online purchase, barang dah anta the next day of payment tapi gara2 skynet kurier xguna, tertangguh sampai 6 ari. Bila kol dah lar susah nak jawap pastu asik tolak sana sini last2 mintak pengirim terus kol o refund. Kes ni berlaku lak kat gemfive yg newly launched tu, CS mereka mmg salute, they are good.
Quote nizamXF 16-6-2015 03:40 PM
paling latest baru kena, dah bank in brg tak sampai sampai. bila ajak cod kat balai polis, dia offer refund pulak. alahai

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top