Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
4945
View
63
Reply

[Tempatan] 1 Jun kelonggaran rentas negeri - urusan kerja, kecemasan, suami-isteri berjauhan dll

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-5-2020 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Rentas negeri suami-isteri berjauhan dibenarkan mulai Isnin

KUALA LUMPUR: Perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan akan dibenarkan semula bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.

Pada 21 Mei lalu, kerajaan memutuskan buat sementara untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 menjelang sambutan Aidilfitri pada 24 Mei.

*****************

Rentas negeri bagi urusan kerja dibenarkan semula mulai 1 Jun - Ismail Sabri
Dikemaskini Hari ini 2:58 pm

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan larangan perjalanan rentas negeri akan ditarik semula secara bersyarat.

Beliau berkata rentas negeri bagi urusan kerja, perubatan dan kecemasan dibenarkan semula mulai 1 Jun.

Jelasnya, sebelum ini beliau mengumumkan larangan rentas negeri itu tetapi kini kerajaan memberikan sedikit kelonggaran.

"Bahawa perjalanan rentas negeri (sebelum ini) tak dibenarkan sama sekali.

"Walaubagaimanapun, mesyuarat jawatankuasa khas menteri yang bersidang hari ini memutuskan pertamanya, untuk beri kelonggoran seperti sebelum ini, rentas negeri dibolehkan jika kes-kes kecemasan seperti kematian dan kes perubatan lain.

"Begitu juga urusan kerja, seperti ulang-alik dari rumah ke tempat kerja, kita juga benarkan. Contoh duduk di Seremban, kerja di Putrajaya," katanya.

Pasangan suami isteri terpisah kerana PKP juga kini dibenarkan semula melakukan perjalanan rentas negeri mulai 1 Jun, maklum Ismail Sabri yang juga menteri pertahanan.

"Saya juga umum dulu, rentas negeri pasangan berpisah PKP. Dulu kita kata benarkan dan kita henti sebelum musim hari raya. Hari ini, ya larangan itu setuju ditarik balik.

"Maka pasangan suami isteri terpisah boleh melakukan perjalanan rentas negeri untuk jumpa pasangan masing-masing, keluarga dan lain-lain.

"Kelonggaran ini bermula pada 1 Jun," jelas beliau.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 30-5-2020 05:20 PM | Show all posts
Alhamdulillah, banyak kerja pending sebab x boleh rentas negeri
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
majority ramai dh stat keje by isnin ni 1 jun
and ada opis yg dh stat activate WFH and WFO by alternate weeks and dah dividing team and resources
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kena isi borang kat IPD dulu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
So Klu nk gerak balik kje cth dr perak nk blik putrajaya xyh inform ke balai polis lh ye

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah..

Dh boleh pergi site kt negeri lain
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah2 la terperuk dkt rumah mcm babi dah badan..gi kerja cari duit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
ahh sudah, mesti sedara alhamdulillah aku nak buat percubaan balik kg sini pulak, hari tu lolos ke kg mertua. pastu kalau balik sini confirm mai rumah aku skali
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:22 PM | Show all posts
Tak perlu ke balai polis kan minta kebenaran? nak ke Selangor Hospital Selayang ni ada follow up doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 30-5-2020 06:51 PM
ahh sudah, mesti sedara alhamdulillah aku nak buat percubaan balik kg sini pulak, hari tu lolos ke k ...

Perangai cmni xle elak.. Pasni life must go on gk.. Caranya kita jaga diri kita.. Bg jelaa alasan apa2.. Nk senang jujur je.. Sorry skg xle terima tetamu dr luar..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 30-5-2020 08:20 PM | Show all posts
dia umum pun lepas masuk 1 Syawal
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak paham jigak noe. Kalu dr penang nak ke perak so boleh la kalu urusan kerja
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Erm, masih xleh balik kpg jumpa makpak la yg bujang cam aku ni. Yg husband/wife dah boleh rentas negeri berjumpa
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:15 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 30-5-2020 06:12 PM
majority ramai dh stat keje by isnin ni 1 jun
and ada opis yg dh stat activate WFH and WFO by alter ...

camana dari segi punch in dan punch out.
hari-hari kena buat ke?
sebab kalau dah WFH camana?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:17 AM | Show all posts
Far replied at 30-5-2020 07:22 PM
Tak perlu ke balai polis kan minta kebenaran? nak ke Selangor Hospital Selayang ni ada follow up dok ...

tak perlu.
kalau ada kad appointment tu, senang je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:19 AM | Show all posts
famri7 replied at 30-5-2020 06:48 PM
Dah2 la terperuk dkt rumah mcm babi dah badan..gi kerja cari duit.

knp ko? makan tido, makan tido yek?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:21 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 30-5-2020 06:26 PM
Alhamdulillah
So Klu nk gerak balik kje cth dr perak nk blik putrajaya xyh inform ke balai polis l ...

tak yah dah.
tapi kalau majikan ko boleh kuar surat kebenaran rentas negeri, tu pun dah cukup baik
mana le tau, ada road block.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Flip Flop.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:12 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 07:55 AM | Show all posts
Scheherazade replied at 30-5-2020 08:59 PM
Erm, masih xleh balik kpg jumpa makpak la yg bujang cam aku ni. Yg husband/wife dah boleh rentas neg ...

Semalam husband cakap macam ni juga. Kenapa tak boleh jumpa parents, tapi suami/isteri boleh merentas negeri.  

Sorry ye orang bujang, my answer - rindu parents boleh video call, rindu spouse tak boleh nak kirim online.. hehehe faham-faham sendirilah ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list