Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara

Rahsia Penjagaan Rambut

15-5-2014 04:04 PM| Komen: 4




Berapa ramai yang tahu jenis sikat dan cara menyikat rambut sebenarnya mempengaruhi kesihatan rambut?

Rambut juga memerlukan perhatian dan penjagaan yang betul.

Dunia fesyen rambut berkembang setiap minit. Sehubungan itu, ramai pengguna memberi tumpuan terhadap pengayaan semasa. Daripada potongan rambut yang ranggi, mewarnakan rambut dan rawatan stim, pelbagai cara dicuba bagi memastikan diri seiring dengan fesyen rambut terkini.


Sama ada anda seorang wanita atau lelaki, penting bagi anda untuk mengetahui penjagaan rambut yang betul dan mudah dilakukan di rumah.

Perkara asas yang harus dititikberatkan ialah cara menyikat rambut."Salah satu cara terbaik untuk mengetahui langkah-langkah tersebut ialah dengan berkunjung ke salon. Mungkin mereka boleh membantu," ujar seorang pakar pendandan rambut terkemuka dari Itali, Rinaldo Rampon.

Ketika rambut anda dibelai di salon, jangan hanya asyik duduk membaca majalah atau tidur. Sebaliknya, perhatikan jenis sikat yang digunakan oleh pendandan semasa rambut basah atau rambut dikeringkan.

Pemilihan sikat yang tidak sesuai, boleh menyebabkan anda mengalami keguguran rambut, kerosakan pada kutikel rambut, menghilangkan kelembapan kulit kepala dan lain-lain.

Antara jenis sikat yang popular di pasaran ialah sikat bulat, sikat lubang di bahagian tengah, sikat dengan tapak atau bahagian tengah yang luas dan sikat kusyen iaitu dengan tekstur gigi sikat yang lembut.

Biasanya sikat dengan lubang di bahagian tengah digunakan semasa mengeringkan rambut dengan pengering. Bagi merangsang dan menggalakkan pengaliran darah yang lancar, sikat kusyen disyorkan.

"Ramai yang menganggap bahawa menyikat secara kerap boleh membawa kemudaratan. Sedangkan masalah sebenarnya ialah penggunaan sikat yang tidak bermutu atau sikat mahal tetapi kurang sesuai," jelas Rampon.

Untuk kesan yang lebih baik, sebaiknya sikatlah rambut sambil menundukkan kepala. Lakukan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut.





Sebelum tidur

Kata Rampon, mereka yang tidak suka bersikat terutamanya kaum lelaki yang lebih selesa menggayakan rambut dengan gel dan jari-jemari boleh mengamalkan langkah mudah itu.

Apa kata anda sikat rambut sebelum masuk tidur dan pada waktu pagi sebelum mandi. Ketika bersiap untuk ke tempat kerja, anda mungkin boleh guna jari untuk menggayakan stail rambut. Bagaimanapun, Rampon kurang menyokong idea penggunaan gel rambut.

"Jangan sapukan gel atau minyak selepas rambut dicuci. Ini kerana anda tidak berupaya mengubah stail sehingga cucian seterusnya. Sebaliknya, biarkan rambut anda bebas untuk pelbagai stail sepanjang hari atau hari kedua.

"Satu lagi tip yang dikongsi pada sambutan ulang tahun Acca Kappa ke-140 di Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini Rampon menggalakkan tabiat menyikat rambut semasa mencuci rambut.

Gosok dengan jari

Caranya amat mudah. Selepas menyapukan syampu di atas kepala, gosok dengan hujung jari selama beberapa minit. Kemudian, gunakan sikat untuk disebar ke seluruh dan hujung rambut. Cuci hingga bersih dan sapukan perapi rambut di atas rambut.

Kemudian, gunakan sikat sekali lagi untuk menyebarkan perapi tersebut. Akhirnya, bilas dan keringkan rambut seperti biasa.

Sementara itu, satu kesilapan yang dibangkitkan oleh Rampon ialah penggunaan pengering rambut untuk mengering dan menggayakan rambut."Tidak perlu guna pengering rambut, cukup sebatang sikat. Sikat ke arah yang anda mahukan dan biarkannya kering," kata Rampon.

Tabiat menyikat rambut secara kerap juga membantu menghilangkan kotoran dan habuk yang terlekat di atas kulit kepala atau pada helaian rambut. Malah, ia juga menyebarkan sebum semula jadi yang dihasilkan oleh kulit kepala ke seluruh bahagian kepala.

Sikat Acca Kappa yang terkenal dalam kalangan selebriti seperti hos televisyen, Oprah Winfrey dan Ratu England pertama, Queen Victoria, mempunyai kualiti sikat yang tiada bandingan. Diperbuat daripada kayu yang tahan lasak, sikat Acca Kappa didatangkan mengikut fungsi tertentu seperti rambut kerinting, diwarnakan, dirawat dan sebagainya.


Apa Reaksi Anda...

Bagus
1
Marah
0
Terkejut
3
Sedih
9
Lawak
1
Bosan
6
Komen: 4
Komen

Previous : Ais Boleh Mengecilkan Pori-Pori

Next       : Awek Garang

Komen Terbaru

Quote R.A.M.A_mirror 26-5-2014 09:21 AM
Tuleins posted on 9-5-2014 10:00 AM
ada petua tak bagaimana nak lebatkan rambut?..sejak lepas berpantang ni anak dah 4 bulan rambut asyi ...

pakaikan dengan minyak johson n baby...
pakai stiap kali lepas mandi...
untill 12 yrs old !!
t lebat rambot.. hehehe..



Lain-lain Komen

Quote tiang@pi 8-5-2014 07:34 PM
Good
Quote poyohabis 9-5-2014 09:35 AM
anak aku sebelum pegi tadika sebelum ikatkan rambut tuk dia aku sapukan serum rambut...nak pakaikan minyak rambut banyak sangat alasan dia...serum rambut pon elok gak pakai ms rambut basah2 nanti jd cantik berkilat je rambut...nampak mcm wet look
Quote Tuleins 9-5-2014 10:00 AM
ada petua tak bagaimana nak lebatkan rambut?..sejak lepas berpantang ni anak dah 4 bulan rambut asyik gugur jeee....aduhhhhh risau rambut semakin nipisss
Quote R.A.M.A_mirror 26-5-2014 09:21 AM
Tuleins posted on 9-5-2014 10:00 AM
ada petua tak bagaimana nak lebatkan rambut?..sejak lepas berpantang ni anak dah 4 bulan rambut asyi ...

pakaikan dengan minyak johson n baby...
pakai stiap kali lepas mandi...
untill 12 yrs old !!
t lebat rambot.. hehehe..



Lihat semua komen(4)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.147555s Gzip On
To Top