Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
5652
View
112
Reply

[Tempatan] Semalam IZYAN QISTINA QUSAIRI bertanya: Di mana guru selepas waktu sekolah? Hari ini NUTP balas bertanya: Di mana pula ibu bapa?

[Copy link]

Author: I.am.PH       Show all posts   Read mode

Author
Post time 29-9-2020 04:44 PM | Show all posts |Read mode

IZYAN QISTINA QUSAIRI bertanya:

Di mana guru selepas waktu sekolah?
28 September 2020, 9:00 am



SAUDARA PENGARANG,

Penularan pandemik Covid-19 masih belum berakhir, malah angka jangkitan semakin meningkat sejak kebelakangan ini sekali gus amat merisaukan.

Walaupun tiada tanda untuk pulih, orang ramai tetap mengambil kesempatan untuk bercuti di dalam negara.

Ya, ia amat bagus dalam membantu ekonomi untuk pulih, namun apa yang dirisaukan adalah kemungkinan virus itu berjangkit amat tinggi terutama melibatkan kanak-kanak.

Apabila di sekolah, kanak-kanak ini bergaul sehingga lupa pesanan untuk menjaga penjarakan sosial dan tidak menyentuh sesama mereka.

Lihat sahaja cara mereka bermain dan berbual selepas tamat sesi persekolahan, langsung tidak akur kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.

Tiada pula kelihatan guru mengawal atau memantau pelajar di luar sekolah yang agak bebas bergaul dan bermain.

Bukan hendak menyalahkan guru yang terbeban dengan tanggungjawab mengajar, namun sekiranya ada pemantauan daripada pihak sekolah, kemungkinan pelajar akan lebih patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ini kerana kita tidak pasti pergaulan pelajar di luar sekolah, ke mana mereka pergi dan berjumpa dengan siapa sekali gus kebolehjangkitan itu amat tinggi.
Justeru, amat penting untuk pihak sekolah sentiasa berwaspada dan meningkatkan peraturan terutama ketika wabak ini masih berada pada tahap merisaukan.

IZYAN QISTINA QUSAIRI
Ampang, Selangor


Setelah itu NUTP pula bertanya:

Di mana pula ibu bapa? C tanya NUTP
2020-09-29



KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mempersoalkan motif seorang wanita yang mempertikai guru tidak mengawal dan memantau pelajar selepas waktu sekolah, seperti disiarkan sebuah akhbar yang kemudian tular di media sosial.

Menerusi artikel ditulis Izyan Qistina Qusairi, turut disertakan gambar beberapa pelajar berjalan beriringan di luar pagar sekolah tanpa kelibat guru.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock menerusi kenyataan hari ini mempertikaikan masa gambar tersebut diambil iaitu setelah lama pelajar dilepaskan dan tidak berebut meninggalkan sekolah.

Justeru, katanya, tidak adil sekiranya guru dihakimi hanya melalui gambar tersebut kerana tugas guru menjaga pelajar telah lama apabila semua urusan di sekolah selesai.

Urusan antara guru dan pelajar hanya bermula dl pintu pagar utama dan berakhir di tempat yang sama mengikut waktu yang telah ditetapkan.

Justeru, NUTP ingin bertanya kepada masyarakat, di manakah ibu bapa yang sepatutnya membawa anak-anak mereka pulang dan bukan melepaskan tanggungjawab tersebut kepada guru sahaja?, katanya.

Beliau berkata, tugas guru bermula sebelum fajar menyinsing iaitu berdiri dan menyambut kedatangan pelajar, memastikan suhu badan diambil setiap hari mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Guru juga, katanya, memastikan pelajar berada dalam keadaan selesa di bilik darjah, selain merupakan individu yang sentiasa memberi dorongan, galakan dan peringatan kepada murid.

Semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) rancak berjalan, guru menyelesaikan beberapa perkara penting seperti kes ponteng, disiplin pelajar, pelajar berkeliaran di sekolah, kes curi dan Iain-Iain lagi.

Namun tugas tersebut tidak hanya berhenti di situ, guru turut membuat persediaan menyambut kedatangan orang kenamaan, pegawai dari kementerian, membaiki kerosakan di tandas, bumbung sekolah dan menjaga perihal kantin dan pelbagai lagi hanya untuk memastikan keselesaan dan keselamatan pelajar ketika berada di sekolah.

