Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
12Next
Return to list New
1615
View
26
Reply

[Tempatan] Gaya kerja hibrib (gabungan pejabat dan kerja jarak jauh) dijangka diteruskan di Malaysia dan seluruh dunia

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-6-2021 01:30 AM | Show all posts |Read mode
Gaya kerja hibrib dijangka diteruskan di Malaysia
| | 23 Jun 2021


KUALA LUMPUR - Model kerja hibrid, yang menggabungkan pejabat dan kerja jarak jauh, telah menjadi norma baharu di Malaysia dan dijangka diteruskan selepas Covid-19.

Pengarah Urusan Cisco Malaysia Albert Chai berkata, hampir 90 peratus pekerja di Malaysia ingin mempunyai pilihan untuk bekerja sama ada dari rumah atau pejabat.

Saya berpendapat organisasi dan syarikat telah menerima bukan hanya untuk mengekalkan pekerja tetapi juga untuk menarik golongan milenial dan tenaga kerja pada masa depan yang kita ada dalam pasaran. Kerja pada masa depan akan bersifat global dan hibrid sepenuhnya, katanya pada taklimat media secara maya mengenai Powering the Future of Hybrid Work in Malaysia, di sini.

Beliau berkata, minat juga dapat dilihat melalui penggunaan Webex Suite Cisco di Malaysia, apabila pertumbuhan tiga angka dicatatkan pada 2020.

Saya ingin berkongsi beberapa kajian kes, yang amat menarik. Dalam kita berbincang, kita membolehkan satu daripada entiti kerajaan yang amat besar untuk membantu mereka yang menganggur di negara ini mencari pekerjaan dalam tempoh sukar ini.

Webex mengukuhkan pengambilan pekerja secara besar-besaran untuk agensi. Kami turut bekerjasama dengan kerajaan dalam bidang pendidikan dan kami mengekalkan separuh daripada universiti untuk beroperasi sepanjang tempoh Covid-19, katanya.

Sekurang-kurangnya 10 daripada 20 universiti, institusi perbankan dan syarikat utiliti di Malaysia menggunakan Webex Suite.

Pengarah Urusan Kerjasama bagi Asia Pasifik, Jepun dan China di Cisco, S. Hariharan berkata, entiti pendidikan turut memberi maklum balas yang baik terhadap keperluan kepada pembelajaran hibrid, justeru, syarikat teknologi maklumat dan rangkaian berminat untuk memperluas pengalamannya dengan memperoleh Involvio.

Beliau berkata, Cisco berhasrat untuk memperoleh Involvio, sebuah syarikat yang bekerjasama dengan penyedia perisian pendidikan utama melibatkan platform libat urus pelajar yang diperkasakan oleh Webex Meeting. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mmg sesuai utk generasi muda zaman skrg
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
bye2 webex.. company i dah bertukar guna microsoft teams and gotowebinar..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu..bila aku perkenalkan rawatan jarak jauh.. ada perawat yg mengata aku sbgai guna jin etc.. skrg ni.. masa pkp..mana boleh buat rawatan depan depan..tambahan nk sentuh bagai.. jadi, cara terbaik ialah..rawatan jarak jauh la beb..

yg mengata aku dlu, skrg dh buat jarak jauh jg ke.. kot la jin dh hilang sb pkp..
lain kali..jgn mudah mengata kan dh kena btg idung sdri..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklahcuteII replied at 24-6-2021 08:29 AM
dulu..bila aku perkenalkan rawatan jarak jauh.. ada perawat yg mengata aku sbgai guna jin etc.. skrg ...

ms zmn sblm pdpr pun org yg mengata sohai home school anak2 pun sama..hahaha..skrg semua da kne follow sohai homeschool anak2 sdiri..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 09:15 AM | Show all posts
Co aku memang dah nak implement selang semi wfh dan wfo sebelum covidpun cuma virus yg tak habis2 ni akan percepatkan proseslah. Utk aku personally, lagi produktif wfh, setiap jam di pergunakan. Klu wfo, 2 jam aje terbuang atas jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
sitisitu25 replied at 24-6-2021 08:58 AM
ms zmn sblm pdpr pun org yg mengata sohai home school anak2 pun sama..hahaha..skrg semua da kne fo ...

At least homeschool kami guided by teachers...ada googke met..ada buku teks...at leasssttt kami xajar ank2 kami bumi tuh leper....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ciklahcuteII replied at 24-6-2021 08:29 AM
dulu..bila aku perkenalkan rawatan jarak jauh.. ada perawat yg mengata aku sbgai guna jin etc.. skrg ...

Muahahahahaha.. Yap.. Ramai aku tgk org yg suka mengata org lain.. Kena setempek balik pada diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 09:40 AM | Show all posts
krisp replied at 24-6-2021 09:15 AM
Co aku memang dah nak implement selang semi wfh dan wfo sebelum covidpun cuma virus yg tak habis2 ni ...

aku pon rasa wfh sangat produktif berbanding wfo.

Aku jimat 2 jam dalam 1 hari. Kalau x tu.. 2 jam tu spend untuk hadap jem pegi keje n balik..
kt rumah.. by 9am aku dah dok depan pc ready buat keje.. klau kt ofis.. 9am tu masih terhegeh2 nk bancuh kopi.. on pc.. ada masanya belum sampai ofis pon lagi..  kol 5 dah prepare nak balik pulak.. berebut2 nak ambik anak dr taska..


kesimpulan.. aku keluar rumah kol 8am.. sampai rumah kol 6.30pm untuk ke ofis.
wfh.. aku cuma perlukan 9am-5.30pm sahaja...  itupon mostly kol 6 baru off pc sebab tak perlu kelam kabut nak ambil anak..

tak bazir masa spend time gi lunch... aku makan apa aje ngap ngap kejap aje.. tak sampai sejam pon smua tu...

