Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Tips Penjagaan Kulit Muka

4-6-2014 11:56 AM| Komen: 1


Tips Penjagaan Kulit Muka supaya wajah lebih cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman wanita. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas iaitu Membersih, Menyegar dan Melembap.

1. Pelembab

a. Kulit Normal

Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakala ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen.

b. Kulit Kering

Kulit jenis ini amat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim. Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur setiap tidur. krim malam berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda.

c. Kulit Berminyak

Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air.

2. Tip untuk Solekan Natural & Segar

a. Persediaan Kulit Wajah

Pertama bersihkan kulit wajah menggunakan pembersih yang lembut. Ikuti penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, malahh ia tidak sesuai untuk kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering.

b. Cerahkan Wajah

Yang anda cari ialah kulit bersinar dari dalam, bukan berkilat kerana berminyak. Untuk kesan begini, sapukan highlighterdi atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak.

c. Periksa Cela Wajah

Çoncealer berfungi untuk menutup cela pada wajah tetapi jika terlalu tebal dan banyak, ia akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan concealer secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak.

d. Pilih Bedak yang Tepat

Jika kulit berminyak, pilihlah bedak tabur yang tranlucent untuk mencegah kulit semakin berminyak. sapukan secara merata, lebih2 lagi sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.

e. Bermain warna

Tampil dengan makep tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yang lembut seperti merah jambu (pink) cerah.


Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
14
Bosan
0
Komen: 1
Komen

Previous : Petua Melicinkan Betis

Next       : Awek Garang

Komen Terbaru

Quote Leyla 27-5-2014 12:41 PM
camne nk ilang kan eye bag..
bukan lingkaran itam tau..
ni yg cam bengkak bwh mata..

ade yg ckp air bwh mata berlebihan laaa
x ckup tido la..

tulun....

Lain-lain Komen

Quote Leyla 27-5-2014 12:41 PM
camne nk ilang kan eye bag..
bukan lingkaran itam tau..
ni yg cam bengkak bwh mata..

ade yg ckp air bwh mata berlebihan laaa
x ckup tido la..

tulun....

Lihat semua komen(1)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.140949s Gzip On
To Top