Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
3765
View
93
Reply

[Tempatan] Pengalaman mangsa-mangsa body shaming. Pernah dikata kereta jadi mendap bila dia naik. Berat dulu 154 kg sekarang 94.7 kg

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 24-9-2020 11:38 PM | Show all posts |Read mode
“Weh mendap kereta ni kau naik” - Mangsa body shaming tak ambil hati.... formula menari, elak 3G turunkan hampir 60kg berat badan pemuda ini! - Viral | mStar
Khamis, 24 September 2020 8:00 PM
4-5 minutes

SETIAP individu pasti mahu kelihatan menarik dan mempunyai berat badan yang ideal.

Mempunyai berat badan yang berlebihan atau digelar obesiti bukan sahaja menyukarkan seseorang bergaya dan berpenampilan menarik, malah terdedah kepada risiko pelbagai penyakit kronik.

Atas faktor tersebut, segelintir daripada golongan yang obes nekad untuk menurunkan berat badan mereka, termasuk pemuda ini.

Pemuda bernama Muhammad Shahrizuan Hamzan ini berkata, pada peringkat awal ketika berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal, dia mula mengawal pemakanan selain melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Jika kebanyakan orang suka bersenam atau mengunjungi gimnasium, pemuda yang sedang disapa sebagai Wawan ini pula lebih gemar menari.

Muhammad Shahrizuan memuat naik video yang menunjukkan perbezaan berat badannya.

Malah, dia turut berkongsi videonya melakukan aktiviti berkenaan di laman Twitter, yang sehingga kini meraih lebih 250,000 tontonan dan 7,400 retweet.

"Sebenarnya menari tu sebab hobi saya, so ada video menari saja untuk buat perbandingan dari dahulu sampai sekarang. Ramai ingat yang menari saja boleh kurus. Tapi sebenarnya kena jaga makan juga.

"Kalau macam saya, amalkan kurangkan portion karbohidrat dan lebihkan protein. Dan stop air manis terus," kata pemuda yang gemar memasang lagu Feel Special dendangan kumpulan Twice.

Hobi Muhammad Shahrizuan yang gemar menari menjadi salah satu rutin untuknya menurunkan berat badan.

Berbadan besar sejak di bangku sekolah rendah, pemuda ini berkata beratnya makin bertambah sehingga mencecah 154 kilogram (obes tahap 3) dan keadaan ini memberi kesan kepada tubuh badannya.

"Pertama sekali saya ambil keputusan nak turunkan berat badan sebab kaki saya selalu sakit dan tak boleh berjalan lama lagi-lagi pergi shopping mall.

"Saya juga susah nak cari pakaian saiz yang berpadanan. Dulu 5XL, kalau jumpa pun rekaan-rekaan tak lawa. Jadi memang rasa nak turunkan berat tu," ujar pemuda berusia 23 tahun ini.


Mula 'bekerja keras' merealisasikan impiannya sejak Oktober 2018, pemuda ini berbangga apabila mampu menurunkan berat sehingga 59.3 kilogram dalam masa 23 bulan.

"Dulu diet sendiri-sendiri just buat research sendiri saja dan dulu diet tak eat clean. Baru sekarang ni mula eat clean dah lima hari iaitu elakkan 3G (gula, garam, goreng).

"Rindu dengan ayam goreng, makanan segera dan roti canai. Tapi hanya apabila 'cheat day' saja saya makan," ujarnya yang kini bekerja di sebuah resort di Bandar Penawar, Johor.

    Sejak dah turun sedikit, badan mula rasa ringan. Ramai kata menari pun dah makin laju.
    MUHAMMAD SHAHRIZUAN

Pernah menjadi mangsa 'body shaming' ketika masih bersekolah, Muhammad Shahrizuan bagaimanapun berkata dia tidak pernah mengambil hati.

"Tapi kalau kawan-kawan bergurau tu ada la yang ingat, contohnya mereka kata 'Weh mendak (mendap) kereta ni kau naik'. Tapi kita mampu senyum je.

"Tapi sejak dah turun sedikit, badan mula rasa ringan. Ramai kata menari pun dah makin laju... kalau dulu macam lambat dan tak bermaya. Sekarang berat saya 94.7 kg," ujarnya yang mensasarkan untuk mencapai berat sehingga 65 kg.


Mendapat sokongan padu daripada keluarga dan rakan-rakan, pemuda ini turut menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat mereka yang juga mempunyai berat badan berlebihan sepertinya.

"Untuk yang nak kuruskan badan, jangan putus asa, teruskan misi anda, memang sedikit ambil masa tapi korang akan puas dan bersyukur dengan keputusannya," ujarnya mengakhiri bicara.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 24-9-2020 11:39 PM | Show all posts
Screenshot_1.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni namanya diet karbo,memang boleh turun cepat. Aku buat,turun 10 kilo 3 bulan. Tapi seksa la,takleh makan nasi,kuih2,tepung kecuali weekend,air manis terus kena reject. Dah tu, kena beli seluar,baju baru pulak sebab baju seluar lama semua longgar.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting tolak air manis... tu big no no untuk diet
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
TU perlunya edukesyen. ....jgn melantak sesuka hati atau biarkan anak2 melantak 24jam. ..kesannya dah besar tahu malu dan susah nak turunkan berat sebab faktor usia. ..makin bertambah usia makin susah nak turun berat dan nafsu makan susah nak kawal.+ kadar metabolisme yg menurun....

Anak2 aku sendiri pandai kontrol makan dan takut gemuk. ...sebagai mak pak kita kena didik anak2 bab makanan dan kesihatan. ...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
AKU selalu guna ayat ni pada anak2. ..