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
habisla ruang sewa pejabat x laku
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 09:50 AM | Show all posts
talapia replied at 24-6-2021 09:40 AM
aku pon rasa wfh sangat produktif berbanding wfo.

Aku jimat 2 jam dalam 1 hari. Kalau x tu.. 2  ...

Aku pulak sepanjang pkp wfh ni, lepas solat subuh terus on laptop, layanlah apa2 email dan laptop akan remain on sampai sebelum aku masuk tidur. Klu aku wfo keje aku mmg strictly 9-5.30pm, jgn haraplah aku nak bukak laptop lagi kat rumah.

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 10:19 AM | Show all posts
krisp replied at 24-6-2021 09:50 AM
Aku pulak sepanjang pkp wfh ni, lepas solat subuh terus on laptop, layanlah apa2 email dan laptop  ...

ni 1 masalah kalau wfh... takde border antara working hours dgn personal space. Kalau ikutkan aku boleh jadi gitu gak.. tapi aku tak terikut2 sebab aku ada anak2 yg nak dilayan dan diberi perhatian di luar working hours. So aku strictly follow working hours tu.


Masa pkp 1 dulu aku terikut2.. kol 2 pagi masih on pc buat support bagai. Now tidak2..  wfh gonna be a new norm.. and aku taknak sacrifice family life aku. haha... gitu.. so now.. kol 6 aku bawak anak2 main kat depan rumah.. layan main air ke apa kejap.. malam setelkan keje rumah... sambil2 submit segala keje pdpr anak2 yang ter missed. hahaha..


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 10:33 AM | Show all posts
yes.. betul sangat tu. wfh ni banyak masa kita dengan anak. kalau tak tu berjam buang masa atas jalan sebab jem. skrg ni habis keje dah boleh kopi2 minum petang kejap, matahari dah teduh jom bawak anak main kat luar.. brisk walking ke, apa2 jelah sambil menunggu maghrib. aku suka kehidupan aku skrg, lebih sihat dan tak rasa macam robot sangat
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 10:37 AM | Show all posts
krisp replied at 24-6-2021 09:50 AM
Aku pulak sepanjang pkp wfh ni, lepas solat subuh terus on laptop, layanlah apa2 email dan laptop  ...

same here. iols memang kalau kat office strictly working hours only 7.30am-4.30pm. so after 4.30pm, orang takkan expect iols to respond to them. tapi wfh, boss i lak jenis login almost lunch time. pastu dia expect iols akan work late cam dia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 24-6-2021 09:40 AM
aku pon rasa wfh sangat produktif berbanding wfo.

Aku jimat 2 jam dalam 1 hari. Kalau x tu.. 2  ...

opis kitaorg pun boss ckp camni.jimat 2jam sehari..n wfh lg productive utk team kami..maybe sb team aku ni byk bapak2..pastu yg ppuan either bujang, xde anak lagi..or mcm aku anak2 yg da beso ni mmg boleh la productive kan even kat umah pun..senang citer bila wfh ni staff lg berlumba2 nk buktikan productive sb nk tunjuk kat mgt wfh lg better than wfo..last yr mgt kata smpi abis pkp je wfh je..tp since tgk ok je wfh..bil2 elec pun jimat kat opis nun..smbg lg wfh kitaorg ni smpi thn dpn..syukur..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 12:18 PM | Show all posts
LoveSungmin replied at 24-6-2021 04:12 AM
bye2 webex.. company i dah bertukar guna microsoft teams and gotowebinar..

Tengah mencuba Webex. Rasa x best berbanding Zoom.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
WFH sangat sorgawi dunia jika pelajar2 akak reti WFH macam akak.

Akak mesej, tak balas.

Akak call, tak angkat.

Akak maki, buat bodo.

Ade gak la yang respon lepas berulangkali dipaksa buat kerja, tapi sikit.

Akak dah bagitau meka, dunia ni jahat. If ko takda harta, takda pelajaran, rupa pun biasa2 apetah lagik hodoh macam Stinkngok, hidup ko susah. Dunia ni akan sangat jahat pada ko.

Semoga stodens seluruh tanahair hado keinsafan, termasuk mak pak yang soh anak kuar bekerja carik duit untuk keluarga banding blaja semasa PdPr ini (apo ngkau nak anak ngkau sambung berketurunan2 idop miskin macam ngkau?).
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Foreign countries dah lama apply...msia jah masih sepi... Sbb tu diorg bole beli umah kt Carribbean tp company kt US...

#akibatlayanhgtv
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
hybriD kot

opis meols akan implement benda ni taun depan kata nya untuk sesapa yang dah vaksin..yang tak register tu hang mereput wfh sampai 2023
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 24-6-2021 12:25 PM
WFH sangat sorgawi dunia jika pelajar2 akak reti WFH macam akak.

Akak mesej, tak balas.

iols baru je baca ss sorang cikgu tak halalkan ilmu kat stodent..kes nya macam ni la, semua tak join kelas sebab subjek tak penting kata nya..kesian jugak kat cikgu tapi bebudak skang ni memang lack of common sense..main tiktok pandai
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list