Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Jom Kenali Apa Itu Virus Mers-CoV Dan Kesannya

11-6-2015 01:05 PM Komen: 3

Oleh : Dean BZ


Sumber foto : img.bisnis.com

Dunia sekali lagi digegarkan dengan berita kemunculan virus baru iaitu MERS (Middle East Respirotary Syndrome) yang meragut ratusan nyawa. Virus ini dikatakan berasal dari kawasan Timur Tengah dan menyerupai  SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) atau penyakit pernafasan akut yang teruk. Virus MERS menyerang sistem pernafasan sehingga menyebabkan penderita menjadi demam, batuk, dan serangan pneumonia, gagal ginjal serta gangguan fungsi hati.

Beberapa penyelidik mendakwa sehingga kini mereka gagal menemui jawapan bagaimana Virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) tersebar secara meluas di rantau Timur Tengah dan beberapa negara Barat,  ini turut memberi kebimbangan kepada jutaan jemaah haji. Dipetik dari Sinar Harian, Profesor Alimuddin Zumla dari Universiti Kolej London yang turut sama membantu penyelidikan Lancet berkata, cara virus itu tersebar sebenarnya lebih rumit daripada apa mereka jangkakan.

Ia mungkin melibatkan pengantara kerana kebanyakan kes yang dikenal pasti menunjukkan pesakit tidak mempunyai hubungan dengan haiwan secara langsung.

Menurutnya lagi, sumber sebenar virus Mers tersebut masih tidak jelas dan beberapa hipotesis yang dibuat menunjukkan ia mungkin disebarkan oleh makanan.

Sehingga 18 Oktober lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sebanyak 139 kes dan 60 kematian akibat Mers direkodkan di seluruh dunia.

Sumber foto : www.liputan6.com

Korea Selatan adalah negara kedua yang mempunyai kes tertinggi melibatkan serangan MERS selain Timur Tengah.

Virus MERS sukar merebak menerusi udara dan kebanyakkan kes adalah dengan cara hubungan secara langsung dengan unta atau bersentuhan dengan mereka yang menghidapi MERS.

Sumber foto : perubatan.org


Walaupun secara teori, virus ini senang dicegah dengan memakai penutup muka dan membasuh tangan, namun tanpa pengesahan awal, penyakit ini mampu merebak dengan cepat ( seorang pesakit Arab yang menyebarkan virus ini kepada 34 orang dalam masa 2 minggu). Setakat yang diketahui virus ini hanya bermula dari unta kepada manusia.

Simptom MERS

Demam, batuk, sukar bernafas dan cirit-birit. Virus ini membunuh dengan merosakkan buah pinggang, kejutan septik dan melemahkan ketahanan badan.

Bagaimana MERS Dirawat?

Sehingga kini, tiada vaksin khusus untuk melawan virus ini. Cara terbaik untuk mengawal virus ini sama seperti Ebola, dengan mengkuarantinkan pesakit serta mereka yang pernah bersentuhan dengan pesakit MERS. Juga disarankan memakai topeng muka.

Adakah MERS Berbahaya?


Sehingga hari ini ia dianggap bahaya kerana tersebar dengan senyap tanpa vaksin yang mampu membunuh virus ini. Pakar kesihatan juga bimbang jika virus ini disebarkan secara meluas dan berevolusi ia berkemungkinan menjadi lebih bahaya tanpa pencegahan awal.

Jika anda atau ada saudara mara baru pulang dari menunaikan haji atau umrah di negara Timur Tengah, dalam masa 14 hari jika tiba-tiba mengalami demam atau sukar bernafas, disarankan segera mendapatkan khidmat nasihat doktor. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. - CARI Infonet.



Apa Reaksi Anda...

Bagus
34
Marah
20
Terkejut
31
Sedih
12
Lawak
23
Bosan
23
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote kerepek1994 15-6-2015 07:56 PM
ya allah jauhkan diriku, ahli keluargaku, jiran2 ku, warga mforum, seluruh warga malaysia dan kaum muslimin dari terkena penyakit mers & penyakit berbahaya ya allah. ameen ya rabb al alameen.

Lain-lain Komen

Quote comel91 11-6-2015 06:25 PM
Salam reporter Cari Dean BZ.. sorry ingatkan tadi iklan tropicana twister.. huhu btw nais info
Quote red_cattleya 14-6-2015 01:52 AM
mintak dijauhkan..
Quote kerepek1994 15-6-2015 07:56 PM
ya allah jauhkan diriku, ahli keluargaku, jiran2 ku, warga mforum, seluruh warga malaysia dan kaum muslimin dari terkena penyakit mers & penyakit berbahaya ya allah. ameen ya rabb al alameen.

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top