Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
1121
View
10
Reply

Siapa kata drama Malaysia tidak berkualiti? – Shahrulezad

[Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-7-2021 07:33 PM | Show all posts |Read mode
Siapa kata drama Malaysia tidak berkualiti? – Shahrulezad
  • Oleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI
  • 24 Julai 2021, 12:03 pm



SHAHRULEZAD berbangga kerana drama fenomena arahannya, Nur kini mendapat sambutan dalam kalangan penonton di Indonesia.

PETALING JAYA – Pengarah drama terkenal, Shahrulezad Mohameddin berbangga apabila drama arahannya, Nur berjaya memikat hati penonton di Indonesia yang menonton naskhah tersebut menerusi saluran Netflix.

Shahrulezad atau lebih mesra disapa Ijat ketika dihubungi Kosmo! berkata, sambutan drama Melayu di negara seberang menunjukkan kualiti drama tempatan tidaklah begitu buruk seperti yang dianggap ramai pihak.

“Sebagai pengarah sudah tentu saya berasa bangga apabila drama Nur arahan saya mendapat perhatian dalam kalangan penonton dari Indonesia. Sejujurnya saya sudah tidak ambil peduli lagi selepas tayangan drama tersebut ditarik semula waktu tayangannya di sana sekitar bulan April lalu.

“Tapi bila ada penonton dari Indonesia menyukai dan memuji drama tersebut, ini menunjukkan bahawa kualiti drama tempatan tidaklah seteruk mana,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Ujar Ijat, dia sedar ada segelintir penonton sering memperkecilkan karya tempatan ekoran kerap menampilkan drama dengan jalan cerita klise setiap masa.

Bagaimanapun, kejayaan drama Nur memikat selera penonton dari Indonesia wajar dikongsi bersama semua warga industri.

“Sebenarnya banyak lagi drama lain yang lebih bagus daripada Nur, cuma sayang tidak dipandang.

“Kejayaan ini patut dikongsi semua warga industri sebenarnya. Hendak menembusi pasaran seberang sendiri sebenarnya susah sebab penonton di sana sangat septikal dengan produk luar,” ujar Ijat.

Katanya, masyarakat di Indonesia lebih mengagung-agungkan karya anak tempatan berbanding naskhah luar termasuk Malaysia walaupun terdiri daripada rumpun yang sama.

“Resmi orang sana, mereka bangga dengan produk sendiri. Tapi ada juga segelintir daripadanya yang ‘geli’ dengan sinetron mereka kerana menampilkan jalan cerita ‘aneh’ dan khayalan. Sama seperti penonton Malaysia yang ‘benci’ dengan drama pukul 7 petang.

“Bagaimanapun masih ada penonton di Indonesia bersikap terbuka sebenarnya. Kalau tidak, bagaimana Siti Nurhaliza boleh diterima dengan baik di sana. Jadi bila terpandang produk luar (Malaysia), mereka jadi tertarik kerana lain daripada yang lain,” jelasnya.

Terdahulu, drama Nur yang pernah mencipta fenomena di negara ini pada 2018 hanya disiarkan satu episod di stesen televisyen Indonesia, MNCTV pada April lalu sebelum stesen tersebut menggantikannya dengan sinetron lain.

Difahamkan drama terbitan Radius One tersebut tidak mencapai jumlah tontonan atau rating yang bagus di Indonesia. -K! ONLINE

Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni lagi? Next please!
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Shadung 2.0

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:33 PM | Show all posts

hahahahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah berapa kerat je penonton indon yg puji..knowing dia ni,xleh move on dari Nur
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:56 PM | Show all posts
nauzubillah min zalik..
dia ni tak habis2 duk ulang nur tu sebagai drama paling successful...

tak bosan ke ponen ni? dah macam ogy suka ulang2 anugerah dia dapat dari tahun tok kadok tu...

sorry walaupun drama dia tu konon berkualiti tapi tetap la penonton malaysia memilih tengok drama dan siri luar... tu maknanya kualiti belum mencapai standard citarasa rakyat...

ziela jalil 3 hari mencintaimu tu pun takde ulang2 angkat bakul macam ponen ni... ponen kalau tak berilusi dan berangan memang tak sah kan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni takde karya lain ke nak dibanggakan? Dok la ulang kejayaan Nur sebagai drama berkualiti. Eh rimasnya lah dengan pondan self proclaimed ni tak habis habis dok angkat drama seketul tu je dah berapa tahun dah weii. Buat la drama baru pulak sudah sudah la tu berangan tak sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Perasan x habis2 kualitylah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mgkin tgk cter tamil pun ada lg jln cter dr drama mly even kdg2 efek die xmasuk akal.. Tu je nk ckp..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Smpai skrg iolls tak blh phm hype drama Nur ni. Idok le jealous but maybe dah terbiasa dgn series luar negara yg more advance smpai tgk drama melayu pun takde rasa wow pun
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2021 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Heshe niih asyik berbunyik jer
Yada yada menyampah iols
Chouls pun bkn hebat sgt ler
Stakat nur guna capik depan sikit
Tu asyik ulang2 smpai ajm
Tapi tenggalam dilautan dlm
Bila yindon pun tak mampu hadap
Cerita tuhh walau untuk satu hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list