Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
277
View
1
Reply

[Sarawak] Covid-19 04/06/2021

[Copy link]

Author: Vellfire       Show all posts   Read mode

Author
Post time 5-6-2021 03:55 PM | Show all posts |Read mode
COVID-19: Lima kematian, 706 kes baharu di Sarawak
KUCHING: Lima kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah kematian kini seramai 316 orang.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata kesemua lima kematian melibatkan lelaki berumur antara 43 hingga 69 tahun.
Dua daripada kematian direkodkan di Hospital Sibu dan masing-masing satu di Hospital Sri Aman, Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri.
JPBNS turut memaklumkan sebanyak 706 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini dengan 395 kes dikesan di Daerah Kuching, Sibu dan Miri.

Kuching katanya merekodkan kes harian tertinggi (167) diikuti Sibu (115), Miri (113), Sri Aman (50), Kapit (43), Bintulu (40), Samarahan (32), Subis (27), Mukah (19), Selangau (18) dan Beluru (18).

Manakala lain-lain kes dikesan di Kanowit (8), Lundu (8), Meradong (7), Kabong (5), Asajaya (5), Lubok Antu (4), Dalat (4), Bau (3), Sarikei (3), Tanjung Manis (3), Lawas (2), Sebauh (2), Tatau (2), Serian (2), Matu (2) Song (1), Simunjan (1), Julau (1) dan Limbang (1) menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 49,920.
Daripada 706 kes baharu yang dilaporkan 557 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 dan 60 kes merupakan lain-lain saringan di fasiliti kesihatan.
Manakala 47 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan, 39 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada dan tiga kes Import B, katanya.
Dalam pada itu terdapat 603 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih atau dibenarkan discaj setakat hari ini adalah seramai 40,968 orang.
Jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 8,525 orang.
Manakala, seramai 706 orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang menunggu keputusan ujian makmal.

Utusan borneo 04/06/2021


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 5-6-2021 03:59 PM | Show all posts
Kluster Jalan Muara, babitkan premis perniagaan sarang burung

KUCHING: Kluster Jalan Muara, Kuching diisytiharkan melibatkan sebuah premis perniagaan sarang burung di Jalan Muara, Tabuan di sini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata kluster tempat kerja ini berpunca dari komuniti dan merebak dalam kalangan pekerja premis tersebut.

Sejumlah 108 individu telah disaring di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 60 kes didapati negatif dan 33 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif COVID-19 ini telah dirujuk dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan PKRC di Daerah Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut, katanya.

JPBNS turut memaklumkan dua kluster ditamatkan iaitu Kluster Sungai Banus di Selangau dan Kluster Blok D Jalan Pending di Kuching.

Penamatan kluster ini dibuat setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan dua kluster ini.

Jumlah kluster yang masih aktif adalah sebanyak 77 kluster dengan 11 kluster merekodkan 39 penambahan kes baharu manakala 66 kluster tidak merekodkan penambahan kes.

Dalam pada itu daerah Pusa dan Saratok telah kembali ke status Jingga daripada status Merah setelah setelah masing-masing merekodkan 39 dan 33 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini menjadikan jumlah daerah berstatus Merah telah berkurang kepada 28 daerah mankala daerah berstatus Jingga kini lima termasuk Song, Sebauh dan Kabong selain Pusa dan Saratok.

Manakala enam daerah iaitu Lawas, Daro, Tebedu, Limbang, Matu dan Lundu kekal berstatus Kuning dan satu daerah iaitu Telang Usan kekal berstatus Hijau.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list