Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
20508
View
422
Reply

[Tempatan] 6 daerah di Selangor kena PKP mulai 6 Mei-17 Mei UPDATE. Orang KL kena kepong #271

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-5-2021 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 5-5-2021 07:11 AM

Dua kerajaan negeri mohon PKP dilaksana
Oleh Irwan Shafrizan Ismail - Mei 3, 2021 @ 10:05pm

PUTRAJAYA: Beberapa kerajaan negeri hari ini memohon secara terbuka dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kembali di negeri berkenaan.

Perkara itu didedahkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang permohonan itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Khas MKN COVID-19 dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Sekurang-kurangnya dua negeri hari ini membuat permohonan dan rayuan supaya segera kembali semula kepada PKP.

"Permohonan dari dua negeri itu kerana jumlah peningkatan kes tinggi dan kebarangkalian akan terus meningkat.
"Ada negeri yang merasakan kapasiti kemudahan termasuk katil hospital yang hampir mencapai lebih 80 peratus, maka mereka mahu ambil langkah berjaga-jaga," katanya selepas Program Prihatin Ramadan Wilayah Persekutuan, malam ini.

Annuar berkata, MKN bagaimanapun mengambil langkah untuk meneliti secara mendalam permohonan itu dengan mengambil kira kepentingan mengekalkan keseimbangan antara kehidupan dan nyawa rakyat.

"Permohonan itu akan dibincangkan Jawatankuasa Teknikal MKN dan pengumuman lanjut akan dibuat Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya.

Ditanya sama ada Kuala Lumpur turut memohon, beliau berkata pihaknya berharap beberapa lokaliti diletakkan dalam PKP bersasar.

"Bagi pihak Jawatankuasa Keselamatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kita merasakan perlu lebih berhati-hati , bermakna kita akan lihat di mana kawasan dan tempat yang mana perlu diperketat PKP, kita akan perketatkan," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-5-2021 10:53 PM | Show all posts
mesti kerajaan negeri tu penat dah dgn rakyat sendiri degil tk mau patuh arahan.
aku rasa mcm tau je negeri mana
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah nak berahsia sangatlah. Sebut jela nama negeri tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pkp ke pkpb ke sama je kan
Kat kedah nun sama je boleh g keje g bazar bagai
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:27 PM | Show all posts
PKP 3.0 Kat Kedah cam pelaq...
bazar pun bercambah orang...
bawak anak pun ada...

karut
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2021 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
selangor dengan sarawak ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 3-5-2021 11:27 PM
PKP 3.0 Kat Kedah cam pelaq...
bazar pun bercambah orang...
bawak anak pun ada...

Serius? Aku x tau sebab aku x keluar rumah.. Hanat betul..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 4-5-2021 12:21 AM
Serius? Aku x tau sebab aku x keluar rumah.. Hanat betul..

Tang stadium pun ramai gak org
Kat pknk pun sama
Atas jalan pun berlambak kereta
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
najib888 replied at 4-5-2021 12:40 AM
Tang stadium pun ramai gak org
Kat pknk pun sama
Atas jalan pun berlambak kereta

Mcm mana nak kurang.. Drama betul peniaga stadium.. Aku tgk kat IG katanya x boleh berniaga.. Hamboiii.. Luku baru tau.. Aku baru plan nak cuti Jumaat ni nak pi cari seluar raya kat tesco.. Dah ramai mcm ni.. Aku cancel la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:16 AM | Show all posts
sarah82 replied at 4-5-2021 12:44 AM
Mcm mana nak kurang.. Drama betul peniaga stadium.. Aku tgk kat IG katanya x boleh berniaga.. Hamb ...



situasi kt bazar stadium darul aman:

1- waktu siang

  

2-waktu malam

  

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 4-5-2021 01:16 AM
situasi kt bazar stadium darul aman:

1- waktu siang

Hanat laaa.. Lepas tu bising bila kena PKP.. Depa ni mmg mencari pasal..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 4-5-2021 01:16 AM
situasi kt bazar stadium darul aman:

1- waktu siang

Katil icu kat kedah dah 70% penuh oiii..tak takut ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Otak selfish i menginginkan PKP1.0 macam dulu tapi memikirkan yg pekerja2 miskin akan jadi lagi miskin, i kesian pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehe mcm gossip pulak nk kena decode siapa negeri tu

Tt xde clue ke siapa OKG tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:28 AM | Show all posts
shara154 replied at 3-5-2021 11:14 PM
Pkp ke pkpb ke sama je kan
Kat kedah nun sama je boleh g keje g bazar bagai

PKP ni kalau raya lah terasa.. Tak dapek rentas daerah.......... Saya tengah tunggu pengumuman hari ni kul 5 nanti samada Johor PKP ke idak.. Kalau PKP, maka untuk kedua kali lah den tak balik raya kek kampung..... Tapi den dah redha, cuma anak2 je lah yg bising x dapek nak balik kg..........
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Gov mmg bangang. Policy, pelaksanaan, enforcement dan bantuan mmg ikut sedap. Nak buat apa2, mcm sembang kedai kopi. Tak da langsung study and baik pulih.

Rakyat?? Pun ikut bangang. Sikitsikit nak komplen. Nak patuh sop tu jauh sekali. Tak pyh tgk jauhlah. Tgk je lah bazaar ramadhan dan aidilfitri. Bershopping mcm esok lusa nak mati. Masing masing kebal covid agaknya.

Bila tutup bazaar, rakyat komplen x blh shopping.. Tutup rezeki katanya. Padahal, bukaklah bazaar tu. Tapi...nak order wajib guna food panda, grab etc. At least, rezeki peniaga kecil terjamin, buka peluang baru mana2 yg hilang kerja utk jadi rider food panda or grab dan rakyat pun tak kebulur kalau x ada bazaar.

Covid ni nak lawan, semua kena bersatu. Tak blhlah pelaksaan separuh masak dan degil.

Sekian,
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo camtu picca report la kasi tutup.itu dah sah sah langgar sop walo tempat terbuka.bazar kat tmpt aku ni pintu masuk mmg ada pbt jaga.so semua behave jah..baby semua x dak..cuma ada jah budak sekolah rendah masuk sendiri sendiri walhal budak 12 kebawah x masuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2021 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 4-5-2021 05:28 AM
PKP ni kalau raya lah terasa.. Tak dapek rentas daerah.......... Saya tengah tunggu pengumuman har ...

harini ke announcement? tak kisah la pkp pun malas nak fikir dah semua kaum kerabat lain negeri.huhu. janji inform awal sikit. raya ni dah booked otel, kalau tak dpt rentas daerah nak kene tukar date la nampaknya. mereput la anak branak dlm umah mkn juadah raya tebongkang depan tv tgk muvi.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-5-2021 06:47 AM | Show all posts
songhara1226 replied at 4-5-2021 05:24 AM
Hehe mcm gossip pulak nk kena decode siapa negeri tu

Tt xde clue ke siapa OKG tu

Selangor semestinya dlm senarai
pasal setiap hari dia lah Juara segala carta



Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-5-2021 07:05 AM | Show all posts
Screenshot 2021-05-04 070430.jpg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list