Jgn makan banyak nanti jadi gemuk. ..nanti malu bila berdepan dgn ramai orang dan kurang keyakinan diri bila fizikal x lawa. ..cth nk present depan lecturer/ cikgu...nk join kawan2. .dan yg paling penting bila berat bertambah penyakit akan banyak datang ....

Makanan yg kita ambil juga penting ...bukan melantak aiskrim. ..kek..coklat....teh tarik...dan makanan  segera....makanan ringan...serta yg berminyak....

Ni umur 30 dah start kena kencing manis...darah tinggi....jantung...buah pinggang. ...Jgn nk salahkan takdir...salah kan diri sendiri yg makan mentekedarah x ingat dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
aku pulak terlampau kurus, nk cuba gemukkan badan, tapi tulah habit, x mkn tghari. makan pagi dgn malam je. tu pun sikit
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp org gemuk bila kna perli terus kata body shaming...kalau org gemuk perli org kurus tak pulak diorg sedar yg diorg pun suka body shaming...
Sentap sgt sigemuk2 ni...mungkin korg kna muhasabah diri kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sampai skrg kn body shaming.. Mentang2 la aku nye berat ssh gila nak naik.. Walaupun skrg dah naik lebih 10kg..kwn2 lama yg x jumpa duk ckp lg aku sekeping, rangka bergerak..dl zmn study siap dia org bangga dia org BMW, aku kancil.. Skrg ni dia org almari bergerak.. Tp msh berlagak yg body dia org tu lawa nau2.. Aku sound gak Kadang2 ckp ko bukan jumpa aku pun.. X tau aku dpn2 mcm mn skrg.. Kira ok la kan Dr dl 40kg..skrg dah 57kg..skt lg je nak ke bmi ideal 65kg..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Berat badan ni benda boleh diubah , paling tak gemar yg face shaming.
Kutuk hidung la bibir la mata la dahi bagai.
Paling takleh blah bila baca komen netizen

“Kenapa kembang sangat hidung tu?”
“Luas sangat dahi tu dah kenapa?”

Macamlah tuan punya badan tu yg cipta rupa paras dia sendiri,pi la tanya Allah nun.
Dah byk kali okeh baca komen gini terutama kat ig artis la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Jaga pemakanan dan lebihkan aktiviti kecergasan.
Semua bermula dengan tak kawal apa yang dimakan.

Nanti dah naik berat badan, memang susah dan ambil masa nak turunkan.
Kalau pasal baju pulak, mahal betul baju saiz besar2 ni. Huhu
Pastu susah nak cari saiz.

Yang mulut tak leh cover tu..esok2 ditakdirkan Allah ko jd cam org tu..baru ko tahu.
Tak baik tau

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 08:57 AM | Show all posts
ermmm dapnya nasi lemak
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:06 AM | Show all posts
akies replied at 25-9-2020 08:52 AM
Jaga pemakanan dan lebihkan aktiviti kecergasan.
Semua bermula dengan tak kawal apa yang dimakan.
...

part baju tu betul sbb guna kain byk kot.hihi.lagi satu blouse2 besar jrg sgt ada yg cun.
kalau buat baju kurung pun at least kalo bidang 60 tu size normal 3.5m dah cukup,kalo size L mau nak kene lebih.

lepas kejadian ni, terus insaf iols kembali ke berat normal. gigih la jaga makan exercise sikit2.

utk adik ni good job tersedar awal, pasni menten jaga makan naaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Matslamber82 replied at 25-9-2020 01:19 AM
Ni namanya diet karbo,memang boleh turun cepat. Aku buat,turun 10 kilo 3 bulan. Tapi seksa la,takleh ...

X makan nasi, makan apa..share lah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau x body shaming.. ko x kan sedar.. ni cam turn point utk berubah.. patut terima kasih kat org yg kutuk tu bagi kesedaran
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:20 AM | Show all posts
krustykrab replied at 25-9-2020 08:24 AM
Knp org gemuk bila kna perli terus kata body shaming...kalau org gemuk perli org kurus tak pulak dio ...

iyelah..betul sangat sebab i mmg kategori org kurus..terasa tau klau org kata,baik2 jalan tu, takut angin tiup pun melayang..masa sekolah dulu ada jgk yg panggil bini popeye
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:22 AM | Show all posts
Suchi replied at 25-9-2020 08:35 AM
Berat badan ni benda boleh diubah , paling tak gemar yg face shaming.
Kutuk hidung la bibir la mata ...

haah gemuk bole kurus

nak cite tapi ni bukan body shaming ya tapi lebih kepada peringatan bersama
semalam masa drive tiber ada satu moto ni nak mencilok antara kereta
bila dapat mencilok si moto ni macam melelong2 ..mujur tak jatuh & kereta belakang tak bawa laju
so iols syak punca moto tu tak stabil sbb berat nak belenkan berat org belakang selepas mencilok

moralnya beringatlah untuk kesihatan & keselamatan bersama


Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:24 AM | Show all posts
kalau dari besar tetiba kurus mcm adik tu..
tekss dia x mengecil nak buat caner tu?
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 25-9-2020 09:37 AM | Show all posts
org yg mulut celupar ni kalau buku bertemu ruas dgn mangsa body shaming boleh jadi gaduh ooo
silap2 mangsa ni smash balik
mau terus terdiam geng2 mulut celupar
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 09:58 AM | Show all posts
monreyes replied at 25-9-2020 09:24 AM
kalau dari besar tetiba kurus mcm adik tu..
tekss dia x mengecil nak buat caner tu?

kalo tgk yg mat saleh selalunye ade excess skin ... bah yg itu jd menggelebeh lah kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list