Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
5917
View
118
Reply

[Tempatan] Harga daun ketumbar dan daun sup naik mendadak di zaman Perikatan Nasional

[Copy link]

Author: Knights       Show all posts   Read mode

Author
Post time 30-5-2020 09:42 AM | Show all posts |Read mode
IMG20200530094010.jpg
Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Author
 Author| Post time 30-5-2020 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts

EDISI  Melaka NS
Harga daun ketumbar, daun sup naik mendadak
29 May 2020

NOR FARHANA YAACOB
MELAKA TENGAH - Rata-rata peniaga sayur di Pasar Transit Bachang, di sini, mengakui harga daun ketumbar dan daun sup meningkat dua kali ganda bermula sejak sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Peniaga Norfazliana Roslan,22, berkata, disebabkan harga daun ketumbar yang tinggi hingga mencecah RM40 sekilogram, dia yang berniaga secara kecil-kecilan sukar untuk mendapatkan bekalan itu daripada pemborong dan pembekal.

Menurutnya, selain itu peniaga menghadapi kekurangan bekalan sedangkan permintaan menjelang musim perayaan meningkat sehingga sekarang.

"Sebelum raya harga daun ketumbar dalam RM20 sekilogram namun sekarang mencecah hingga RM40 sekilogram. Sudah ada pelanggan yang mengeluh sukar nak dapat daun ketumbar.

"Bila harga naik kami pun tak berani nak ambil bekalan daun tersebut sebab terlalu mahal, takut pelanggan tak mahu beli," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Seorang peniaga yang telah 17 tahun berniaga sayur, Umi Kalthum Dolah,56, berkata, dua minggu sebelum musim perayaan daun tersebut sukar diperoleh berbanding sayur-sayuran lain termasuk daun sup yang turut mengalami kenaikan harga daripada RM8 hingga RM10 sekilogram kepada RM20 sekilogram.

Menurutnya, sedangkan ia antara sayur-sayuran yang mendapat permintaan tinggi ketika musim ini dan tidak menolak kekurangan pelanggan di pasar tersebut juga menjadikan peniaga tidak mahu mengambil sayur-sayuran yang mahal.

"Dari sebelum raya harga daun ketumbar naik mendadak, bila dah mahal sangat kami pun tak berani nak jual kepada orang ramai kerana bimbang tiada pembeli dan sayur cepat rosak.

"Lagipun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tidak ramai yang mengunjungi pasar ini dan pendapatan peniaga memang terkesan," katanya.

Pelanggan Muhd Khairul Azhar Ya, 36, berkata, majoriti peniaga sayur di pasar itu tidak menjual sayur ketumbar dan sukar untuk memperolehnya.

"Saya terpaksa pergi ke beberapa gerai sayur baru ada peniaga yang menjualnya, kebanyakan mengatakan mahal dan mereka tidak jual," katanya.

Sementara itu, Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, pihaknya memberi jaminan bekalan dan harga sayuran itu akan turun seperti biasa dan bekalan akan mencukupi dalam tempoh seminggu dua ini.

Menurutnya, bekalan yang terhad berlaku disebabkan petani kurang mengusahakan tanaman tersebut semasa tempoh PKP kerana kekurangan pembeli terutama apabila restoran-restoran ketika itu tidak dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun katanya, beliau telah dimaklumkan oleh Lembaga Pertanian Pemasaran Persekutuan (FAMA) negeri, bahawa bekalan mencukupi menjelang minggu hadapan apabila penanaman daun ketumbar telah dilaksanakan sejak dua minggu lalu.

"Memandang proses penanaman daun ketumbar mengambil masa kira-kira 45 hari, di mana bekalan daun ini diambil dari Cameron Highlands, jadi saya harap pengguna dapat bersabar dan masalah kekurangan bekalan serta harga naik dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya.

   

Lain-lain berita
Norhizam agih 100kg sayur dari rumah ke rumah
[VIDEO] Bayi 3 bulan tiada tulang belakang
Daun ketumbar, parsli dan saderi naik harga sejak Ramadan
Sinar Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada kesan kat aku.. Bukan aku hari2 guna 2 daun ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak penting.
Yang penting harga bawang dah turun, bawang rose dari rm12 semalam rm5.99. Banyaklah barang2 runcit termasuk ikan dah turun harga. Semoga ianya semakin baik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Adat meniaga la. Ada kenaikan ada keturunan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Facepalm nya kalau yg sorang ni buka thread, mmg meminta sgt kena seranah. Dua daun tu mmg susah gila gila nak jumpa sejak PKP 1 bln 3 haritu. Berlarutan sampai lah raya. Sama jg dgn yis. Sana sini semua habis stok. Tepung pun. Skrg ni yis dn tepung mcm dah start ok.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat tomyam hari ni. Br nak cari daun ketumbar
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hehehe dgn ini aku anugerahkan Pembangkang Terbaik utk knights hahaha kipidap and nebagibab hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Langsung tak ada kaitan dengan kerajaan bertukar ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts

Takat nak makan sendiri tanam je la...bukan susah sgt pun
Kat youtube berlambak tutorial
Tinggal rajin dengan malas je nak buat


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
orgsepang replied at 30-5-2020 10:15 AM
Tak penting.
Yang penting harga bawang dah turun, bawang rose dari rm12 semalam rm5.99. Banyaklah  ...

Wah, harga bawang rose dah turun ke. Bawang besar turun harga tak? Thanks for the info


Dah 3 minggu tak beli barang basah dan barang kering rumah. Stock makanan haritu baru nak habis ni. Tak ter-update dengan latest price heee. Thanks bagitau ya
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-5-2020 10:17 AM
Adat meniaga la. Ada kenaikan ada keturunan.

Penurunan la ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:46 AM | Show all posts
I don't like coriander very much. I hope the price of other vegetables will not rise any more.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 30-5-2020 10:45 AM
Penurunan la ..

Ko ni. Jangan la ruler sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-5-2020 10:50 AM
Ko ni. Jangan la ruler sangat.

Tak voley.. the teacher in meols rengsa bila nampak kesalahan ejaan atopon tatabahasa. Mesti betulkan gaks.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:04 AM | Show all posts
Lepas2 raya ni ramai kemaruk makan sup dan tomyam semula bekalan kurang pasti harga akan naik
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa pasat
Dah la aku kuat makan daun ketumbar
Ada sekali tu demam 2 hari tak basuh rambut keluar bau garing2 ketumbar
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-5-2020 10:50 AM
Ko ni. Jangan la ruler sangat.

pembaris la.


haaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Batang celery sedap dimkn mentah2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Bergosip replied at 30-5-2020 10:41 AM
Wah, harga bawang rose dah turun ke. Bawang besar turun harga tak? Thanks for the info



Semua jenis bawang tapi akak tumpu pada bawang rose sebab dah lama tak beli. Seronok akak berbelanja semalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list