Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
3912
View
22
Reply

'Pengorbanan Awal, Scha demi 'nyawa'

[Copy link]

Author: JahGosipMosip       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-7-2021 01:53 PM | Show all posts |Read mode
'Pengorbanan Awal, Scha demi 'nyawa'
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - Julai 24, 2021 @ 11:00am
bhhip@bh.com.my


Lara mula memahami situasi penularan COVID-19 dan makin selesa duduk di rumah serta mengisi masa dengan kegiatan berfaedah sambil dipantau Awal dan Scha. Foto Ihsan Scha Alyahya

KUALA LUMPUR: Rindu hati bukan kepalang mahu mendakap, mencium tangan ayah dan bonda, namun situasi pandemik COVID-19 sekali lagi menuntut pengorbanan besar buat pasangan selebriti popular, Awal Ashaari, 40, dan Scha Alyahya, 38, apabila tidak dapat berkumpul menyambut Aidiladha.

Kerinduan terhadap orang tua sukar diungkap dengan kata-kata. Biarpun tinggal tidak berjauhan iaitu di sekitar Lembah Klang, namun, demi nyawa dan keselamatan ibu bapa yang sudah berusia, selain anak-anak, Lara Alana, 7, dan Lyla Amina yang berusia lima bulan, Awal dan Scha terpaksa pendam kerinduan.

Pasangan sehati sejiwa itu memilih menyambut Aidiladha di kediaman bersama anak-anak.

Sekadar beraya empat beranak, namun Scha dan Awal tetap mahu dua permata hati, Lara serta Lyla, mahu merasai kemeriahan Aidiladha.

Biarpun persiapan serba sederhana, namun, sebagai isteri dan ibu, Scha menyediakan juadah enak untuk menjamu keluarga demi menghidupkan suasana hari raya.

"Saya tidak menempah kuih raya mahupun juadah pagi raya. Secara kebetulan, kuih raya ketika sambutan Aidilfitri masih banyak, jadi lebih baik habiskan lebihan kuih yang ada.


Awal, Scha dan anak-anak hanya menyambut Aidiladha di kediaman mereka, Selasa lalu bagi mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan. Foto Ihsan Scha Alyahya

"Bagaimanapun, untuk menghidupkan suasana Aidiladha, saya akan memasak sendiri juadah pada pagi raya. Kemudiannya, saya guna khidmat penghantaran mengirimkan juadah kepada ahli keluarga sebagai pengganti diri, memandangkan tidak dibenarkan aktiviti kunjung mengunjung," katanya kepada BH Online.

Scha berkata, ibu bapa sudah berusia dan uzur, manakala Lara dan Lyla masih kecil, jadi lebih selesa dan selamat duduk di rumah bagi mematuhi arahan kerajaan.

Lebih menakutkan, Scha berkata, varian baharu yang muncul lebih mengganas menambahkan kegusarannya terhadap keselamatan ibu bapa dan anak-anak.

"Alhamdulillah, ibu bapa kami sangat memahami, malah tidak perlu menjelaskan kenapa tidak dapat menziarah mereka.

"Lagipun, ibu bapa kami berpenyakit dan berisiko tinggi sekiranya bertemu dengan ramai orang. Apatah lagi, kita tidak nampak virus ini, sesiapa sahaja berisiko menjangkiti dan dijangkiti, jadi mereka faham apabila saya dan Awal tidak pulang pada hari raya.

"Selain saya, abang dan adik perempuan juga sudah dua tahun tidak dapat menyambut raya bersama ibu bapa. Namun, saya berdoa, semuanya akan kembali baik, tahun depan supaya kami dapat berkumpul semula memandangkan orang tua sudah semakin uzur," kata Scha.

Bintang drama Awan Dania itu berkata, ada kala timbul perasaan simpati apabila melihat anak-anak terpaksa berkurung dan tidak dapat menjalankan kehidupan normal seperti sebelum pandemik COVID-19.

Malah, katanya, Lara selalu terlupa nama saudara mara akibat terlalu lama tidak berjumpa mereka.

