Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
CARI Infonet Portal Fokus@CARI Lihat artikel

Bila Lakiku Merajuk Lagi! Susahnya!

5-6-2015 12:14 PM Komen: 3
Oleh: CMFreporter2

"Macam mana ni, suami saya merajuk lagilah kak! Pening saya dibuatnya..," ujar Siti kepada kakaknya.

"Lelaki ini pun ada perasaan sensitif, nak dibelai, dijaga dan dimanjakan..Jangan sesekali kecilkan hatinya, berdosa!," nasihat kak Bee kepada adiknya.

Itu merupakan salah satu dialog yang terjadi bila pasangan suami isteri bergaduh, dan teka siapa yang akan merajuk? Isteri? SALAH!

Suami masa ini sudah pandai terasa hati, cepat sensitif dan cemburu bila isterinya dirasakan tak pandai menjaga hati dan mula mengabaikannya. Tambah-tambah lagi jika isterinya mempunyai jawatan yang lebih besar dari segi kerjaya, atau datang dari keluarga yang kaya.

Tunggu dulu, jangan fikirkan yang bukan-bukan pula tentang suami anda. Ada pula yang mula ingat suaminya ini "Encik Sotong" kah? Iyalah, sikit-sikit merajuk mengalahkan perempuan!

(Sumber foto: Cosmopolitan UK)


Sebagai isteri, jom lihat tip-tip ini untuk menawan dan memujuk semula suami anda!

1. Berikan sedikit ruang kepada suami apabila dia pulang ke rumah. Mungkin dia mengalami tekanan di tempat kerja, dimarahi bos dan sebagainya. Biarkan dia reda barulah dengar apa katanya. 

2. Tiada suami yang suka apabila pelawaan hubungan intim ditolak. Anda boleh mencuba 'cara' yang lain untuk bersama jika ketika itu anda tidak bersedia. 

3. Bila suami keletihan, pekalah dengan keadaannya. Janganlah ketika ini anda meminta yang bukan-bukan, mengajaknya keluar dan sebagainya. Biarkan sebentar, bila dia dah okay, boleh teruskan 'plan' anda. 

3. Anda pura-puralah tak perasan yang si dia sedang merajuk. Teruskan berbuat 'baik' seperti mengelap peluhnya, memicit bahunya dan macam-macam lagi.

4. Dia cepat cemburu? Anda lihat kembali apakah perbuatan yang membuatkan si dia cemburu. Atau ajaklah berbincang dengan baik. Jangan pula anda 'gatal' nak bercerita tentang bekas kekasih anda depan si dia. 

5. Buatlah 'surpise' seperti menyediakan makanan kegemarannya, membelikan barangan kegemarannya dan pelbagai lagi.

(Sumber foto: Cosmopolitan UK)


Jangan cepat putus asa atau anda sekali turut meroyan bila suami merajuk. Merajuk itu kan comel? - CARI Infonet


Apa Reaksi Anda...

Bagus
23
Marah
18
Terkejut
36
Sedih
26
Lawak
30
Bosan
26
0
0
Komen: 3
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Quote comel91 5-6-2015 04:12 PM
seramado: comel ke ko nyah
comela la... bile takde yang melihat.....

Lain-lain Komen

Quote comel91 5-6-2015 02:13 PM
comel macam kitee.. nais infomasi
Quote seramado 5-6-2015 02:24 PM
comel ke ko nyah
Quote comel91 5-6-2015 04:12 PM
seramado: comel ke ko nyah
comela la... bile takde yang melihat.....

Lihat semua komen(3)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top