Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
919
View
13
Reply

[Dunia] Indonesia catat lebih 4,400 kes baru Covid-19

[Copy link]

Author: EJALTI       Show all posts   Read mode

Author
Post time 23-9-2020 09:55 PM | Show all posts |Read mode
Indonesia catat lebih 4,400 kes baru Covid-19

https://www.malaysiakini.com/news/543775

Bernama

Diterbitkan Hari ini 5:31 pm
Dikemaskini Hari ini 5:31 pm


Agensi



Jakarta: Berikutan munculnya segelintir warga Indonesia yang tidak percaya bahawa Covid-19 benar-benar wujud, ia menyebabkan sebahagian warga republik ini enggan mengikut protokol kesihatan ditetapkan kerajaan sehingga jumlah kes jangkitan baharu terus meningkat dengan angka lebih 4,000 dicatatkan setiap hari.

Berdasarkan laporan Jakarta Post, Indonesia mencatatkan 4,465 kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini membawa kepada jumlah keseluruhan 257,388 kes di seluruh negara.

Sejak Isnin lalu, jumlah kes baharu melebihi angka 4,000 dicatatkan setiap hari.

Sekurang-kurangnya 9,977 individu meninggal dunia setakat ini.

Jakarta mencatatkan jumlah kes tertinggi hari ini dengan 1,133 kes walaupun melaksanakan semula Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) sejak minggu lalu.

Berdasarkan survei dijalankan Kementerian Kesihatan, ia mendapati terdapat warga Indonesia tidak percaya kewujudan Covid-19 yang menyebabkan mereka memandang ringan protokol kesihatan ditetapkan kerajaan.

Justeru, pihak jawatankuasa Covid-19 nasional membentuk unit 'perubahan tingkah laku' bagi meningkatkan kesedaran orang awam terhadap bahaya virus berkenaan.

Ketua jawatankuasa, Doni Monardo berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan di Jakarta terlebih dahulu, sebelum dibawa ke wilayah lain.

"Lima unit perubahan tingkah laku yang terdiri daripada 100 sukarelawan dikerahkan ke lima kawasan di ibu kota untuk memaklumkan orang ramai mengenai virus dan menekankan perlunya mematuhi protokol kesihatan," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 23-9-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols suspek depa akan makin ramai nak masuk malaysia sebab nak rawatan percuma.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2020 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Benci aku indon ni.. kat ig 24 jam hina malaysia macam2.. sakit hati x boleh kita lebih sikit.. bila kita puji negara dia.. dia kata kita munafik.. dasar lorrrr
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin ramai la datang malaysia.sambil bawa simptom simptom..melalui.jalan tikus

Smalam.baca ada yang masuk.sini positip covid kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
May lari Dr negara asal ,terdekat dtg Malaysia. Ada kerja n rawatan percuma. ..gampang
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
siap ada peti korban.. pasni populasi rakyat rendah la.. sampai ada vaksin..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa citer 1kampung yg buka keranda pesakit covid siap mandi kafan macam biasa tu? Degil betul masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 24-9-2020 08:24 AM
Apa citer 1kampung yg buka keranda pesakit covid siap mandi kafan macam biasa tu? Degil betul masing ...

Sekampung dapat covid kalau xsilap sy
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Usah risau..mari ramai2 masuk malaysia. Sini selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
little_sis replied at 24-9-2020 08:18 AM
siap ada peti korban.. pasni populasi rakyat rendah la.. sampai ada vaksin..

Takut populasi sana rendah sebab masuk Malaysia je
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 10:10 AM | Show all posts
pemerintah diorang tak cukup tegas barangkali tuk tangani kelompok2 degil nie....

baru kakak cleaner opis ni cerita... dia call bapak dia kat kg tanye kabar... bpaknye gtau masa polis block orang kampung dari keluar ke pekan, blh plak org kampung ramai2 tangkap polis pastu tambat kat pokok!

Degil namati Tu pasal lar agaknyer diorang malas nak amik pot lg dah.. lantak koranglah tertonggeng mereput kekdahnyer
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:14 PM | Show all posts
maharani_gebu replied at 24-9-2020 10:10 AM
pemerintah diorang tak cukup tegas barangkali tuk tangani kelompok2 degil nie....

baru kakak clea ...

uishhh sampai mcm tu sekali y..dasyat org kg sana
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:23 PM | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 24-9-2020 12:14 PM
uishhh sampai mcm tu sekali y..dasyat org kg sana

itulah pasal.... seram dengar... kata kakak tu polis tu dilepaskan jugak akhirnyer... diorg cuma nak keluar g pekan alasan nak beli brg keperluan...padahal bantuan dah dihantar... cuma kalau dah batu besar ade dlm kepala mmg xleh buat ape dah...

sejak dari kes tu mmg xde lagi polis nak pantau kg tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2020 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yet ada lg rakyat dia x percaya ada covid ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list