Bagaimanapun, katanya, sebagai seorang yang paranoid, sebolehnya cuba mengelakkan aktiviti ziarah dan tidak menerima kehadiran tetamu kerana bimbang keselamatan anak-anak yang masih kecil.

"Lara pernah cakap rindu menikmati juadah raya banyak-banyak. Saya dan Awal terpaksa terangkan kepadanya situasi getir yang melanda seluruh negara.

"Saya tidak bawa Lara dan Lyla keluar ke mana-mana sehingga Lara lupa nama saudara mara kerana jarang bertemu terutama keluarga abang yang menetap di Johor.

"Sebelum ini, Lara pernah bertemu mereka pada majlis keluarga. Jadi, saya sering membuat panggilan video bagi mengubat kerinduan dan tidak mahu Lara lupa pada saudara mara dan temannya. Jadi, Lara mula memahami situasi COVID-19.

"Lara tidak pernah merungut tak dapat keluar, mungkin sudah faham apa yang berlaku. Lara pun sudah lama tidak ke sekolah, jadi sudah biasa duduk di rumah dan tidak ke mana-mana," katanya.

Scha berkata, dia dan suami memberi anak sulungnya itu bermain bunga api bagi membangkitkan suasana dan kemeriahan raya.

Namun, katanya, kali ini, mereka lebih selesa Lara lebih banyak menjalani aktiviti dalam rumah sebagai langkah keselamatan.

Sungguhpun begitu sebagai ibu bapa, katanya, dia dan Awal tetap mahu dua buah hati itu memahami pengertian Aidiladha.

"Walaupun tidak berpeluang melihat ibadat korban dijalankan seperti dahulu, iaitu saat paling dinanti-nantikan melihat haiwan ternakan dikorban, namun kami mempunyai cara lain mendedahkan kepada Lara mengenai ibadat itu.

"Sedari kecil, saya sendiri tidak didedahkan dengan aktiviti korban seperti melihat lembu disembelih depan mata. Saya hanya melihatnya di kaca televisyen (TV) atau media sosial.

Begitu juga Lara, setakat ini, kami belum pernah membawanya menyaksikan aktiviti korban.

"Lara hanya menyaksikannya melalui video sahaja. Ketika pertama kali melihat ibadat korban dilaksanakan, mulanya Lara marah kerana melihat haiwan disembelih, tetapi kami terangkan kepadanya kenapa ibadat dilaksanakan.

"Malah, kami juga menjelaskan haiwan lain seperti ayam juga perlu melalui proses penyembelihan mengikut cara Islam, kemudian barulah dia faham," kata Scha.

Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012.

Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 02:44 PM | Show all posts
hmm . kena keja keras untuk tambah  kredit ni.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Yela..ko je xdpt cium..kami semua mmg aritu balik potong tgn mak ayah kami...bole cium hari2...nyampah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 04:06 PM | Show all posts
So, ape gosipnye?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 24-7-2021 02:44 PM
hmm . kena keja keras untuk tambah  kredit ni.

Itu lerr. Banyak nau benang. Benang kopi pasta pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
td jalan2 kat ig,tgk2 rupanya Melodi pun dh tamatkan khidmat dia ni
katanya dh 8 thn dgn melodi
nmpk kenyataan dia mcm stress je
ye le..komitmen besor nak kene bayar stp bln ni.dgn banglo bagai lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 24-7-2021 05:20 PM
td jalan2 kat ig,tgk2 rupanya Melodi pun dh tamatkan khidmat dia ni
katanya dh 8 thn dgn melodi
nm ...

patut la sekarang gigih jual sambal tempe jual kek. setahu aku si awal dgn scha ni jnis urban tak pndg produk marhean ni..sekali pi jual sambal..hahha.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 06:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Masukkeluar replied at 24-7-2021 05:58 PM
patut la sekarang gigih jual sambal tempe jual kek. setahu aku si awal dgn scha ni jnis urban tak  ...

