Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
6767
View
97
Reply

[Tempatan] Kluster Dah Lengkuas : Bas rombongan dari Alor Setar-Genting Highlands 16 dari 28 penumpang positif

[Copy link]

Author: R2D2    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 19-5-2021 12:12 AM | Show all posts |Read mode
Pelancong positif Covid-19 selepas pulang dari Genting Highlands
Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sedang melakukan pengesanan kontak rapat rombongan pelancong dari Alor Setar ke pusat peranginan Genting Highlands selepas terdapat individu didapati positif Covid-19 dalam kalangan mereka.

Difahamkan, kumpulan yang terbabit dalam gelembung pelancongan melakukan perjalanan menaiki bas pada pertengahan April lalu, sebelum mereka mula dikesan positif Covid-19 pada 30 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata ujian saringan setakat 7 Mei lalu, mengesan 16 individu disahkan positif selepas ujian dilakukan ke atas 28 pelancong.

Jelasnya, kes positif berkenaan diletak di bawah Kluster Dah Lengkuas berikutan kebanyakan mereka adalah membabitkan penduduk tempatan yang tinggal di Taman Lengkuas, Simpang Empat, di sini.

"Kluster Dah Lengkuas ini adalah mereka yang melakukan perjalanan di bawah gelembung pelancongan ke Genting Highlands dengan menaiki bas secara beramai-ramai.

"Selepas pulang, ada peserta rombongan yang menjalani ujian saringan Covid-19 dan pada peringkat awal seramai tujuh individu didapati positif menyebabkan usaha mengesan kontak rapat terus dilakukan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas mengenai jumlah sebenar penduduk yang ke terbabit dalam perjalanan ke Genting Highlands berkenaan, Dr Mohd Hayati memaklumkan setakat ini beliau dimaklumkan hanya membabitkan sebuah bas sahaja.

"Saya dimaklumkan JKN Kedah sedang siasat penumpang sebuah bas sahaja, tetapi kita akan cuba kesan semua kontak rapat yang lain juga.

"Sehingga kini, kita belum dapat tahu jumlah sebenar mereka yang positif kerana proses ujian saringan masih dilakukan," katanya.

Semalam, tular di media sosial apabila terdapat peserta rombongan yang didakwa dibawa menaiki empat bas ke Genting Highlands didapati positif Covid-19 sebelum menyebabkan jangkitan kepada ahli keluarga dan pengunjung pasar malam.


Disiarkan pada: Mei 18, 2021 @ 6:24pm
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 19-5-2021 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sop bodoh. Naik kereta 1 family x blh. Naik bas rmi2 dgn org x dikenali blh. Aku malu sial dgn kwn2 yg bkn melayu bila dia tgk pemimpin melayu urus covid ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpe.. positive sbb nak merancakkan ekonomi kan..tahniahhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kluster pelancongan.
Travel dgn kete tak dibenarkan..alih2 dgn travel
agensi boleh pulakkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh viral br masuk news. Idak kalu berita mcm ni sumbat bawah tilam jah
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya mampu berdoa  agar kita semua dijahui dari berita yang tak berapa sedap ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:40 AM | Show all posts
patutlah kes di Kedah mencanak2 naik..dgn ada bahagian yg PKPD lg.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Apakehei bas masih operate time covid bertimpa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:52 AM | Show all posts
Bukan ke segala aktiviti pelancongan rentas negeri dah tak dibenarkan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:53 AM | Show all posts
green~tea replied at 19-5-2021 12:45 AM
Apakehei bas masih operate time covid bertimpa ni?

tanya jer

ni bas pergi genting highland, bas bawa rombongan orang nak berjudi ke?

theme park buka ke dkt genting tu sekarang?

ada aktiviti apa lagi dekat atas tu selain berjudi sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Kluster Judi?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke ni?
FB_IMG_1621322471845.jpg
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 19-5-2021 12:54 AM | Show all posts
KLUSTER DAH LENGKUAS
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Setar di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-408555) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 April 2021 hasil saringan kendiri. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Lengkuas, Simpang Empat, Alor Setar. Sehingga 7 Mei 2021, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


59a5534f7997065edd2fe8dc30777e3f99986d6c-klusterbaruharian18.jpg

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
ya allah, biar betul. tak sampai satu km dari umah aku nih. taguna la korang nih, aku dah macam kera sumbang punyalah patuh sop bagai, korang happy2 gi bercuti pastu bawak balik penyakit kat sini? celaka
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa kesian plak bila baca naik bas rombongan g genting, iols imagine mesti pakat excited blk genting throwback gmbr jln2 genting kt fb pun tak puas lagi alih2 ade kwn rombongan kene cobid. Bertabah lah berani ambik risiko berani tanggung
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 19-5-2021 12:53 AM
Betul ke ni?

Jadah gila kalau betul..
Time2 covid ni boleh plak judi buka..
Dahtu bw balik pnykit..bodo la weyyy..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah..bodonya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Voyagers replied at 19-5-2021 12:53 AM
tanya jer

ni bas pergi genting highland, bas bawa rombongan orang nak berjudi ke?

Macam2 laa aktiviti aneh zaman covid..

Cluster judi la.. cluster achik zumba la... cluster pakcik solat masjid tutup lampu takut kantoi terlebih jemaah la..

And yet kita dah 2 tahun beraya krik krik dalam rumah nak jumpa mak pak sendiri pun payah.. sampai level ayah meninggal lah, nak jaga dia kat spital pun kemain swab test apa bagai dulu...

Bullshit la semua pelangkawi SOP ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 19-5-2021 12:53 AM
Betul ke ni?

betul la ni..last week lagi dah weols dah dengar pasal ni..dah ada yang mati pon

lagi satu kluster baru punca dari masjid/surau tak viral lagi kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 19-5-2021 01:22 AM
Macam2 laa aktiviti aneh zaman covid..

Cluster judi la.. cluster achik zumba la... cluster pak ...

kluster achik zumba kat mana? tak perasan pula yang ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list