Apabila tamat waktu persekolahan, guru yang dilantik untuk bertugas perlu berada di pagar sekolah bagi memastikan pelajar berjalan dan melintas jalan raya dengan selamat dan menenangkan keadaan apabila pelajar bergegas hendak pulang dari sekolah, katanya. C Malaysiapost


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 29-9-2020 04:48 PM | Show all posts
Gara-Gara Satu Artikel! Ramai Cikgu Naik Angin Hari Ini, Penat Asyik Dipersalahkan
28 September 2020



Hari ini viral nama Izyan Qistina Qusairi di kalangan guru-guru.

Ini berikutan tular satu keratan akhbar yang memaparkan tajuk berjudul Di Mana Guru Selepas Waktu Sekolah? yang ditulis oleh individu ini dan disiarkan di akhbar arus perdana.

Mungkin penat kerana kesalahan sering diletakkan ke bahu para pendidik, ternyata hantaran artikel itu telah mengundang pelbagai jawapan dari para guru yang agak sinis dan sarkastik bagi menjawap di mana mereka selepas waktu sekolah.

Jujurnya, semua orang mempunyai pekerjaan dalam ruang likup tersendiri. Bolehkah selepas waktu sekolah, guru-guru tetap ditanya apa peranan mereka sedangkan saat itu pelajar sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa kerana di luar waktu sekolah?

Dan penulis memahami kenapa ramai guru angin satu badan bila dipersoalkan begitu kerana jika di dalam kawasan sekolah, ya pelajar adalah tanggungjawab guru dan pentadbir sekolah. Dan bila di luar pelajar harus menjaga SOP mereka sendiri kerana ia adalah tanggungjawab mereka juga.

Nah, korang bacalah jawapan dan pandangan guru mengenai pertanyaan ini. Remaja kongsikan luahan dan juga perkongsian seorang guru xxxan Maxxxxx mengenai artikel tersebut.



Izyan Qistina Qusairi jemput datang sekolah sebelum menulis.

Bukan nak mengungkit tapi nak beri penerangan kepada golongan ini. Jangan cepat buat konklusi dan terus menulis. Anda bukan sahabat maya saya tapi ada yang berfikiran seperti anda di sini. Hanya melihat beberapa buah sekolah terus menuduh semua guru sama.

Semenjak sekolah dibuka tugas kami bertambah. Kami perlu datang awal untuk menjaga murid sehingga masuk ke dalam kelas. Waktu rehat kami menjaga murid makan di dalam kelas. Sebelum pulang perlu bersihkan kelas. Selepas loceng akhir, guru bertugas menunggu di pondok bersama murid sehingga semua murid balik. Setelah itu baru guru pulang ke rumah. Saya sendiri pernah datang jam 12 dan pulang 7.20 malam.

Kami tak berkira dengan murid yang kami anggap sebagai anak sendiri. Tapi di mana pula tanggung jawab ibubapa? Mengapa ada yang tergamak mengambil anak lewat? Kadang-kadang siap buat muka padahal dia yang lambat ambil anak. Kalau ada pasar malam boleh singgah dulu sebelum ambil anak.

Sayang anak nasihatkan dia. Patuhi SOP kerana kita belum menang. Murid itu anak cikgu atau anak anda. Kalau semua nak harap cikgu, tukar je bin/binti dalam sijil lahir. Kalau tak tahu nak pilih cikgu mana letak je nama sekolah. Contohnya Kiah binti Sekolah. Selesai!

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-9-2020 04:49 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-9-2020 04:49 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakyam boleh bagi contoh sjkc sjkt yang dibangga2kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah bodonye kau ni izyan.. org camni gigih membiak lepas klau jd pape salahkan guru/pemandu bas/jiran/penjaga taska/ etc..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 29-9-2020 04:53 PM | Show all posts



Cikgu Izzat Johari
22 jam

[IsuCovid19] Saya terpanggil untuk menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Puan Izyan Qistina Qusairi dari Ampang, Selangor.