cara dia post statement nmpk mcm dia risau la takde payment dr melodi lg
dah le baru masuk rumah baru kan..rege juta2 lg
so kene la layan gak produk marhaen ni sbb. nk cari market besar
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by miracle_forever at 24-7-2021 07:24 PM
cmf_premierleag replied at 24-7-2021 05:20 PM
td jalan2 kat ig,tgk2 rupanya Melodi pun dh tamatkan khidmat dia ni
katanya dh 8 thn dgn melodi
nm ...


sbb tu la semenjak dua menjak ni awalla dondang asyik meroyan je.. mengamuk tak dapat gi keje sbb MCO laa.. rumah tak leh sambung renovate la.. furniture rosak la.. kena terminate rupanya. ok la tu bagi orang baru pulak. dia & janna bukan best pun. eh ada ke lagi orang tgk melodi? kekekkekekke
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm korang je la yg berkorban
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
miracle_forever replied at 24-7-2021 07:23 PM
sbb tu la semenjak dua menjak ni awalla dondang asyik meroyan je.. mengamuk tak dapat gi keje sb ...

aku pun tak layan melodi sbb dua org ni la.si jena tu pun satgi stress lagi la tu
dia pun kondo rege berjuta
hari tu dh sakit sbb kerja kuat sgt nk cari duit sbb nk byr kondo,keter.
pasni sakit lagi sbb dh kurang income dr melodi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Next
Boooring
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:11 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 24-7-2021 06:23 PM
cara dia post statement nmpk mcm dia risau la takde payment dr melodi lg
dah le baru masuk rumah  ...

rumah awal dah siap ke kaka? iols pun tak tahu

elok ler tu cari plan b siap2... takut duduk dalam umah suwei tu habis semuanya lingkup cermin pun boleh jatuh...
rumah orang lain perabot melamine je pun 11 tahun boleh tahan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bos besar baru media prima mmg tgh buat pecat besar2 ran ke.. Habis kena tamat kontrak. Nasib lah.. Dah la time tgh xde kije ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman teknologi.. Video call pun leh.. Tanya khabar hari2 pun leh.. Kalo dulu2 umah yg takda telepon kena tulis surat tanya khabar
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 24-7-2021 09:11 PM
rumah awal dah siap ke kaka? iols pun tak tahu

elok ler tu cari plan b siap2... takut dudu ...

iols pun x folo story psl heshe nak saman2 ID tu lps kecoh2 dulu
harus la heshe susah hati nak menten kos bulanan.dah sendiri yg pi set target ala2 T20 nak join grup orka.kawan2 dia yg lain mcm sazzy,dynas tu sume sah2 la anak orka sejak lahir and rumah parents depa pun ada swiming pool bagai.

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:25 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 24-7-2021 10:06 PM
iols pun x folo story psl heshe nak saman2 ID tu lps kecoh2 dulu
harus la heshe susah hati nak me ...

kesian pula dengan dek awalina walaupun beli rumah lelong...dah la rumah tu macam ada tanda2 rumah yang tak sesuai untuk di duduki...
orang lain pasang cermin beli kat mr diy tahan sampai 5 tahun lebih.. istana kokdiang dia baru pasang tak sampai berapa bulan dah jatuh...
macam dia sendiri kata la kalau pkp sampai setahun maka roboh la rumah tu

tu la gigih nak renovate2... lepastu nak perfectionist sangat renovate rumah... ujung2 habis duit jah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 24-7-2021 06:23 PM
cara dia post statement nmpk mcm dia risau la takde payment dr melodi lg
dah le baru masuk rumah  ...

Ooo aku bru bca ig post dia..kira anytime je la eh boleh tamatkan kontrak mcm tusapa agaknya in house talent yg akan gnti awal ni..awal mengacara ok..janna aku x suka hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 24-7-2021 09:14 PM
Bos besar baru media prima mmg tgh buat pecat besar2 ran ke.. Habis kena tamat kontrak. Nasib lah..  ...

Ya MP mmg tgh restructure
Banyak department terlibat
My friend pun tengah tunggu untung nasib ni


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2021 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 24-7-2021 10:29 PM
Ooo aku bru bca ig post dia..kira anytime je la eh boleh tamatkan kontrak mcm tusapa agaknya in  ...

Kata in house talent.. hujung2 Nabila Huda.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list