Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
946
View
12
Reply

[Tempatan] Najib perjelas dakwaan sokongan kepada Anwar

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-10-2020 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Najib perjelas dakwaan sokongan kepada Anwar

https://www.kosmo.com.my/2020/10 ... ongan-kepada-anwar/

Oleh AHMAD MUSTAKIM ZULKIFLI
26 Oktober 2020, 10:34 pm


Najib ketika hadir pada mesyuarat pemimpin Barisan Nasional di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

KUALA LUMPUR- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menepis dakwaan sebuah portal bahawa beliau meminta UMNO memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, UMNO perlu berunding dengan parti-parti politik lain termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika UMNO masih tidak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan Perikatan Nasional selepas apa yang berlaku di Sabah.

Namun, cadangan saya ada syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan melibatkan parti DAP. Ini ditegas beberapa kali dalam mesyuarat hari ini.

Saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada bulan Februari lalu walaupun pada masa itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan musuh kita yang banyak mengambil Ahli-ahli Parlimen UMNO, kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15? katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook beliau.

Najib menjawab dakwaan portal Malaysia Now yang mengatakan beliau mencadangkan UMNO bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Ujar Ahli Parlimen Pekan itu, syarat-syarat tersebut termasuk membuka jalan untuk UMNO mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi yang pada masa kini dimonopoli PPBM.

Jelas beliau, perkara itu merupakan cadangan kedua beliau.

Cadangan pertama saya adalah untuk UMNO mendesak satu tarikh yang tetap untuk PRU pada masa hadapan selepas Covid-19 terkawal, katanya.

Tegas Najib, PRU merupakan pilihan terbaik untuk negara memandangkan majoriti yang tipis kerajaan PN adalah punca politik tidak stabil pada ketika ini .

Ini juga akan menyebabkan pelabur tidak yakin dengan negara sebab mereka akan bimbang untuk melabur jika kerajaan akan tumbang pada bila-bila masa, katanya. C K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 27-10-2020 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Makhluk yg 12 years inprisonment in awaiting...

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sekufu la... lg pun dia yg pecat muhyidin.
dua2 pun dibaham dgn Tun.
hidup ni umpama roda..
kejap kat atas . kejap kat bawah tp ada yg asyik berputar-putar je.. tkde rezeki ler tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 11:36 AM | Show all posts
so bossque dapat pengampunan ker tak tu....
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cover jgn tak cover
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 11:46 AM | Show all posts
oops,
terluah plak sokongan pada bang non.

agak2 ada sapa2 berani kecam tak??

Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 11:51 AM | Show all posts
bangcak replied at 27-10-2020 11:46 AM
oops,
terluah plak sokongan pada bang non.

Ramai cybertrooper dalam socmed pun sokom bossku berbanding jawa, kita tengok aje lah sejauh mana2 diorang boleh pergi. bossku walaupun dah takde jawatan tapi pengaruh dia agak besar.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 01:48 PM | Show all posts
Dunhill. replied at 27-10-2020 11:51 AM
Ramai cybertrooper dalam socmed pun sokom bossku berbanding jawa, kita tengok aje lah sejauh mana2 ...

pemimpin buat u-turn, macai yg pening terkulat2 nak jawab.
mula2 terpaksa muafakat dgn parti yg haramkan deyol.
itu bleh bg alasan, takpe la. sesama islam.

pastu dtg plak pengkhianat yg dulu penghina kuat umngok.
pahit makian pon telan je walaupon najib kene boo atas pentas.

bila tanya, nape pengkhianat yg sekelumit tu dominan dari
umngok yg majoriti?
macai jwb takpe la janji berkuasa.

ujong2 bossko luahkan sokong bangnon.
... ... ... macai terkebil2 taktau nak jawab dah.


Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 01:50 PM | Show all posts
apa beza MCA dgan DAP thou?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut logik macai, najib nak join anwar sebab najib mahu dibebaskan..

Maksudnya sekarang abah bersih lah kan taknak najib bebas senang2? Anwar pulak korup lah kan sebab tawar pembebasan buat najib?

Acaner tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak heran po  kalau najib sokong anwar

Yang bangkem heran, macai2 DAP bersusah payah pikat umno dan no hal kalau umno bekerjasama dengan DAP..

Jenis tak tau malu memang begitew
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2020 03:17 PM | Show all posts
bangcak replied at 27-10-2020 01:48 PM
pemimpin buat u-turn, macai yg pening terkulat2 nak jawab.
mula2 terpaksa muafakat dgn parti yg  ...

yes betul, tapi kebanyakan cybetrooper kurap ni langsung takde stand, yg aku nampak pegang pada prinsip ni dua tiga kerat je, yg lain tu fikir habuan je, dapat power bank isi pasir pun bersorak.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh, semoga Malaysia aman lah hendaknya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list