Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
461
View
5
Reply

Ini Kisah Kebangkitan Semula Starbucks Selepas Hampir Muflis Pada 2008

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-9-2021 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Ini Kisah Kebangkitan Semula Starbucks Selepas Hampir Muflis Pada 2008


Meskipun ia merupakan salah satu jenama yang menjadi kegemaran para peminat kopi pada masa kini, Starbucks pernah dilanda krisis kewangan pada tahun 2007/2008 sehingga hampir diisytiharkan bankrap.

Selepas saham syarikat jatuh merudum pada tahun 2008, Starbucks membuat keputusan untuk memberhentikan 6,700 pekerja dan terpaksa menutup ratusan cawangan Starbucks.



Howard Schultz yang menggantikan Jim Donald sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks pada 2008 berjaya menemui tiga masalah yang dihadapi oleh Starbucks sehingga saham syarikat jatuh merudum sehingga 28 peratus:

1. Terlalu pentingkan birokrasi daripada pelanggan

2. Starbucks salahkan keadaan ekonomi dan kenaikan harga susu untuk menaikkan harga kopi

3. Starbucks terima persaingan dari McDonalds yang telah memasuki perniagaan membuat kopi


Howard Schultz

Howard mengambil inisiatif dengan mengirim surat kepada para pekerja dan menegaskan kepentingan Starbucks untuk mengalihkan fokus mereka dari birokrasi kepada para pelanggan.

Selain itu, Howard turut melancarkan kempen My Starbucks Idea untuk membuang dinding yang memisahkan Starbucks dan para pelanggan.

Starbucks turut meraikan perbezaan pendapat dengan saling bertukar idea antara para pelanggan dan pihak syarikat. Para pelanggan boleh kongsikan pendapat mereka mengenai Starbucks termasuk produk, perkhidmatan, susun atur kedai, iklan dan muzik di dalam kedai.

Selain itu, Starbucks telah mengurangkan iklan yang berasaskan produk dan lebih memberi tumpuan dalam membina hubungan antara syarikat dan pelanggan. Dengan inisiatif Howard, impression terhadap Starbucks juga telah meningkat kepada 5.5 juta per bulan.



Sementara itu, Starbucks pernah terpalit dalam sebuah kontroversi beberapa tahun lalu selepas ia dikaitkan dengan menggunakan keuntungan mereka untuk membiayai tentera Israel.

Dengan bantuan media sosial, Starbucks bagaimanapun berjaya keluar daripada masalah tersebut dengan membina mesej yang kuat bahawa ia merupakan sebuah organisasi yang cintakan kedamaian.

Sumber:
The Vocket, Business Insider

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
wah begitu
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
wahh... i see.. hmm sedap kopi depa tapi harga nauzubillah kalau hari hari minum
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 03:32 PM | Show all posts
sedap ke weh x pernah beli. penah ada org belanja beberapa thn lps entah la rasa biasa je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:08 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 15-9-2021 09:19 PM
chinta89 replied at 8-9-2021 03:32 PM
sedap ke weh x pernah beli. penah ada org belanja beberapa thn lps entah la rasa biasa je..

jgn judge sekali beli
ada byk jenis




Types-of-Coffee-Drinks_1200X1200.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2021 09:10 PM | Show all posts
Edited by Meiizu at 15-9-2021 09:20 PM

SB ni ikut barista yg buat tu jugak emm harga affordablespecial promo selalu ada  
persaingan pun dah byk
i tukar2 jugak...mc cafe, coffe bean & SF
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list