Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1060
View
7
Reply

Datin Alyah banya tonton ceramah agama di Youtube

[Copy link]

Author: ashrafaiman8236       Show all posts   Read mode

Author
Post time 27-9-2020 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ashrafaiman8236 at 27-9-2020 05:01 PM

okey gak tu tonton ceramah kat youtube... byk gak ceramah2 yang menarik... ustaz Khalid Basalamah tu pun popular gak kat Indonesia


Alyah Banyak Tonton Ceramah Agama Di YouTube, Beri Motivasi Kepada Dirinya

Penyanyi popular Datin Alyah menyatakan sepanjang meluangkan banyak masa di rumah ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dia banyak menonton ceramah-ceramah agama di YouTube.

Menurut Alyah, kata-kata daripada mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi itu banyak yang boleh dipraktikkan dan memberikan motivasi kepada dirinya menerusi ceramah-ceramah yang ditontonnya itu.


Saya bukan nak kata bagus tentang agama, tetapi menerusi salah satu ceramah agama yang saya dengar, ada seorang ustaz itu memberitahu kalau nak rasa bahagia dan tenang, kena kembali semula pada agama.


Mungkin kita ini tidaklah terlalu sempurna, namun kita harus buat apa yang agama tuntut. Saya lakukan semuanya itu, terutama dari segi amalan iaitu dengan menjaga solat.


Kini, saya sudah dapat merasai perubahan dalam kehidupan, misalnya sekarang saya lebih dapat mengawal emosi dan hidup rasa lebih ceria serta tenang, jelasnya.


Alyah berkata demikian ketika ditemui semasa pelantikannya sebagai duta untuk produk Zafesha Simply yang berlangsung semalam.


Ujar Alyah, dia semakin tertarik untuk banyak mendegar ceramah agama setelah tertarik dengan ceramah agama seorang ustaz dari Indonesia iaitu ustaz Khalid Basalamah.


Jelasnya, ketenangan yang dikecapinya sekarang ini seakan-akan tidak dapat dibeli dengan segala usaha yang dilakukan selama 20 tahun berkecimpung dalam dunia seni.


Sekarang ini banyak perkara yang telah saya pelajari. Kalau dulu setiap kali ada masalah, pasti akan diluahkan di media sosial dan kini saya sedar ia satu tindakan yang tidak wajar.


Alhamdulillah saya pun dah back on track. Tidaklah kata saya ini sempurna, tetapi saya berusaha sebaik-baiknya. Apa yang menguatkan saya sekarang ini adalah agama, ujarnya.


Dalam pada itu, Alyah turut memberikan bayangan bahawa dia mungkin akan bersara dalam bidang nyanyian pada masa akan datang.


Menurutnya, secara jujur saya tidak akan menyanyi selama-lamanya. Cuma saya tidak tahu ini semua perancangan Allah.


Sudah sampai satu tahap mungkin saya akan berhenti. Ini adalah keputusan yang terbaik untuk diri saya. Atau pun kalau ia membabitkan lagu-lagu menjurus ke arah kebaikan, mungkin saya akan lakukan.


Saya pernah bagitau kepada suami nak berhenti menyanyi dan saya ditanya kembali tentangnya. Saya beritahu jiwa saya untuk menyanyi atas pentas itu dah tak ada dan sekarang ini saya dalam fasa untuk menyelesaikan kerja-kerja sahaja, jelasnya.


Mengenai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata pula, Alyah menyatakan ia memang dalam perancangannya sekarang ini memandangkan usianya yang akan mencecah 40 pada tahun hadapan. C KopiPlanet.com






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 27-9-2020 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Iman ni ada ups and downs. Masa life tengah ok kita lebih terarah untuk belajar agama, dengar ceramah after ceramah cedok ilmu

If life agak mencabar, takda feel nak tengok satu tazkirah pun


Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka tgk utube khalid basalamah, adi hidayat, dgn sorg lg x igt nama.. dulu2 masa keje kat opis slalu dgr time buat keje.. skrg bila kat rumah susah pulak sbb line internet x kuat, nak guna utk buat kerja sesambil buka youtube mmg x dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 08:36 PM | Show all posts
bagus la sebab alyah dah tak relevan pun
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 27-9-2020 05:40 PM
Iman ni ada ups and downs. Masa life tengah ok kita lebih terarah untuk belajar agama, dengar cerama ...

Sejak bila yg jiwa kau pernah ok?


kahkahkahkah...

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuku tetap hitam
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih ke bini tok ram? Senyap je skrg...mana tau dalam diam dah xde gelaran datin ke.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:56 PM | Show all posts
Saya pernah bagitau kepada suami nak berhenti menyanyi dan saya ditanya kembali tentangnya. Saya beritahu jiwa saya untuk menyanyi atas pentas itu dah tak ada dan sekarang ini saya dalam fasa untuk menyelesaikan kerja-kerja sahaja,

acah2 je... kowser... bila last pun kau nyanyi atas pentas? rasenye konsert pun tak penah ada...
jangan besok tokram dah takde kau reverse balik nak pencen menyanyi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list