Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
2401
View
11
Reply

Dari IG Live Sampai Libatkan Polis & Undang-Undang, Siti Nordiana Tak Sayangkan Persahabatan Ker?

 Close [Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-7-2021 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Dari IG Live Sampai Libatkan Polis & Undang-Undang, Siti Nordiana Tak Sayangkan Persahabatan Ker? - Lama dah mereka ni bersahabat baik...
Amri Hassan
Fri Jul 23 2021



Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana akui terkilan dan kecewa dengan tindakan rakan-rakan baiknya yang mengadakan sesi siaran langsung di Instagram pada 20 Julai lalu semata-mata untuk bercerita tentang perihal dirinya.

Malah, kata figura yang popular dengan panggilan Nana itu, kemelut yang terjadi ini membuka matanya untuk bijak memilih kawan.

"Mestilah sayang, persahabatan dengan mereka terbina sudah lama. Mereka pun sahabat yang baik, susah senang dengan saya dan saya sangat menghargai mereka.

"Cuma saya rasa terkilan dengan perkara yang sudah berlaku ini kerana ia dibawa ke media sosial dan didedahkan kepada umum.

"Apapun, kalau berkawan ini kalau boleh kita berbincanglah kalau ada yang tak puas hati... Selesaikan cara baik dan jangan kongsikan di publik.

"Saya suka berkawan dan saya berkawan dengan semua orang tapi kawan yang kita mesti cari mestilah kawan yang akan mempengaruhi kita. Pilih kawan yang baik, kita pun akan jadi baik," katanya.

Nana ditemui pada sesi sidang media khas secara maya pada Jumaat.

Dalam sidang media itu, pelantun lagu Bukan Mengungkit Tapi Membangkit itu turut menjawab tohmahan yang dilemparkan terhadapnya menerusi sesi siaran langsung Instagram Live penyanyi Syura, Lan Solo dan isterinya, Sheila selain jurusolek Aida G serta pengurus artis dan promosi, Sam Samin.

Justeru, Nana menyerahkan kepada peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin untuk menyelesaikan perkara terbabit selepas membuat laporan polis pada Jumaat dan akan menghantarkan notis tuntutan maaf pada Isnin nanti.

"Saya serahkan kepada peguam saya untuk menyelesaikan kes ini dan kami akan berbincang apa langkah selanjutnya.

"Saya pun faham, kita sebagai manusia biasa tak sempurna untuk menghakimi mereka. Saya terbuka dan akan berbincang dengan peguam.

"Kalau ada perkara yang tak puas hati boleh hubungi saya secara personal dan profesional, bukan di IG Live," tegasnya.

Kata Nana lagi dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak-pihak berkenaan cuma menyedari perkara ini menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini.

"Sebelum ini mereka unfollow IG saya, saya tak ambil serius pun mungkin ada masalah teknikal. Saya pun tak bertanya lebih lanjut.

"Lagipun, saya sibuk dengan kerja saya dan kena juga menjaga kesihatan. Ada banyak benda lain lagi nak kena fikir," ujarnya.

Tambah pengurus Nana, Anas, situasi yang berlaku masih terkawal dan tindakan yang diambil bagi menjaga reputasi Nana sebagai artis yang bersih dari kontroversi.

"Apa yang berlaku ini masih dalam kawalan cuma kami bimbang ia akan mengganggu kontrak dengan agensi iklan dan produk. Setakat ini semuanya masih berjalan lancar," katanya.

Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jah hang xleh ka msk kan artikel ni dlm tered nana yg dah byk tu??
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak sangat dah benang psl isu ni... Sambung je dlm tajuk yg ada tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 05:41 PM | Show all posts
kalau dah kata kawan lama tu tak perlu lah nak saman menyaman.. bukan buruk sgt pun nama dia.. nama 5 org tu lagi buruk sebab mengumpat berjemaah live pulak tu..

mesti ada silap dia ada rakan2 yang terasa hati... lagi baik dia minta maaf kat kawan2 kalau ada sikap dia yang buat kawan terasa.... dan move on je.. tak perlu nak saman2.

ni macam tunggu peluang nak balas dendam je.. uwekkk.. dah femes tu lupa dah kawan2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
badai replied at 24-7-2021 05:41 PM
kalau dah kata kawan lama tu tak perlu lah nak saman menyaman.. bukan buruk sgt pun nama dia.. nama  ...

Kalau iols pun iols saman.
Mengumpat di public memang saman je makanannya. Otak di lutut
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
badai replied at 24-7-2021 05:41 PM
kalau dah kata kawan lama tu tak perlu lah nak saman menyaman.. bukan buruk sgt pun nama dia.. nama  ...

abis tu kwn2 mengata live xslah la je...memalukan dia terang-terangan kwn yg baik la
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Saman je..5 lawan 1 hokehh.keji sgt nusio2 gini
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
badai replied at 24-7-2021 05:41 PM
kalau dah kata kawan lama tu tak perlu lah nak saman menyaman.. bukan buruk sgt pun nama dia.. nama  ...

Lima org mengumpat ko secara live. Gila tak aib. Bukan mengumpat bertandang kat rumah. Saman aje. Bersosial media ada batasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
good nana.. Xeloknya perangai mengumpat berjemaah secara live.. bukan budak kecik, dah tetua memasing.. Nana pun manusia biasa, mesti ada salah silap di pihak dia jugak cuma cara yang lain tu, memang melampau.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 06:22 PM | Show all posts
Manusia2 tu selayaknya disaman
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 06:25 PM | Show all posts
bila orang nak saman, baru ingat kawan? shayang.. heheheheh
saman saje
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 06:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list