Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1004
View
10
Reply

[Tempatan] Nando tetiba buat ucapan Selamat Hari Raya. Gimik lancar menu baru ka? Posting dpt 2,500 ulang kicau, lebih 2,000 kongsi

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-9-2020 11:27 PM | Show all posts |Read mode
1 Syawal dah 4 bulan berlalu, restoran popular ‘up’ ucapan hari raya bikin ramai tertanya-tanya – “Aik semalam puasa ke?” - Viral | mStar
Sabtu, 26 September 2020 8:00 PM
3 minutes



BULAN September bakal melabuhkan tirai, seterusnya memasuki Oktober dengan semangat baharu meskipun dunia masih dilanda pandemik Covid-19.

Namun, hujung minggu ini netizen dikejutkan dengan ucapan Selamat Hari Raya daripada sebuah rangkaian restoran popular.

"Raya di mana-mana rasanya sahaja kalau sentiasa bersama keluarga. Selamat Hari Raya to all our Muslim friends! (Selamat Hari Raya kepada semua rakan-rakan beragama Islam!"

Demikian keterangan posting di laman sosial Nando’s Malaysia, rangkaian restoran popular dengan hidangan ayam menerusi akaun rasminya di Facebook, Twitter dan Instagram pada Sabtu.

Posting berkenaan turut dimuat naik gambar ucapan Selamat Hari Raya dengan imej ketupan berwarna hijau.

Salah satu posting di laman sosial Nando's Malaysia.

Rata-rata netizen keliru dengan ucapan tersebut sedangkan umat Islam di seluruh dunia menyambut 1 Syawal pada 24 Mei lalu, kira-kira empat bulan lalu.

"Raya apa hari ni?" tulis seorang netizen.

"Aik semalam puasa ke?" komen seorang lagi netizen.

Netizen turut berpandangan sama ada posting tersebut adalah draft lama yang baru disiarkan, atau sebaliknya.

"Awal dia wish. Disember pun belum lagi dah wish raya tahun depan. Betul-betul advance ni," ujar seorang netizen.

"Jangan marah, mungkin dia nak post hari raya lepas tak letak discard. Baru terpost tu," kata yang lain.

"Lamanya loading. Dari bulan Mei, September baru berjaya upload," seorang lagi memberi pandangan merujuk kepada ucapan Aidilfitri yang baru disiarkan.'

Antara komen netizen.

Pada masa sama, terdapat netizen memberikan respons dengan memberikan ucapan.

"Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin," kata seorang netizen.

Malahan, ada yang mengaitkan ucapan 'Hari Raya' itu dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menyaksikan hari mengundi pada Sabtu.

Bagaimanapun, tidak dipastikan ia sekadar gimik restoran berkenaan, atau ia dikaitkan dengan promosi terbaharu.

Sejak dimuat naik pada pagi Sabtu, posting ucapan tersebut diulang kicau di akaun twitter rasminya @NandosMy lebih 2,500 kali, manakala lebih 2,000 dikongsi di halaman rasmi Facebook restoran berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 26-9-2020 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama ada troll demi nk lariskan ayam hangit kecik xpun memang admin nandos ni da weng kekdahnya..byak sgt makan ayam hangit berasap
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 11:59 PM | Show all posts
teknik terkini untuk tular...rolling eyes jah sis
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah pape.
Org tgh sibuk prn kat sabah, nandos dgn iklan raya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Barang baek admin
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 12:32 AM | Show all posts
pekat sangat ni layan barang
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
mamajawie replied at 26-9-2020 11:32 PM
Sama ada troll demi nk lariskan ayam hangit kecik xpun memang admin nandos ni da weng kekdahnya..bya ...

Hahah dgn sos ntah apa2
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Gimik lebih.. ayam tu bg besar ckettt
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bad marketing...tak kena pada keadaan semasa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Nando skg ayam semakin selim intermintent diet agaknyer.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2020 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Datang bulan ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list