Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
388
View
0
Reply

'Kewujudan Man United untuk memenangi trofi'

[Copy link]

Author: Raline       Show all posts   Read mode

Author
Post time 7-4-2021 12:33 PM | Show all posts |Read mode
'Kewujudan Man United untuk memenangi trofi'


FERNANDES menjadi watak penting kepada kebangkitan Man United. FOTO AFP


London: Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes berkata kewujudan kelab itu adalah 'untuk memenangi trofi' dan menggesa rakan sepasukan mengatasi halangan di separuh akhir pada saingan yang menawarkan piala untuk menjulang kejayaan diidamkan.

Bintang antarabangsa Portugal itu menjadi watak penting sejak menyertai United dari Sporting tahun lalu apabila meledak 35 gol dan menjadi watak penting kepada 22 gol sepanjang 68 perlawanan di semua pertandingan.

Bagaimanapun dia masih belum dapat membantu juara liga sebanyak 20 kali itu untuk memenangi trofi di sebalik berjaya melangkah ke separuh akhir Piala FA dan Piala Europa pada musim lalu selain separuh akhir Piala Liga musim ini sebelum tewas kepada Manchester City.

United yang kali terakhir menjulang trofi apabila memenangi Liga Europa pada 2017, tersingkir pada suku akhir Piala FA di tangan Leicester City bulan lalu dan turut tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Disember tahun lalu.

Namun mereka masih mempunyai satu lagi peluang untuk memenangi trofi di Liga Europa apabila bakal bertemu wakil Sepanyol, Granada pada aksi suku akhir pertama, Jumaat ini.

"Kami tidak boleh memikirkan perkara lain di kelab ini. United diwujudkan untuk memenangi trofi dan kesemuanya terarah kepada itu.

"Kami melangkah ke separuh akhir Piala Liga dan tewas kepada City tetapi ia masih belum mencukupi.

"Kami perlu berada di pentas final dan memenanginya," kata Fernandes.

United kini menduduki tangga kedua Liga Perdana dan meskipun jauh ketinggalan berbanding City selaku pendahulu, Fernandes percaya dia dan rakan sepasukan sudah mempamerkan peningkatan musim ini, terutamanya selepas tewas tiga daripada empat aksi awal di tempat sendiri, termasuk dimalukan 1-6 oleh Tottenham Hotspur.

"Kami tidak boleh mencicirkan mata lagi seperti yang berlaku di awal musim di halaman sendiri," katanya.

Sumber : https://www.hmetro.com.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list