MURID ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB IBUBAPA SELEPAS WAKTU SEKOLAH

Diharapkan agar ada kerjasama diantara ibubapa yang cuba mempersoal di mana guru selepas waktu sekolah. Guru-guru tidak pernah mengabaikan tanggungjawab selagi mana di dalam sekolah. Sehabis baik menjaga dan mendidik anak-anak.

Cukup-cukuplah menuding jari ke atas guru semata-mata. Tanamkan sifat bekerjasama. Kita Jaga Kita, kan?

Ikhlas,

Cikgu Izzat Johari
YDP PIBG SK Inderapura
Jerantut, Pahang.


Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:55 PM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 29-9-2020 04:56 PM

Tugas hakiki guru bermula dan berakhir di pagar sekolah

roha@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menegaskan urusan antara guru dan pelajar hanya bermula dan berakhir di pintu pagar sekolah mengikut waktu yang ditetapkan.

Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock, berkata tugas guru menjaga pelajar tamat apabila semua urusan di sekolah selesai dilaksanakan.

Katanya, adalah tidak adil guru dihakimi hanya dengan sekeping gambar yang diviralkan di media massa.

Kenyataan itu sebagai menjawab surat pembaca dalam sebuah akhbar yang viral di media sosial yang seolah-olah mempersoalkan peranan guru dalam memastikan pelajar mematuhi SOP berkaitan COVID-19 selepas waktu persekolahan.

"Tugas seorang guru (ketika pandemik) bermula sebelum 'fajar menyinsing' iaitu dengan berdiri menyambut kedatangan pelajar dan memastikan suhu badan pelajar diambil setiap hari, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Guru juga pada masa sama memastikan pelajar berada dalam keadaan selesa apabila berada dalam bilik darjah.

"Selain itu, guru adalah individu yang sentiasa memberi kata-kata dorongan, galakan dan peringatan kepada murid tidak kira dari segi apa pun perkara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harry menjelaskan apabila tamat waktu persekolahan, guru yang dilantik untuk bertugas perlu berada di pagar sekolah bagi memastikan pelajar berjalan dan melintas jalan raya dengan selamat.

Guru, katanya bertindak menenangkan keadaan apabila pelajar bergegas pulang dari sekolah.

Beliau juga meminta ibu bapa lebih bertanggungjawab dan menguruskan urusan membawa anak mereka pergi dan pulang dari sekolah dan tidak melepaskan perkara itu kepada guru sahaja.

New Straits Times Press (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
gigih sgt nak pertikai cikgu jaga ke tak jaga kat luar pagar sekolah tu..tgk2 kang ko jugak yg gigih bwk anak2 gi mall,cuti2 malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutla manusia sejenis hanya melihat salah pihak skolah ni tanggungjawab memasing la
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah semua cikgu buat...tu pengasuh namanya...abis parents buat apa
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:59 PM | Show all posts
ayam PH merempan ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 04:59 PM | Show all posts
menurut nama pengadu tersebut, dia mesti berumur hujung 20an atau 30an.

bbnu parent if i must say.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:01 PM | Show all posts
sedapnya soalan dia....

mari kita tanya dia balik, di mana acik izyan sewaktu cuti rehat tengahari dan selepas waktu pejabat??

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:05 PM | Show all posts
mak bapak jenis beranak je tau..
pastu sibuk bertanding sapa lagi kaya anak sapa lagi pandai..
tapi didik anak semua campak ke cikgu..
kalau komplen/tegur anak dia, mau datang bawak parang..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mak kau ijau laaaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:12 PM | Show all posts
Mohon Izyan Qistina Qusairi berada di pintu pagar sekolah untuk memastikan SOP murid2
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:12 PM | Show all posts
Makin ramai je species macam ni suka menyalahkan orang lain tapi lupa tanggungjawab sendiri.  Bila timbul masaalah orang lain juga tetap nak disalahkan pada hal itu masaalah sendiri je.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau apa masalah parents yg selalu ambik anak lewat, tp sedih tgk budak2 tu, dah nak dkt malam, sorang2 duduk tunggu kena jemput
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
bukanomi replied at 29-9-2020 04:58 PM
Kalau dah semua cikgu buat...tu pengasuh namanya...abis parents buat apa

Parents beranak mcm tikus dan lipaasss.. hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list